.........................................Popular post..............................................

Thursday 28 April 2011

Iman dan Islam tanpa bermujahadah dan bersusah payah

        Matlamat hidup kita ketika di dunia tidak pernah akan habis, Dulu masa SPM, matlamat kita mahu masuk U, sudah masuk U matlamat baru dicipta, mahu kerja yg bagus2, sudah dpt kerja yg baik, kita pasti sunyi, fikir kita mesti mahu berkahwin, lalu kita mendirikan rumah tangga bahagia, bg yg sudah lama kahwin, mesti sgt inginkan anak, sudah diberi Allah ank, pasti kita mahu anak berjaya.. lihatlah, pasti tidak akan habis matlamat kita selama kita hidup di dunia.. itulah lumrah sebuah kehidupan yg didamba setiap manusia.. Tetapi adakah kita pernah menyoal diri kita? apakah semata2 Allah hantar kita ke dunia utk hidup bahagia? Untuk bersenang lenang dgn anak pinak cucu cicik.. kemudian mati, lalu ke syurgalah kita sbb kita x pernah buat dosa..wah.. senang sekali mahu masuk syurga Allah.. asalkan kita x buat dosa, asalkan kita solat,puasa,zakat,haji, maka ke syurgalah kita.. Tuan2.. kita lihat sejarah nabi2 dahulu.. kalaulah nabi2 terhahulu hanya semata2 zikir, hanya semata2 sembah sujud kpd Allah, apakah kekasih Allah ini akan dihina? dipukul? malah dibunuh? Nabi Zakaria digergaji badannya smpi terbelah dua kerana apa? Nabi Yahya dipancung kepala kerana apa? Nabi Ibrahim dicampak ke dlm api kerana apa? nabi Isa yg mahu disalib dan dibakar kerana apa? Rasulullah ditendang,diterajang,dihina kerana apa? Nabi2 ini diperlakukan demikian kerana semata2 menyebut tuhan kami dan tuhan kamu adalah Allah.. nabi2 telah mendakwahkan kalimah iman ini ke seluruh alam.. Kemudian Rasulullah pun lahir, lalu Allah telah menetapkan baginda ini bkn Nabi suatu kaum malah baginda Ini penghulu segala Nabi, Rasul terakhir yg dihantar ke seluruh ummat yg masih hidup dan yg bakal lahir.. Lalu sahabat bertanya, wahai Rasulullah apakah kerja kami ya Rasulullah.. masa itu belum lg diwajibkan solat.. tetapi nabi menyebut apa dia kerja yg aku lakukan itulah kerja kmu.. Lalu bginda mendakwahkan kalimah Allah di setiap kabilah, di setiap lorong2, di setiap pintu2 rumah, bahkan apabila dicatkan kaki baginda dgn warna merah nescaya akan merahlah segala jln2 di madinah kerana tiada stu tempat pun yg baginda tidak singgah tanpa mendakwahkan Kalimah Lailahaillallah.. Tuan2 Sahabat telah berfikir bagaimana Allah boleh jadikan baginda ini Rasul yg dihantar ke seluruh ummat sedangkan umur baginda pendek? baginda pula ada 2 kaki dan dua tgn, umat yg masih hidup dan akan hidup, sempatkah baginda mendakwahkan kalimah Iman ini? rupa2nya Allah telah muliakan umat baginda juga dgn mewajibkan kerja2 nabi ini walaupun kita bkn nabi..walaupun kita umat pendosa, kita wajib buat kerja nabi, dgn kerja nabilah iman kita ditarbiah.. Lalu sahabat telah juga mendakwahkan kalimah iman ini.. smpikan Bilal bin Rabah diseret atas di bara api sehingga padam bara api dgn darah beliau.. diletakkan batu di atas dada di tgh2 padang pasir.. tetapi sikitpun Iman Bilal tidak goyang.. mulutnya meyebut "Ahad" "Ahad" Allah yg tunggal.. lihatlah tuan2 Rasulullah dan sahabat telah bnyk bekorban semata2 utk mendakwahkan ttg Allah.. apakah patut kita bersenang lenang di atas muka bumi Allah ini tanpa mujahadah dan susah payah.. Rasulullah dan para sahabat telah bersusah payah atas maksud agama Allah tetapi kita pula bersusah payah demi mencapai matlamat dunia kita yg x akan pernah habis itu.. Apa layakkah muka kita ini masuk ke syurga Allah? tidak malukah kita ini mengaku umat nabi di padang Masyar kelak? Tuan2, dlm Surah Al-Fatihah, Allah berfirman "Tunjuki kami jalan yg lurus" apakah itu jln lurus lalu dijelaskan dlm ayat berikutnya " iaitu jln mereka yg telah Allah kurniakan nikmat" nikmat paling besar kita adalah nikmat Iman, siapakah yg mempunyai Iman paling besar, sudah tentulah para nabi dan para sahabat. Maka kita ikutlah jalan mereka.. apakah yg mereka buat? mereka buat dakwah sebiji dgn cara Rasulullah.. lalu itulah jalan yg lurus yg Allah sebutkan.. maka wajiblah dakwah ini utk kita.. Jln yg lurus inilah jln ke syurga.. sy berpesan kpd diri sy sendiri dan tuan2 ayuhlah kita ikut jln ini.. pasti kita dpt hidayah InsyaAllah kita ke syurga yg kekal abadi InsyaAllah..   

Saturday 23 April 2011

Korbankan motor RXZ kesayangan utk agama Allah

        Tamat sudah pengajianku di Uitm, alhamdulillah semuanya berjalan lancar, akhirnya impianku tercapai dgn menyudahkan Ijazahku atas 3 pointer.. Tinggallah takaza utk aku bg masa pd agama pula.. keluar 4 bulan di 3 negara.. India,Pakistan dan Bangladesh.. kesemua rakanku telah pun pergi 4 bulan tetapi aku masih di sini.. tak tahu mana silap atas usaha dakwahku.. Allah tidak pilih aku utk menjadi asbab hidayah kpd umat di atas bumi Allah ini.. azamku luntur, aku tidak punya apa2 utk ku korbankan harta milikku ke jln Allah.. Paling kurang RM 4000 mesti ada dlm tgn utk menampung perbelanjaanku ke India.. tetapi aku tiada semua itu.. tetapi itu bkn masalah, Allah boleh shj hantar aku ke sana, apa la sgt duit yg sedikit itu kalau nk dibandingkan dgn khazanah Allah yg luas itu.. Masalah utamaku adalah kurang azam, kurang keinginan utk bekorban, tidak taat mesyuarat maka Allah tidak pilih aku utk ke India.. jadi Allah hantar aku ke Kulim utk keluar selama 40 hari.. Walaupun  tak smpi 40 hari, mcm2 aku belajar.. Iman yaken aku ditarbiah.. Inilah kisah ketika awal tahun dahulu.. rakan baikku sudah pun balik ke Malaysia, Sudah pastilah iman dia meningkat bnyk, sudah pasti pahalanya menggunung bnyk, Aku? langsung luntur imanku.. sudah lama tidak keluar.. Allah susahkan aku dgn dunia atas sbb aku tidak mahu susahkan diri utk agama Allah.. Aku cemburu melihat mereka yg sudah 4 bulan tinggalkan keluarga dan korbankan harta apa yg ada.. Rakan baikku adalah penggila motor.. dahulunya dia Mat rempit tetapi Allah sudah bg hidayah dlm kerja Dakwah ini..Tiada jln lain utk umat dapat hidayah, ini saja Islam yg paling tepat.. anda sendiri Islam dan anda sendiri mendakwahkan kalimah iman ini.. satu org yg tidak pernah solat ketika bersamaku dahulu tiba2 berubah.. Sesiapa yg kenal rakanku ini pasti terkejut.. namun itulah, apabila Allah bg hidayah kpd seseorg siapapun tidak mampu halang..rakan karibku ini sudah korbankan motosikal RXZ kesayangannya semata2 utk agama Allah.. semata2 utk meningkatkan Iman kepada Allah taala.. motornya yg digilap hari2, telah dikorbankan bg menampung perbelanjaan ke India.. Pastilah Allah pandang pengorbanannya itu.. Allah telah susun hidupnya.. mudah shj dia lalui harinya... Maka itulah azamku..aku InsyaAllah pasti akan keluar 4 bulan shj..atas kelemahan imanku, aku tangguhkan dahulu, tp satu hari InsyaAllah..semoga Allah taala pilih aku utk kerja2 agama ini, smoga Allah taala tidak cmpakkan aku ke tepi dlm usaha dakwah ini, semoga Allah taala pakai aku utk menjadi asbab hidayah ke seluruh alam.. wajib kita kena korban harta dan diri utk rasa Iman di hati.. kalau tidak percayalah kita tidak akan rasa apa itu iman, belajarlah ilmu agama bnyk mana pun anda pasti tidak dpt iman.. belajarlah ilmu agama bnyk mana pun anda masih tidak akan faham tentang agama itu sendiri.. diri sendiri mesti tekan nafsu korbankan apa yg ada utk agama Allah, keluar lg dan lagi semata2 utk Allah, semata2 utk tingkatkan iman dlm diri..percayalah aku sudah pernah pergi ke semua jemaah PAS, Tarekat, Segala pengajian ilmu aku pergi tetapi sikit pun aku tidak rasa iman.. rupanya baru aku faham, diri sendiri mesti tekan nafsu keluar di jalan Allah barulah Allah bg kefahaman agama.. anda boleh ikut jalan Selain jalan dakwah ini, sy yaken anda x akan rasa apa2.. believe me.. ini shjlah Islam yg dibawa oleh Rasulullah.. mesti hidup secara berjamaah dan mengikuti segala sunnah Rasulullah drpd sekecil2 sunnah smpi ke sebesar2 sunnah.. Dlm jamaah ini aku belajar segala sunnah baginda dan smpilah sunnah baginda yg paling besar iaitu dakwah..melalui kerja dakwah berjamaah yg aku lakukan ini Allah mudahkan pengajian aku di Uitm, Allah susun hidupku, sehinggalah aku dpt skor 4 flat dlm sem akhirku, dan aku berazam utk keluar 4 bulan, rasa sendiri bagaimana Rasulullah bersusah payah atas agama Allah, supaya Imanku meningkat dan matiku InsyaAllah dpt sebut kalimah Lailahaillallah.. jadikanlah dakwah sebagai maksud hidup kita yg mengikuti segala cara yg ditunjukkan oleh baginda s.a.w.. InsyaAllah

Friday 22 April 2011

Antara suami dan Rasulullah siapa yg patut kita Cinta lebih?

        Adapun hari pembalasan tiba, kesemua manusia dr zaman Adam as hingga ke zaman Rasulullah akan dihalau oleh para malaikat ke padang masyar.. Pada ketika itu, masing2 dlm penyesalan, manusia tunduk takut apabila ingin bertemu dgn Allah taala, dikatakan pd hari itu Allah teramatlah murka.. manusia membawa dosa yg terlalu bnyk, namun satu persatu akan diperhitungkan oleh Allah taala, Seluruh umat mencari nabi masing2 utk meminta syafaat namun tiada satu nabi pun yg sanggup menolong kecuali Rasulullah s.a.w. Mulianya manusia yg bernama Muhammad ini, sanggup menyimpan doa baginda di dunia semata2 ingin menyelamatkan umat baginda di Masyar kelak.. di kala nabi2 lain sudah menggunakan doa masing2 semasa di dunia lg.. Rasulullah menyimpan doa baginda semata2 utk memberi syafaat kpd kita semasa di akhirat. bagindalah manusia yg paling sibuk di akhirat.. Apabila umat baginda dtg kpd baginda meminta syafaat, baginda terus menyungkur sujud di bwh arysy Allah.. baginda sujud sehingga Allah berkata, bangunlah wahai Muhammad..Allah membenarkan Rasulullah membantu umat baginda..Di dlm lautan manusia di masyar, baginda memanggil, wahai umatku.. mari ke sini, ke sini, baginda menjerit memanggil umatnya yg tengelam timbul dlm lautan manusia.. bagindalah yg memberi kita minum air di telaga kautsar, yg mana sekiranya kita dpt minum air tersebut maka hilanglah dahaga kita sepanjang menunggu perbicaraan amal kita. Semasa timbangan amal, serban baginda akan diletakkan di timbangan bg memberati amal umat baginda.. begitu syg baginda pd ummat.. tetapi kita masih belum syg pada baginda.. kerja dakwah berjamaah yg Rasulullah wariskan pd kita, sgt sedikit yg mengambil tanggungjwb, tugas kenabian yg Rasulullah letak di bahu kita sgt sedikit yg menunaikan haknya.. Apakah layak kita menerima Syafaat Rasulullah.. Apakah suami kita lebih kita sygi drpd Rasulullah walhal di mizan kelak, suami dan isteri merupakan seteru utama, tuntut menuntut dan tuduh menuduh berlaku di hadapan Allah.. Buktikanlah bahawa kita syg pd Rasulullah dgn menyambung kerja2 kenabian yg Rasulullah wariskan kpd kita.. Itulah kerja dakwah.. lakukan sebijik yg Rasulullah lakukan kerna hanya cr Rasulullah shj yg Allah terima.. kalau setakat selawat spanjang masa itu belum cukup mujahadah, kalau setakat berarak utk maulidur Rasul baik x payah.. satu org shabat pun x pernah berarak.. mereka buktikan dgn melakukan dakwah yg nabi tunjuk kpd mereka.. buktikanlah anda syg pd kekasih Allah.. sambunglah warisan dakwah cara baginda s.a.w. InsyaAllah   

Thursday 21 April 2011

Cara paling betul utk berdoa.

       Sebagai makhluk Allah yg lemah dan hina, kita selalu mempunyai keinginan terhadap sesuatu tidak kiralah atas kepentingan duniawi mahupun akhirat, maka jalan terbaik adalah dgn mintak kpd Allah, carilah Allah dahulu sebelum kita cari makhluk, carilah Allah dahulu sebelum kita pergi kpd jalan asbab atau usaha, Allah taala terlalu suka hambanya yg mempunyai masalah pergi kpdNya terlebih dahulu, Allah taala terlalu gembira sekiranya hambanya yg punyai hajat pergi kpdNya terlebih dahulu..boleh jadi dgn amal dan doa Allah taala makbulkan permintaan kita on the spot scr cash di hadapan mata seperti Allah turunkan makanan dr syurga(Manna dan Salwa) kpd kaum bani Israil.. dan boleh jd Allah gunakan perantaraan asbab sbg cth kita mintk roti canai kpd Allah, tetapi Allah x turunkan dr langit, Allah hantar mamak bg kita roti canai di pintu atau Allah permudahkan kita pergi kedai mamak dpt roti canai.. Allah boleh buat begitu.. tetapi keywordnya skrg cari Allah dahulu kemudian barulah pergi usaha, doa kpd Allah dahulu dan jika Allah x beri scr ghaib kita pergi kpd usaha, mungkin bantuan Allah dtg selepas kita pergi kpd asbab atau usaha.. Sekiranya kita pergi cari makhluk dahulu dlm apa2 permasalahan kita,
         sekiranya kita pergi kpd asbab dan usaha dahulu dan barulah kita cari Allah setiap kali kita berhadapan dgn masalah maka Allah akan rasa cemburu. Maka sebab itulah Allah taala tidak makbulkan doa kita.. Namun inilah antara kesilapan yg sering kita lakukan dlm tidak tidak kita sedari.. Carilah Allah dahulu jika punya hajat kemudian barulah kita usahakan melalui jln2 asbab, Inilah akidah yg betul.. bkn dgn berusaha dahulu barulah kita doa.. apa mcm akidah kita cari Tuhan last skali? Kemudian kita pergi pula kpd keadaan kita semasa berdoa.. Ada yg berdoa berkali2, tetapi masih Allah tidak tunaikan hajatnya.. cubalah lagi dan lagi dan jgn pernah kita merungut..InsyaAllah pasti Allah akan tunaikan.. Apabila keluar perkataan "saya sudah doa berkali2 bertahun2 Allah yg tak mahu tunaikan" maka inilah yg Allah sebut tergesa2 dlm berdoa, langsung tiada sifat sabar..
        Cuba kita fikir balik, kita ni hamba atau Allah itu hamba? kalau setiap kali kita mintk Allah bg on the spot seolah2 Allah itu hamba kita, setiap kali mintak kejap itu juga dapat, sy ingin soal siapa hamba skarg ni? cara yg betul adalah kita doalah kpd Allah seperti hamba yg merayu2 kpd Tuannya.. mahukan sesuatu, menangis sehingga Tuannya kasihan melihatnya.. barulah kena situasi kita dgn Allah.. barulah kena Allah itu tuhan Rabbul Jalil dan kita ini hamba yg hina.. sekiranya Allah tidak tunaikan doa kita pun, kita sudah dianggap berjaya kerana kita telah pergi kpd akidah yg betul, cari Allah dahulu.. kita patut gembira dan syukur.. Allah mungkin tunaikan doa kita satu hari nant dan bkn hari ini atau Allah mungkin tunaikan permintaan kita di akhirat kelak dan akhir skali Allah mungkin elakkan bala drpd kita sbg asbab kita selalu berdoa kpd Allah.. Itulah antara cara Allah tunaikan doa hambanya.. Allah itu tahu akan keperluan hambanya lebih drpd kita tahu keperluan diri kita.. usahlah kita bersedih jika doa kita masih belum makbul..teruslah cari Allah.. Allah pasti ada untukmu InsyaAllah   

Tuesday 19 April 2011

Kejayaan manusia hanya dlm agama Allah..

       Ramai drpd kita mentakrifkan bahawa kejayaan manusia ini adalah apabila kita berjaya di dlm pelajaran, berjaya mendapatkan kerja yg bagus, berjaya mengumpul harta yg bnyk, tetapi sebenarnya takrif kejayaan manusia hanyalah apabila kita berjaya menunaikan perintah Allah cara sepertimana yg Rasulullah tunjuk kpd kita.. Apa yg nabi buat itulah yg kita buat dan apa yg nabi larang itulah yg kita tinggalkan.. Adakah apabila kita lakukan ibadah semata2 kita sudah berjaya di sisi Allah? masih belum lagi.. adakah Rasulullah dihantar ke bumi semata2 utk beribadat kepada Allah? tidak.. semua nabi2 telah dihantar atas maksud utk mendakwahkan kalimah iman.. iaitu perkataan Lailahaillallah.. utk bercakap2 kpd manusia siapa itu Allah, utk bercakap2 kpd manusia tentang kebesaran Allah.. Walaupun Rasulullah itu kekasih Allah, Allah masih sanggup melihat kekasihNya disusahkan utk agama Allah, Allah masih sanggup melihat Rasulullah diterajang,dipukul,dihina,dibaling batu,diletakkan perut lembu di atas kepala ketika sujud oleh org2 kafir.. perkara seperti ini tidak terjadi sekiranya Rasulullah hanya beribadat kpd Allah tetapi apabila Rasulullah mendakwahkan siapa itu Allah, serta merta gelaran Al-Amin bertukar menjadi Pendusta besar.. Tuan2 apa kerja nabi, itulah kerja kita, Umat Muhammad telah diwajibkan utk buat dakwah sebiji seperti Rasulullah lakukan, Umat Muhammad telah dimuliakan atas maksud kerja dakwah ini.. " kamu adalah sebaik2 umat yg dilahirkan ke dunia utk manfaat manusia, kmu menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia drp kemungkaran dan kmu sendiri beriman kpd Allah " (Al-Imran 110) Walaupun kita ada blog, ada Fb dgn niat mendakwahkan agama Allah tetapi percayalah kita masih belum buat dakwah.. Dakwah yg Allah maksudkan hanyalah cara baginda, apabila kita pergi pintu ke pintu, mendakwahkan kalimah iman, kita akan rasa sendiri bagaimana Rasulullah dihina dan dikeji, apabila kita bercakap tentang Allah niatkanlah utk diri sendiri.. apabila kita bercakap tentang kebesaran Allah, itulah yg masuk dlm hati kita.. maka apabila kebesaran Allah terpahat dlm hati, iman akan meninggkat.. bila iman meningkat, amal kita penuh berkualiti.. kesimpulannya dakwah cara Rasulullah ini sebenarnya utk diri sendiri.. manusia yg buat dakwah pasti dpt hidayah manakala manusia yg kita jumpa, yg kita dakwahkan mungkin dpt atau mungkin tidak dpt hidayah.. Inilah yg sy maksudkan kejayaan manusia hanyalah dlm agama Allah.. Sebagai Insan kerdil, marilah sama2 kita hinakan diri kita di hadapan Allah, tegakkan dakwah, rasa sendiri apa yg nabi rasa ketika berdakwah, kerja dunia kita carilah takat keperluan shj, manakala kerja dakwah berjamaah ini jadikanlah sbg maksud hidup kita insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...