.........................................Popular post..............................................

Tuesday 31 May 2011

Tiada Jihad Fisabilillah dlm politik demokrasi ciptaan yahudi

        Dlm arus perubahan zaman, kita semakin jauh dgn zaman Rasulullah, maka bnyk kekeliruan telah berlaku dlm masyarakat hari ini. Fahaman politik begitu menebal dlm jiwa kita, sehinggakan polittik demokrasi yahudi telah menjadi medium para alim utk menyebarkan syiar islam. Kalau dahulu sahabi berjihad dlm perang, hari ini kita juga mahu berjuang kononnyalah Cuma caranya lebih sopan dan ikut trend terkini iaitu taktik rekaan yahudi. Konon-kononnya dgn merampas pemerintahan dapatlah kita menegakkan hukum Allah. Demikianlah fahaman ikhwan muslimin yg asalnya membuat dakwah tetapi sudah lari tujuan asal penubuhannya.

         Tuan2, kita boleh fikir sendiri, apakah para alim (PAS) sanggup menyahut seruan yahudi, tinggalkan seruan Muhammad s.a.w. Punya la tak yaken dgn sunnah, yaken pula dgn medium ciptaan yahudi. Sedang Muhammad s.a.w sudah tunjuk kpd kita bagaimana baginda menjadikan dakwah sebagai kerja hidup dan membawa agama yg sempurna sbg maksud hidup. Tetapi hari ini ulamak PAS sudah lari jauh dr sunnah. Fikir mereka ialah bagaimana mahu tarik pengundi2 Islam dan bukan Islam kpd bendera. Sgt jauh menyeleweng dr fikir Rasulullah iaitu bagaimana mahu bawa manusia kpd Allah dan bukannya kepada bendera. Fikir nabi juga, bagaimana dgn susah payah baginda membuat dakwah 24 jam dapat menarik hidayah drpd Allah supaya tersebar ke seluruh alam. Hari ini kita sudah menjadikan kerja dakwah sebagai kerja part time kita. Kita berpolitik lebih dr berdakwah. 
       
Hari ini ulamak telah mengariskan panduan utk memudahkan kita keluar di jalan Allah. Belajar2 buat dakwah cara Rasulullah. Bkn lama pun. Cuma 3 hari setiap bulan. 40 hari setiap tahun dan 4 bulan seumur hidup. Tertib ini tertib kita belajar2 sahaja. Jika mahu bandingkan dgn tertib baginda s.a.w dan para sahabat, sgt jauh utk kita gapai. Mereka beri masa seumur hidup utk agama. Majority sahabat keluar selama 6 hingga 7 bulan tiap-tiap tahun. Masa lebih kurang 4-5 bulan di rumah itulah masa mereka cr keperluan hidup. Mereka bergilir2 keluar khuruj. Di rumah pula separuh hari dihabiskan utk menghidupkan masjid. Ada 4 amal di masjid nabawi. Iaitu dakwah, Taklim wal Taklum (ajar dan mengajar), Ibadah dan khidmat jadi masjid hidup 24 jam. Malah ada sahabat yg beri masa sepanjang hari di Masjid seperti Abu Hurairah. Itulah korban sahabi utk agama. Tertib 3 hari semua itu cuma tertib kita belajar2 khuruj. 
         Hari ini Nabi sudah tiada. Meskipun manusia rosak akhlak dan tidak mahu langsung sembah Allah, Allah tidak akan hantar lagi para nabi kpd kita. Baginda sudah wafat. Tetapi kerja nabi masih belum wafat. Kerja nabi telah diwariskan kepada kita umat baginda s.a.w. Kerja yg wajib kita buat tidak kira siapa kita, meskipun kita cacat, kita bisu, kita buta, wajib bg kita buat kerja ini ikut tertib baginda s.a.w. Tiada dakwah dalam blog, Fb, media, surat khabar, tv dan sebagainya. Cara selain cara Muhammad bkn dakwah. Segala yg sy tulis juga bkn dakwah sy terhadap tuan2. Cuma semata2 tulisan sy mengenai agama sy. Dakwah mesti dlm jamaah, rumah ke rumah ikut tertib yg baginda tunjuk. Ustaz2 yg berceramah mengajar hukum hakam di hadapan itu pun bukan dakwah, Itu lebih kpd tabligh atau menyampaikan. Itu adalah taklim wal taklum atau belajar dan mengajar. Lebih kpd peyampaian ilmu. Dakwah adalah mengajak dan bercakap2 mengenai kebesaran Allah taala supaya iman meningkat. Tabligh lebih kpd ilmu dan kerja para ulamak. Dakwah pula lebih kpd iman dan wajib utk setiap ummat lakukan tidak kira anda ulamak, pengemis, peniaga, raja dan org oku wajib buat dakwah kerana ini kerja anda.
         Hari kita yaken apabila kita menang dlm pilihanraya kita mampu tegakkan hukum Allah. Sy mahu soal blk apakah semua org mampu mengikut hukum agama kalau Iman lemah. Apakah mereka akan dpt hidayah mcm tu aje.Tidak, hukum akan tertegak sendiri jika umat dpt hidayah dgn perantaraan kerja nabi s.a.w. Tuan2 tidak ada jihad fisabilillah dlm politik ciptaan yahudi, jihad cuma ada ada dlm Perang fisabillah, dakwah ilallah dan jihad menahan nafsu. Sahabat nabi membuat takaza dakwah terlebih dahulu, jika mereka tolak maka takaza jizyah jika mereka tolak barulah perang fisabilillah. Itu tertib baginda s.a.w. Hari ini kita belum layak perang kerana iman lemah. Kita yaken dgn senjata mampu tewaskan musuh. Sahabat nabi yaken dgn iman dan amal mampu menarik bantuan Allah dlm perang. Lihat sajalah dlm Badar, Allah hantar 1000 para malaikat bantu mereka. Apabila kerja dakwah smpi di tahap akhir maka iman akan menggunung tinggi, maka masa itulah wajib perang utk kita. Masa itulah imam Mahdi memimpin kita.Yakenlah hanya sa nya cara baginda s.a.w sajalah kita akan menuju kejayaan. Cara selain cara baginda, pasti dan pasti tidak ada kejayaan. Percayalah..
         

Tuesday 24 May 2011

Perempuan paling ramai mengikut dajjal

         Dajjal merupakan satu jenis manusia yg turun di akhir zaman utk menyesatkan manusia utk kali terakhirnya. Dlm Hadis diceritakan kpd kita dajjal merupakan satu org yg pendek bdnnya, buta sebelah matanya dan di dahinya tertulis kafir atau kufur. Dajjal akan round satu dunia, dia akan mengaku tuhan. Semua tempat Dajjal akan smpi kecuali Makkah dan Madinah kerana dikawal rapi oleh para Malaikat.
       Allah sengaja menguji iman kita. Kalau hari ini kita yaken Allah yg menghidupkan dan mematikan, tiba2 Allah hantar dajjal yg mampu membelah manusia dan menghidupkan manusia dgn izin Allah. kemudian dajjal akan soal sekarang aku yg hidupkan aku juga yg mematikan. Siapa tuhan kmu? Masa tu kejadian ini berlaku dpn mata kita. Iman kita pasti goyang kaw2. Ramai para isteri dan anak2 perempuan berlari menuju Dajjal. Hari ini kita setakat dgr cerita shj. Apabila betul2 berlaku dpn mata, percayalah pasti goyang iktikad kita. Kita pasti ingat dajjal itulah tuhan. Sebab apa? sebab zat Allah kita tidak nampak, perkara ghaib kita x nmpk di mata, maka iman kita lemah. Apabila Dajjal tiba2 datang dgn satu ilmu sihir, kita nmpk dpn mata pula tu, iman kita pasti bergoncang.
           Kemudian semua makanan dan air ada pd dajjal. Apabila Dajjal singgah ke satu negara, negara yg mengakui dajjal itu tuhan, maka tiba2 hujan turun, negara itu penuh dgn makanan. Tetapi jika penduduk negara itu masih kental imannya langsung tidak mahu mengakui Dajjal itu tuhan, maka Dajjal akan keluar lalu tiba2 terjadilah kemarau panjang. Maka makanan org2 mukmin ketika itu adalah zikir semata2. Apakah kita mampu bertahan godaan dajjal jika iman kita lemah? Dlm hadis nabi, Dajjal akan datang membawa 2 benda iaitu sungai syurga dan sungai neraka, baginda Rasulullah berpesan ketahuilah neraka itu sebenarnya syurga, syurga itu sebenarnya neraka, nabi menyuruh kita pejamkan mata dan minum air sungai yg drpd neraka itu. InsyaAllah kita tidak sesat. Soalannya apakah iman kita betul2 tinggi utk minum air sungai drpd api jika perkara ini benar2 berlaku depan mata kita? 
         Itulah fitnah Dajjal, Rasulullah menyuruh kita mengikat anak isteri di dalam rumah kerana mereka meronta2 ingin pergi kpd Dajjal. Ada ulamak yg mengatakan mengikat bkn dgn tali tetapi dgn bacaan taklim drpd hadis2 nabi. Utk tingkatkan Iman perlu buat dakwah sebiji cara baginda. Pasti iman meningkat, jika Dajjal dtg hadapan kita hidupkan satu org manusia, Iman yg tinggi hasil drpd kerja dakwah pasti akan nafikannya ilmu sihir Dajjal itu. Hati yg penuh iman akan sendiri beriktikad bahawa Allah yg hidupkan dan Allah yg mematikan. Jika makanan semua tiada dibawa oleh Dajjal, bagaimana dgn hanya berzikir sahaja kita mampu kenyang sekiranya hakikat zikir kita belum dpt lg. Bagaimana mau dpt hakikat zikir? mesti dptkan dahulu hakikat iman? lalu bagaimana mau dpt hakikat iman? perlu hidupkan dakwah cara baginda InsyaAllah

Monday 23 May 2011

Kenapa Saidina Ali tidak sanggup memadukan Fatimah?

         Pertama-tama sekali ingin saya tegaskan hal poligami adalah perkara paling biasa pd zaman Rasulullah, maka kahwin lebih drpd seorg juga merupakan sunnah baginda, mahu tidak mahu, setuju tidak setuju, jeles tak jeles kita mesti terima dgn hati terbuka. Bg yg tidak setuju diam lebih baik, satu sunnah kita perlekehkan, kita x setuju maka secara automatik kita bkn lg umat Muhammad.. bahkan permainkan isu tanpa niat mengina sekalipun amat dilarang sama sekali. Buat pengetahuan anda perintah Allah taala memang kahwin 4 dahulu, jika tidak mampu baru 3,2, dan  jika takut x berlaku adil memadailah seorg saja, oleh sebab lelaki mcm saya yg iman lemah ini memadailah seorg shj,itu pun kalau ada hehe InsyaAllah.
         Salah seorg sahabat yg tidak sanggup kahwin lebih drpd seorg adalah sepupu baginda s.a.w iaitu Ali ra. kerana apa? kerana layanan Fatimah ke atas Ali adalah seperti 4 dlm 1.  seumpama 4 org perempuan layan satu org lelaki. Saidina Ali tersangat puas dgn layanan Fatimah. Pernah suatu hari Fatimah ditawarkan seorg hamba utk membantunya dlm rumah tangganya tetapi Fatimah menolak kerana dia takut pahala melayani suaminya akan pergi kpd hambanya. Fatimah mahu suaminya dilayan baik dgn tangannya. Suaminya mkn masakan yg disediakan oleh tgnnya.
         Pernah suatu hari Saidina Ali terasa hati dgn Fatimah. Meyedari hal itu, Fatimah pusing tawaf  bdn Saidina Ali smbil merayu memohon maaf. Akhirnya Saidina Ali tersenyum dan berlalu pergi. Lalu Fatimah mencerita perihal tersebut kpd Rasulullah. Air muka Rasulullah berubah kemudian baginda bertanya " Apa terjadi lepas itu " Fatimah menjawab Ali tersenyum dan berlalu pergi, barulah Rasulullah lega. Baginda berkata lg "sekiranya Ali tidak memaafkan kmu dan kmu mati selepas itu nescaya aku sendiri tidak akan memandikan mayat kmu".
        Sekarang kita bandingkan pula diri kita dgn Fatimah. Berapa bnyk kita bermasam muka dgn suami kita? berapa kali kita menjeling suami kita? berapa kali kita memandang sinis suami kita? berapa kali terkeluar kata2 kasar kpd suami kita? layakkah suami kita kahwin lain? Oleh kerana cantik dan baiknya akhlak Fatimah Ali tidak sanggup kahwin lain sebelum Fatimah meninggal. Petua drpd saya, layanlah suami anda sepertimana Fatimah layan InsyaAllah suami x cari lain..hehe

Sunday 22 May 2011

Sy tak mahu pakai tudung sbb tak mahu hipokrit?

               Sudah lali kita dgr di telinga jika diajukan soalan begini, kenapa x mahu tutup aurat? tahukan bukak aurat itu dosa? mesti bnyk yg jawab belum smpi seru.. ada jgk yg menjawab "sy xmahu jd hipokrik kpd diri sendiri dan kepada Allah, satu hari nanti apabila dpt hidayah sy akan pakai ikhlas semata2 kerana Allah taala. Bkn kerana Mak suruh bkn kerana Bos suruh tetapi kerana Allah yg suruh. Sy ni bkn apa belum smpi seru lagi. Tercengang mulut kita dgr. Pandai dia jawab.
               Tuan2 buka aurat itu merupakan suatu kewajiban kita sbg umat Islam. Soal ikhlas atau tidak, itu soal no 2, soal yg pertama, mahu xmahu, ikhlas tak ikhlas, kita mesti tutup aurat. Ikhlas akan datang kemudian apabila kita paksa diri kita secara istiqamah. Hari ini, semata2 tak mahu hipokrit kpd Allah kita biarkan org nmpk aurat kita maka dosa kita juga kian bertambah. Soal ikhlas adalah peringkat no 2, peringkat pertama mahu tak mahu kita kena tutup aurat. Jd tidak timbul masalah hipokrit dlm agama, bahkan hipokrit dlm agama adalah bagus. Sebagai cth hati ingin melakukan dosa, tetapi kita tahan, adakah ini hiporkrit? berpura2 xmau berdosa. Yes inilah hipokrit yg baik dan dlm masa yg sama kita berjaya mentaati perintah Allah.
               Isu kedua adalah isu masih belum dapat hidayah, belum smpi seru katanya. Ketahuilah hidayah ini merupakan petunjuk drpd Allah kpd sesiapa yg Allah suka. Hidayah ada dua, yg pertama Allah boleh cmpk hidayah secara mendadak kpd satu manusia paling jahat dan kejam, lalu tiba2 dia jd baik seperti Umar Ra. Satu lg hidayah ialah kita mesti usaha mendapatkannya. Jika kita tidak berusaha utk merapatkan diri kpd Allah, maka Allah pun tidak akan bantu kita.
              Sekarang apa perlu kita buat utk menarik bantuan Allah supaya Allah cmpkkan hidayah dlm hati kita terutamanya, kemudian barulah hati mereka? Tidak lain tidak bukan dgn melaksanakan tugas dakwah cara Muhammad sungguh2 supaya dgn pengorbanan kita, Allah turunkan hidayah ke seluruh alam. Dakwah selain cara Muhammad bukan agama yg tersebar tetapi adat yg tersebar. Dakwah pakai muzik bkn agama tersebar tetapi muzik yg tersebar. Lama2 kita sendiri akan tenggelam dlm fitnah. Percayalah.
              Untuk handle laki2 mahupun perempuan2 yg buka aurat ini bkn boleh kita marah2, maki2,kutuk, mereka akan lari lebih jauh drpd kita. Percayalah. Bahkan mereka akan menyisihkan diri lebih jauh dpd agama. Masalah2 begini, satu sahaja puncanya iaitu masalah lemah iman. Ajaklah mereka ke majlis taklim iaitu majlis yg ada dibacakan tentang fadhilat2 amal. Supaya apa? supaya apabila mereka mendengar lagi dan lagi tentang fadhilat solat, puasa, zikir dan Quran, maka akan timbul keinginan dan keghairahan utk beramal. Dgn amal2 mereka ini lama2 perkara2 mungkar mereka sendiri akan tinggalkan. Belilah kitab fadhilat amal karangan Maulana zakaria atau kitab muthakad hadis karangan Maulana yusuf. Bacalah secara istiqamah terhadap anak, selepas solat atau bila2 masa yg lapang tiap2 hari. InsyaAllah ada perubahan.

Friday 20 May 2011

Mujahadah wanita berpurdah, bernikab dan berburka

 Hari ini, satu org wanita yg menutupi seluruh tubuhnya dgn kain labuh, tudung labuh serta pemakaian nikab sudah dianggap pelik dlm masyarakat kita hari ini. Bkn org biasa sj rasa pelik bahkan para ustaz, tok guru pun akan rasa pelik melihat satu org perempuan yg berpakain sunnah seperti ini. Jika kita lihat mereka ini apa yg akan timbul dlm fikiran kita? pastilah Al-Qaeda, Al-Arkam, org yg taksub agama, nak dekat pun takut. Begitu terbalik situasi ini pd zaman Rasulullah. Hampir seluruh wanita2 di Madinnah mengenakan nikab. Tuan2, wanita2 yg bernikab ini ketahuilah, mereka berada di bwh lindungan Allah 24 jam. Para Malaikat akan menjaga kiri dan kanan mereka ketika mereka berada di luar rumah. Inilah antara pakaian wanita2 syurga. Begitu istiqamah dan mujahadah mereka mengenakan pakaian ini di kala cuaca di Malaysia yg panas terik. Bkn itu sj, mereka juga terpaksa menahan telinga drpd kata2 manusia2 jahil. Sgt pelik situasi di Malaysia. Di Uitm sendiri pemakain nikab ini diharamkan terus. Sy sendiri langsung tidak faham. Apakah salah mengenakan pakaian2 isteri2 sahabi ketika belajar di kelas? Apakah pakaian ini tidak sopan atau tidak sesuai ke kelas? apakah pakaian wanita2 yg free hair lebih sopan drpd wanita2 bernikab ini? Hari ini kita ambil agama sekerat2. Kita ambil agama bila ada org mati, kita ambil agama apabila anak mahu kawen, tetapi kita xmau ambil agama dlm kehidupan seharian kita. Pakain Yahudi dan Nasrani menjadi kebanggaan kita, Pakaian sunnah kita tolak tepi. Nk solat bole pakai, kalut nk cari telekung nk cari songkok tetapi mahu jalani kehidupan sesuailah kita berpakain gaya yahudi. Pakaian nabi pakai bila solat, luar solat kita pakai baju yahudi punya cantek!! muka x malu mengaku ummat nabi, di masyar pegi kpd nabi, Ya Rasulullah aku ummatmu, aku ummatmu!.. Nabi pun lihat mana tanda kmu ummat ku? janggut licin serupa yahudi. Langsung tidak ada tanda2 sunnah di bdn kita. Apakah nabi mau mengaku ummat? 
              Kalau kita pandang baik wanita2 yg mengikut sunnah ini tak apa lg tetapi masalahnya kita pandang mereka dgn jelik. Kita cr tang mana salah mereka.. sikit salah kita condem, kata dia akhlak x brapa baik, tgk juga akademi fantasia. Condem habis. Walhal dlm usaha kita meniru2 cara Rasulullah dan isteri2 baginda, Allah pandang kita kerana kebaikan yg sedikit itu. Mudah2an Allah kasihan kita kerana bermujahadah pakai panas2 semata2 mahu ikut isteri2 baginda. Asbab itu pun Allah dgn limpah rahmatnya memasukkan kita ke syurga Allah. 
           Satu org pelacur yg beri anjing minum, itu pun Allah terima perbuatan baiknya dan memasukkan dia ke syurga. Apakah satu org wanita yg suci yg menutupi badannya dgn kain labuh dan nikab, melayan anak2 dan suami mkn, Allah tidak kasihan melihat mereka? Tuan2 hari ini isteri para2 ustaz, para2 alim di Malaysia belum tentu dpt mengenakan busana nikab ini. Apakah perlu kita melihat buruk mereka, pandanglah dgn kebaikan. Mudah2an asbab hati kita yg suka melihat manusia seperti ini, Allah cmpkan hidayah ke dlm hati kita ini. 
            Ketahuilah para wanita yg bernikab ini Allah akan cantikkan muka mereka di akhirat kelak. Di mata suami mereka pula, merekalah yg paling anggun. Ketika penghuni2 syurga pergi melihat wajah Allah taala, Allah sendiri dtg kpd wanita bernikab ini utk memperlihatkan wajah Allah. Subahanallah.. Hari ini mata kita suka melihat wanita2 yg nmpk seperti berpakaian tetapi telanjang. Pakai ketat2, singkat2. nmpk segala pusat, nmpk segala tahi lalat, Wow.. dua tiga kali terkebil2 mata kita. Suka ya amat. Bila nmpk wanita bernikab lalu, dlm hati, apa ni, pelik, aneh, ntah2 pengebom berani mati..lari.. tuan2 ubahlah pandangan anda terhadap wanita begini.. Inilah kejayaan dlm agama. tutup elok2 bdn, hari ini wanita kat luar sana bkn tutup bdn tetapi balut bdn mcm buah nangka!!! x nmpk bdn, nmpk le bentuk bdn... serupa je.. nk sangka baik mcm mana lg tu. agak2 dia jln ke syurga atau ke neraka? nauzubillah minzalik. tadah tgn, Ya Allah berilah dia hidayah. Itu saja la yg kita mampu buat. 
            Nk handle wanita yg seksi2 ni bkn boleh kita kutuk2, maki, percayalah mereka lari lg ada la. Kita kena guna perkataan yg berhikmah, Mariam, Mariam... Mariam cantik la hari ini.. tp kalau mariam pakai tudung lg cantik..hehe.. mcm tu dia boleh terima.. tetapi laki2 bkn muhrim usah gatai2 nk cuba ye.. perempuan boleh dakwah perempuan. Laki2 dakwah laki2.. jgn nk pandai2 langgar tertib dakwah. Cara kedua still sama lg.. kali ni kita x puji kita x kutuk juga, kita ajak adik kita pergi majlis2 taklim. Atau kita buat bacaan taklim di rumah sj. Apa itu taklim? org2 tabligh tau la.. org2 biasa x tau..hehe.. Taklim tu bacaan hadis tentang fadhilat2 amal. Apabila kita tahu ganjaran solat, puasa,zikir dan sebagainya, kita dgr lg dan lg maka akan timbuhlah keghairahan dlm hati utk berbuat amal. Iman pun meningkat, maka sedikit demi sedikit mereka berubah insyaAllah. Sudah byk kali cara ini berjaya ya.. bkn sy main2.. kalau x percaya try baca dpn anak isteri 4 bulan.. InsyaAllah mesti ada perubahan.. smoga apa yg kita baca kita doa pd Allah taala agar Allah kurniakan kekuatan utk kita amal dan smpikan InsyaAllah

Thursday 19 May 2011

Dakwah saudara Seislam kpd agama 10 afdal drpd dakwah Non muslim kpd Islam

            Walaupun ummat Muhammad umat paling lemah, umurnya pula pendek2, sekitar 60-70 tahun,umat paling bnyk berbuat dosa dan kerosakan, tetapi Allah telah campakkan kemulian kpd Umat Muhammad. Kalau zaman Musa a.s mereka membunuh kanak2 lelaki, kalau di zaman Rasulullah mereka membunuh kanak2 perempuan, tetapi Umat kini telah membunuh kedua2 jantina. Anak2 haram dicampak ke dlm tong sampah, dimakan oleh anjing, dibuang celah2 semak, tetapi Allah taala telah tangguhkan segala azab Umat pendosa seperti kita atas sbb doa Rasulullah mudah2an kita bertaubat. Dlm keadaan kita 24 jam berdosa kpd Allah, Allah masih lg berhasrat mengurniakan suatu tugas kpd kita. Iaitu tugas yg dibuat oleh para2 nabi yg terdahulu. Itulah dakwah Illallah.
             Kalau dulu para nabi semuanya maksum drpd dosa, akan tetapi umat Muhammad yg bnyk dosa telah dipilih utk kerja dakwah ini. Betapa beruntungnya kita. Apakah dakwah itu lebih layak kpd Muslim atau kpd non Muslim? inilah yg sering dipertikaikan oleh sesetengah individu yg belum faham mengenai agama. Walaupun bergelar alim, ustaz, ilmu agama penuh di dada, sygnya Allah belum campakkan kefahaman agama dlm hati mereka. Katanya nabi dahulu buat dakwah atas org2 kafir, tak sunnah langsung dakwah org islam. BIDAAH!!! amboi..sedap mulut kata bidaah ye.. Sy tanya blk,, Sekiranya satu org saudara kita, cthnya adik kita lemas di sungai, dan di masa yg sama satu org lg bkn saudara kita, seorg cina la katakan lemas juga.. siapa yg akan kita selamatkan dulu? Cina? Sudah tentulah saudara kita.. Sekiranya satu kertas yg bertulis kalimah Lailahaillallah jatuh bersama satu kertas kosong, kertas mana yg mahu kita sambut dahulu? Sudah tentulah kertas yg ada kalimah Allah.. begitu juga dgn dakwah lebih afdallah kita dakwah saudara kita dahulu barulah kpd org2 kafir.
              Hari ini org kafir lihat kita serupa dgn mereka. pakaian serupa, terdedah sana terdedah sini, cara mkn, tidur, semua serupa. Dia akan lihat blk di mana indahnya islam?apakah beza islam dgn agama kami? bahkan anak muda islam lebih seksi drpd anak muda kami. Baginda Rasulullah pernah sabda membawa kembali org Islam kpd agama adalah 10 kali lebih baik drpd membawa org kafir masuk Islam". Tidakkah kita syg saudara kita? saudara seislam yg berkongsi satu kalimah di dada. Sabda baginda lg," tidak sempurna iman kita jika kita tidak menyayangi saudara kita sepertimana kita menyayangi diri kita sendiri" Pada zaman sahabat, kita mesti faham, walaupun mereka mendakwahkan kalimah iman ini kpd org kafir, ketahuilah mereka sebenarnya lebih bnyk mendakwahkan kalimah iman dan kebesaran Allah sesama mereka sendiri. Kerana apa tuan2? kerana dakwah sebenarnya utk diri sendiri. Jika kita dakwah dgn niat utk islah org lain, maka kita sendiri tidak akan dpt hidayah apatah lg org yg didakwah. Percakapan kebesaran Allah yg kita tuturkan akan masuk ke dlm hati maka iman akan meningkat.
             Begitu juga apabila azan berkumandang, azan itu merupakan suatu dakwah kpd kita utk memanggil org2 di luar sana utk menunaikan solat 5 waktu secara berjamaah di tempat azan dilaungkan. Apakah apabila azan, Mr Cong, Muthusami, John akan datang ke masjid? sudah tentulah dakwah azan ini utk org islam. Jika dakwah kpd solat kita buat 5 kali sehari, mestilah dakwah kpd Iman yakni yg terkandung di dlm rukun Islam pertama mestilah lebih kita utamakan. Kalau dakwah kpd rukun Islam kedua, solat kita buat 5 kali sehari sudah tentulah dakwah terhadap rukun islam pertama iaitu kalimah Lailahaillallah lebih kerap kita dakwahkan kpd manusia sekeliling. Supaya apa? supaya mereka dtg kpd agama, utk asah iman mendengar dakwah dan bercakap2 mengenai kebesaran Allah dan perkara2 ghaib bg memantapkan iman. Apakah dakwah sesama Islam masih bidaah?
              Tuan2 hari ini kita sibuk mahu dakwahkan org bkn islam kpd Islam. Bahkan kita panggil lg org bkn islam bg ceramah dlm surau tentang politik. Konon2 nk bg mereka biasa dgn masjid lalu tertarik masuk Islam. Apakah bengongnya para alim yg berfikiran begini?  Manusia yg masih punya kalimah di luar sana kenapa kita tidak dakwah utk ke masjid? apakah guru2 agama duduk atas kerusi bg ceramah power2 depan masjid sudah mencukupi? yg di luar sana yg tak mahu langsung kpd agama sapa mahu panggil?Sapa mau dakwah kpd Iman? Ini bkn cara baginda. Kita dok suka gelak2 kutuk pemimpin, mengumpat pemimpin, ckp tentang politik seolah2 politik sahajalah yg ada dlm Islam, Punya la bnyk topik agama yg lain, ckp jugak topik yg sensitif yg mampu memecah belahkan persaudaraan. Ceramah sudah jd seperti hiburan. Bknnya sbg medium utk kita takut kpd Allah. Apakah ini agama yg Muhammad bawa sejak dulu lg? Tuan2, kerja dakwah ini bkn kerja para alim sahaja. Kerja dakwah ini kerja seluruh ummat. Mahu ckp tentang kebesaran Allah, mahu ajak mereka ke masjid bkn perlu ilmu yg tinggi2. Kalau kita tggu ilmu kita penuh di dada smpi bila pun xkan penuh. percayalah. Inilah warisan nabi kpd kita. Sekarang belum afdal dakwah kpd org kafir, kerana saudara2 kita lebih perlukan dakwah kita. Yakenlah hanya dakwah cara Muhammad rumah ke rumah lorong ke loronglah baru ummat dpt hidayah. Dakwah selain cara Muhammad bkn agama yg tersebar tetapi adat tersebar. Apa yg sy tulis bkn dakwah sy terhadap tuan2 cuma perkataan sy tentang agama sy.. InsyaAllah
                                    

Sunday 15 May 2011

Hanya lelaki pondan yg cukur janggut



Dewasa ini, ramai yg mempertikaikan dalil-dalil tentang pembelaan janggut. Dgn jelas sekali janggut merupakan sunnah baginda dan sahabat, tidak ada satu org sahabat pun yg tidak berjanggut bahkan janggut mereka panjg2 belaka dan tidak pernah dipotong melainkan apabila sudah melebihi satu genggam. hari ini sunnah ini makin lama makin ditinggalkan termasuklah ustaz2 semua sekali memendekkan janggut. Alasannya tidak kemas. Adakah rasulullah itu tidak kemas orgnya? Bahkan dlm Al-Quran jelas mengatakan Muhammad itu nabi paling hensem, kehenseseman Yusuf hanya separa kehenseman Rasulullah. Pd zaman rasulullah adat mereka adalah saling berpelukan apabila bertemu, tetapi apabila jumpa org yg tiada janggut sahabat akan takut memeluk kerana takut terpeluk golongan pondan. berapa ramai di Malaysia ni yg pondan2 belaka? di mana janggut kalian wahai kaum lelaki? Hari ini kita suka ambil hadis2 dan fatwa yg cukup2 mkn. Mana2 ijmak yg ada membolehkan pemotongan janggut itulah yg kita pilih, itulah yg kita sokong. Walhal dgn jelas rasulullah menyuruh kita pendekkan misai sependek2nya serta panjangkan janggut. Hari ini kita korek kata2 ulamak berfatwa pendekkan janggut. sgt bertentangan dgn hadis nabi yg suruh simpan janggut. sbb apa ulamak keluar fatwa begitu sbb mereka juga cukur janggut. sgt2 celaka golongan ulamak begini. susah sgtkah mahu apply sunnah dlm kehidupan. Langsung tiada perkara yg mendesak mereka dlm kehidupan mereka sbg para alim dan para ulamak. Mereka yg berilmu ini seharusnya menjadi cth kpd org2 awam. lainlah kalau kita yg muda2 ini yg terpaksa trim janggut utk kerja sbg askar,polis dan pegawai bank. Tetapi apakah alasan para alim yg kerja mereka yang sememangnya menyebarkan Ilmu Allah. Pelik bin ajaib. Gengamlah sunnah dgn gigi geraham. Sabda baginda s.a.w. barang siapa yg memegang satu sunnahku di zaman fasha dan mungkar maka dia akan memperoleh pahala 100 kali mati syahid. sabda baginda lg "barangsiapa yg mencintai sunnahku, dia mencintaiku, dan barangsiapa yg mencintaiku dia akan bersama-samaku di dalam syurga nanti, MasyaAllah. ayuh kalian rebutlah sunnah ini, pahala 24 jam. Janggut x boleh tanggal. Kalau kopiah dan serban kita mesti tanggalkan semasa mandi tetapi janggut InsyaAllah x boleh tanggal.. 24 hours pahala jalan.. InsyaAllah







       


Hadis #1 
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, 
"Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud) 



Hadis #2 
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, 
" Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban) 



Hadis #3 
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini 
Rasulullah saw bersabda. 
" Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut" 



Hadis #4 
Zaid Ibni Habib r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka; 
"Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, 
" Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami" 
Rasulullah s.a.w. bersabda, 
" Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai." 



1. Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut adalah haram. (kitab Al Qasim) 
Imam Qurtubi menyatakan, 
" pencukuran janggut, mencabut keluar semua rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan" 


2. Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu.

3. Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya 
" Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami" 


4. Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut, 
" Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan" 


5. Saidina Umar r.a. dan Ibn Abi Lailah r.a., yang menjadi Qadhi Madinah telah menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya. 




Friday 13 May 2011

Apa yg anda tahu tentang mati?



 Video yang diambil ketika waktu Taklim..haha..


  Gambar ketika waktu mlm di tanah perkuburan sebelah masjid ketika saya keluar 40 hari di kulim....... Inilah tempat tinggal kita nanti tuan.. sudah bersediakah anda?

Ini pula gambaran pada waktu siang.. nmpk mcm tenang tetapi di dalamnya hanya Allah yg tahu. Sama ada kita dilayan oleh Allah taala seperti dlm taman2 syurga atau di lubang2 neraka.. sediakah kita? maybe kejap lg...



Seloka yg bertajuk, Rumah kata pergi, kubur cakap Mari..

Izrail datang melawat 70 kali hari ini saja,
Tggu masa nk cabut nyawa kita,
Tetapi kita masih lg boleh ketawa, 
Usahkan nk beramal bahkan sentiasa berbuat dosa,
Barang diingat maut dtg tanpa dipelawa,
Comfirm kah kita boleh hidup smpi lusa?
Nak beramal bkn kena tggu tua,
Kena stat pulun time remaja,
Di dunia Allah x pandang kita punya harta, 
Dalam kubur kita past akn ditanya,
Mu punya tuhan siapa?
Nabi mu siapa?
Mu punya amal bnyk mana?
Harta mu bnyk2 mu buat apa?
salah jawab kena tukul tenggelam 70 puluh hasta,
Ini cerita bkn rekaan semata2, 
Bkn ana yg kata, 
Tapi dalam hadis nabi yg kata,
Hampa mau percaya?
Tak apa dalam kubur nant kita pasti merasa, 
Kat sana br nk percaya mmg tak guna, 
Nangis rayu mcm mana pun kita pasti kena,
Igtlah teman ingatlah saudara, 
Pesan pada kaum keluarga,
Kita pasti akan bertemu Pencipta, 
Iman dipulun di masa muda,
Amal dibuat x kira di mana,
Kelak kita InyaAllah bahagia, 
Bkn takat di di dunia malah di syurga" 
              
Manusia yg paling cerdik ialah mereka yg sentiasa ingat mati,
Maut itu bkn seperti mimpi,
Sakitnya bkn seperti terkena duri, 
Sakitnya mmg tidak terperi,
Matinya mukmin izrail dtg dgn wajah berseri, 
Matinya sang kafir izrail dtg mukanya ngeri, 
Yg mukmin penemannya adalah bidadari,
Yg sgt cantik putih berseri, 
Itulah dia kurniaan ilahi
Yg maha pengasih lg maha pemberi,
Yg kafir bkn takat dibuli,
Bkn takat digerudi,
Malah akan ditukul dgn besi,
Smpi tenggelam 70 kaki,
Tp tidak akan pernah mati2, 
Kerna nyawa cuma dicabut sekali, 
Tetapi seksaanya berkali2,
Setelah itu kita akan dibangkitkan kembali,
Yg kafir akan berkata celakalah siapakah yg membangkitkan kami?
Padahal mereka akan dihimpunkan dalam keadaan hina dan keji, 
Bakal bertemu Tuhan yg hakiki, 
Dialah Allah Rabb yg kekal abadi,
Apabila berhadapan dgn maha suci, 
Kaki mengeletar smpi x bleh berdiri,
Ketika itu mulutnya akan dikunci, 
Yg berkata2 cumalah mata,tgn,kemaluan dan kaki, 
Dgn penuh terperinci, 
Setiap maksiat dan perbuatan keji, 
Sambil itu buku amalan diberi dgn tgn kiri, 
Berkatalah dia dgn sesal sekali,
Aduhai celakalah kami,
Kan baik aku dulunya lalang atau biri2, 
Tidaklah aku dihisab begini, 
Bakal dicampak dalam api,
Bkn sejam tapi kekal abadi
TAPI kita masih tidak reti2,
Masih ada yg seksi2,
Yg menengok berkata ini tak bleh jadi, 
Nanti tak tgk lagi rugi, 
Last2 dia masuk neraka sekali,
Wahai perempuan kenapa suka tunjuk isi? 
Menyeksa mata kaum lelaki? 
Yg imannya nipis sekali..
Wahai taulan yg kukasihi,
Iman mmg perlu dicari, 
Bkn takat duduk goyang kaki,
Hidupkan dakwah bawaan nabi,
Supaya iman tebal mcm sahabi"
Ingatlah suatu hari kita pasti akan mati,
Bersediakah anda utk ke alam kekal abadi?

Ini seloka Hafiz kilau yg punya,
Tak ada kena mengena yg masih hidup mahupun yg x bernyawa,
Kalau nk copy, aku rela,
FB dan blog hiburan semata-mata,
Ingatlah dakwah hanya sanya cara Muhammad yg Allah terima 

InsyaAllah.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...