.........................................Popular post..............................................

Wednesday 27 July 2011

Adakah pengebom berani mati itu syahid?

Pertama-tama sekali, ingin saya tegaskan bahawa saya bukanlah org paling layak memberi fatwa mengenai jihad megebom diri ini. Saya bukanlah ustaz mahupun alim, langsung tidak layak dlm menuduh pengebom berani mati ini tidak syahid. Cuma apa yg ingin dikongsikan di sini adalah sedikit kefahaman agama yg Allah taala berikan.
        Jihad fisabilillah itu, ada satu set lengkap. Pada permulaan jihad adalah dgn dakwah. Ini dibuktikan apabila di Makkah Allah melarang sahabat utk memerangi org kafir. Mereka hanya mendakwah kalimah iman supaya Iman mereka menggunung tinggi. Apabila berlakunya peristiwa hijrah, sahabat telah mengorbankan segala2nya utk agama Allah. Mereka meninggalkan segala harta milik mereka, meninggalkan anak isteri atas maksud meyahut seruan Allah utk hijrah ke Madinah. Maka apabila mereka menyambung kerja dakwah di Madinah, Ketika itu iman para sahabat telah pun sempurna. Maka Allah pun mewajibkan mereka memerangi org kafir. Apabila org kafir menolak dakwah mereka, maka mereka akan meyuruh penduduk membayar jizyah, jika mereka menolak jizyah maka barulah perang berlaku.Dalam perang pula bnyk adab2 yg perlu dijaga. Antaranya ialah tidak dibenar membunuh kanak2 dan wanita serta tidak dibenarkan membunuh musuh yg telah menyerah.
         Sekarang kita lihat pula situasi pengebom berani mati. Mereka merempuh di khalayak umum lalu mengebom diri. Pertama sekali mereka tidak ikut tertib jihad. Yg mana Rasulullah mendakwahkan kepada mereka terlebih dahulu kemudian barulah perang. Cara selain cara Muhammad dan sahabat bkn jihad fisabilillah. Adakah kelihatan perkara ini seperti jihad?. Jika sekadar niat tetapi caranya tidak betul apakah sempurna jihad? Jika kita niat solat, tetapi tidak ikut tertib Rasulullah apakah sempurna solat? apakah sah solat?
         Yg kedua, Dalam Jihad, sahabat merempuh musuh dan memang ingin syahid tetapi belum tentu syahid. Kalau kita bom diri kita, memang pastilah kita mati dgn izin Allah. Tidakkah itu seperti membunuh diri dahulu sbb kita bom diri kita. Bahkan satu org sahabat tidak pernah mati mencucuk pedang di badan sendiri utk syahid. Semua bekas luka adalah drpd pedang musuh. Tetapi kita letak bom di badan sendiri? Sgt pelik.. sy tidak layak berfatwa. Anda fikirlah sendiri.
         Yg ketiga, Dalam perang Sahabat tidak sesekali mencederakan wanita dan kanak2, tetapi dgn cara kita mengebom Satu kawasan Bali, melibatkan beratus2 nyawa kanak dan wanita apakah cara ini cara Rasulullah? Sgt jauh dgn fikir Rasulullah. Baginda tidak pernah mahu menghancurkan umatnya malah fikir baginda adalah bagaimana umat-umat yg berdosa ini dapat hidayah drpd Allah taala terlebih dahulu dgn perantaraan kerja dakwah.
        Segala apa yg saya tulis bknlah fatwa yg keluar dari mulut saya kerana sy bkn ustaz. Cuma ini apa yg saya nampak dan apa yg saya pelajari itulah yg saya smpikan InsyaAllah.
       

Teknik Bayan Pancung

      Kejayaan Manusia di dunia hanya apabila kita ikut perintah Allah cara seperti mana yg ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan kejayaan manusia di akhirat hanya apabila kita berjaya masuk syurga Allah. Itulah kejayaan hakiki. Tuan2 kerja dakwah ini bkn kerja para ustaz, para alim, para ulamak tetapi kerja ummat Muhammad s.a.w. Jika anda rasa anda ummat Muhammad, anda kena buat dakwah cara Muhammad. Jika anda claim sy sudah buat dakwah tetapi via FB via blog, percayalah anda belum pun buat dakwah. Anda baru sebarkan maklumat dakwah. Dakwah hanya sanya cara Rasulullah pintu ke pintu. Perkataan saya di blog ini bkn dakwah sy cuma semata2 perkataan sy tentang agama saya.
          Tuan2 yg dimuliakan oleh Allah taala.. tak kira kita petani, tak kira kita manager, kita pemimpin, kita agong, kita ulamak besar, kita doktor, kita wajib buat dakwah cara Muhammad. Kerja dunia hanya kerja part time kita. Kerja agama yakni kerja dakwah kerja fulltime kita. Bos besar bkn di office kita tetapi bos besar kita Allah taala. Kerja dunia cuma utk cari keperluan saja tetapi kerja dakwah adalah kerja hidup kita. Tak kira hg mulia mcm Ustaz Harun Din, Hg mulia mcm Ustaz Shamsuri, Hg mulia mcm Ustaz Kazim, hg mulia mcm Ustaz Azhar Idrus hg mulia mcm Yusuf Khardawi sekalipun.. mulia mcm mana pun kita, mulia lagi Rasulullah s.a.w. Rasulullah yg paling mulia juga jumpa umat dr pintu ke pintu.. apakah mulia sgt kita duduk di hadapan bg ceramah saja? langsung xmau bergerak utk agama. Tok guru mengajar di depan smpikan ilmu itu bkn dakwah tetapi itulah tabligh atau taklim wal taklum atau lebih dikenali belajar dan mengajar. Tabligh kerja ustaz tp dakwah kerja semua ummat tak kira hg ustaz, ustazah, alim, halimah, pencuci longkang dan pemimpin negara kita semua kena buat dakwah cara Muhammad s.a.w. Kalau hari ini kita pakat duduk depan tok guru tanpa mahu gerak kepada Ummat maka agama pakat mati seluruh dunia. Asbab ada pergerakan Nabi dan sahabat ke seluruh alam malah ada yg mati di China maka hari ini kita dapat nikmat iman. Boleh bayangkan tak kalau sahabat takmau bergerak pakat mau belajar 24 jam depan Rasulullah? dah tentu hari ini kita sembah patung berhala tuan2. Jd hari ini kita mesti bergerak juga kerana agama supaya anak cucu kita tidak sembah patung berhala di masa hadapan .Kalau kita pakat mau tggu ilmu penuh di dada br boleh buat dakwah percayalah smpi bila2 pun x penuh. smpi mati pun ilmu tak cukup. Dakwah syarat ada kalimah boleh dakwahkan kebesaran Allah. susah sgtkah mulut mahu sebut kebesaran Allah, mahu ajak manusia kpd Allah? tak perlu ilmi tggi. Abu Bakar as-siddiq hari pertama peluk Islam sudah bawa 10 sahabat lain peluk islam keesokan harinya termasuk sahabat2 besar seperti Abdul Rahman Auf, Uthman Affan dan Zubir Al-Awwam. Tinggi sgtkah ilmu Abu Bakar dlm sehari peluk Islam tu? Nabi pesan sampaikan dariku walaupun satu ayat.
       Tuan2 hari ini kita sibuk berpolitik seolah-olah politik itu maksud hidup kita. Hari ini kita sibuk sahut seruan politik demokrasi yahudi, majusi dan Nasrani tetapi tinggalkan pula dakwah cara Rasulullah. Umat siapakah kita? Kalau cara solat nabi tunjuk kpd kita caranya bagaimana, Puasa caranya bagaimana, zakat caranya bagaimana, medium utk sampaikan seluruh perkara agama ini iaitu dakwah tiba2 kita cakap Rasulullah tidak tunjuk bagaimana caranya kpd kita? umat jenis apa kita ini. Hari ini medium selain cara nabi juga dianggap jihad fisabilillah. Kalau solat niat kerana Allah tetapi ikut cara solat nasrani adakah sah solat? begitu juga jihad dlm agama yg besar dr solat. Sudah tentu mesti ikut skop yg ditunjukkan oleh Muhammad dan sahabat. Jihad dimulai dgn dakwah, kemudian barulah perang. Setakat demontrasi jalanan, semua itu bkn jihad. Mmg la tidak haram tetapi kita tak boleh claim itu sbg Jihad Fisabilillah
         Hari ini kita Kita sibuk membawa manusia kpd bendera. Walhal nabi sibuk membawa manusia kpd Allah. Perjuangan nabi bkn supaya setiap anak2 kecil dapat makanan yg cukup, tempat tinggal yg selesa dan hidup yg tenang tetapi perjuangan nabi adalah supaya semua manusia dpt selamat drpd neraka Allah taala dgn perantaraan dakwah Illallah. Inilah perjuangan Muhammad yg sebenarnya. Buktinya Rasulullah sanggup melihat anak perempuan baginda Fatimah merangkak kelaparan dan cucu baginda Hassan dan Hussain menangis kelaparan kerana kerja agama. Adakah baginda Rasulullah itu kejam? tak sara anak bini? Tuan2 yg dimuliakan  Allah s.w.t nafkah yg paling utama adalah nafkah iman. Dahulu setiap isteri zaman Rasulullah ditinggalkan oleh suami mereka sehelai sepinggang semasa suami mereka keluar di jalan Allah. Masa itulah Iman si isteri dan anak2 ditarbiah. Bkn suami mereka yg bg rezeki tp Allah. Hari ini kita sibuk mencari rezeki yg sudah pasti tetapi tidak sibuk mencari Iman dan amal yg belum pasti.
            Yg bertarekat pula sibuk dgn zikir mereka siang2 tanpa memperdulikan kesengsaraan ummat ibarat kambing yg meragut rumput sorg2 tidak memperdulikan kambing2 lain kelaparan. Yes bertarekat bagus. Mengingati Allah terang2 baik cuma kerja dakwah mesti buat sama. Zikir tanpa dakwah tidak akan menjumpai kemanisan dalam zikir. Kita bkn di zaman abid. Kita sekarang duduk di zaman Rasulullah. Setiap Ummat Muhammad adalah dae Allah taala. Masa infradi lantaklah mahu bertarekat tetapi masa Ijtimae iaitu berjamaah lebih afdal dahulukan takaza Dakwah. Kalau dahulu abid, iman mereka meningkat dgn zikir. Bnyk para wali Allah mampu terbang ke langit. Sbb apa? zikir mereka sudah dapat hakekat. Umur mereka panjang2 belaka. ribuan tahun. Ummat sekarang umur pendek2. 60-70 tahun saja. Dgn umur begini pendek, apakah mampu chellenge para abid dan para wali Allah yg punya iman tggi asbab zikir ribuan tahun?   mana mampu. Sbb itu kita ummat special. Iman kita meningkat dgn kerja dakwah bkn dgn zikir. Iman dgn kerja dakwah meningkat amat pantas. gabungan dakwah dan korban menghasilkan Iman yg unggul. Lihat saja Ali ra dlm solat, sahabat menarik keluar anak panah di kakinya. Selesai solat Ali menyuruh sahabat cabut anak panah di kakinya walhal sahabat sudah cabut pun. Solat Ali, roh naik smpi ke langit dan jasad di bumi tak rasa apa2. Kalau kita usahkan panah, nyamuk gigit pun kita sudah terasa.
            Tuan2 saya menyeru supaya kita hidupkan kembali sunnah bawaan nabi. Islam paling sempurna adalah Islam yg buat dakwah cara baginda. Setakat amal agama saja belum cukup. Kita mesti buat kerja agama juga. Bagaimana itu kerja agama? itulah kerja dakwah yg org Tabligh buat.  Inilah islam paling sempurna. Dlm dakwah ini, Allah tarbiah iman, Allah islah amal dan Allah ampunkan dosa. Allah campakkan keinginan utk belajar ilmu. This is Islam with complete set. Nabi diturunkan bkn saja bersama ilmu baginda tetapi bersama ilmu dan kerja kenabian sama. Ilmu baginda diwariskan kpd para ulamak yg bersanad smpi ke Rasulullah tetapi Kerja Nabi diwariskan ke seluruh Ummat baginda. Adakah anda Ummat baginda? yes anda wajib buat dakwah cara nabi.. lebih senang anda kena masuk tabligh belajar dakwah cara Nabi InsyaAllah.

Tuesday 26 July 2011

Perlukah karkun berpolitik? kenapa org tabligh jarang-jarang berpolitik?

          Seperti yg anda tahu politik yg diamalkan di Malaysia sejak merdeka dahulu adalah demokrasi berparlimen. Mereka yg bertanding di suatu kawasan biasanya akan mewakili satu pertubuhan parti politik seperti UMNO, PAS, DAP dan KEADILAN. Inilah antara parti-parti yg besar dan berpengaruh masa kini. Jarang sekali satu org yg berpengaruh akan mencalonkan dirinya tanpa mewakili mana-mana parti politik. Mereka yg menang di suatu kawasan akan mewakili satu kerusi di Dewan Rakyat. Apakah fungsi dewan rakyat? Fungsi dewan rakyat adalah utk meluluskan rang undang2 yg dibawa oleh mana2 ahli parlimen. Setelah dibahaskan dgn teliti dan mendapat sokongan ahli-ahli dewan maka rang undang2 ini akan dibawa ke Dewan Negara pula utk diluluskan. Setakat ini Dewan Rakyat dikuasai oleh Barisan Nasional maka secara automatik Kabinet atau kerajaan dipimpin oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ketua Negara mmg Yang Dipertuan Agong tetapi kuasa pemerintahan diserahkan kpd Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri.
         Demokrasi Berparlimen bknlah acuan pemerintahan yg dibawa oleh baginda Muhammad s.a.w. yg menguna pakai sistem Khalifah. Khalifah dilantik terus samada oleh baginda sebelum baginda wafat sbg cth Abu Bakar As-Siddiq, atau sistem syura. Sistem ini langsung tidak ada kelemahan. Kita mesti betulkan salah faham kita hari ini bahawa segala amir atau ketua yg dilantik oleh Rasulullah dlm satu jamaah fungsi utama mereka adalah DAKWAH. Fungsi utama Khalifah juga adalah menggerakkan jamaah dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Mmg khalifah juga menjamin keamanan, menguruskan harta negara, memberi mkn org miskin tetapi itu tugas sampingan saja. Kerja utama mereka adalah utk fikir bagaimana agama yg sempurna dpt smpi ke setiap ummat. Sbb itulah setiap sahabat digerakkan ke Benua Africa, China, India dan eropah atas maksud kerja dakwah. Mereka memanggil org2 di luar Madinah utk belajar Islam di Madinah kemudian pulang ke kampung halaman dan menyebarkan dakwah. Maknanya setiap org Islam pada ketika itu kerja utama mereka adalah Dakwah. Apabila kita bantu agama Allah maka Allah bantu kita. Siapa sangka kerajaan Islam yg dahulunya jahiliah mampu menumbangkan kerjaan ROM dan PARSI yg berabad lamanya menguasai dunia. Asbab kerja Dakwah ini, Khalifah Umar menguasai 2/3 dunia. Kerajaan Islam sgt digeruni ketika itu.
          Hari ini fikir kita sudah lari dr fikir Muhammad s.a.w dan sahabat. Hari ini kita fikir bagaimana mahu rampas kuasa dari kerajaan tetapi kerja dakwah cara Rasulullah kita tinggalkan pula. Bagaimana Allah mahu bantu kita? kita tak mahu bantu agama Allah. Tiba2 keluar dr mulut kita " Dakwah ni luas skopnya , berpolitik juga dakwah nabi" Tuan2 yg dirahmati Allah. Rasulullah sudah tunjuk tertib dakwah yg paling sempurna kpd Kita. Tertib yg org2 tabligh buat itulah tertib baginda Rasulullah. Bezanya korban sahaja kurang. Kalau dulu sahabat keluar 27 tahun tinggalkan anak bini, org2 tabligh cuma tinggalkan anak bini selama 3 hari, 40 hari dan 4 bulan saja sbb ingin belajar2 buat dakwah. Sahabat ada yg mati di China kerana buat dakwah seumur hidup. Tiap2 tahun majority sahabat keluar 6-7 bulan. Korban mereka utk agama sgt bnyk. Hari ini,utk kita bg masa 3 hari di jalan Allah pun kita sgt berat. Bagaimana Allah mahu bantu kita menguasai dunia. Bagaimana Allah taala mahu beri kepimpinan kpd kita kalau dakwah dan korban utk agama pun kita masih tak sanggup? 
              Bkn org tabligh diharamkan berpolitik. Kami dibenarkan berpolitik cuma semasa majlis dijalankan kami tidak dibenarkan bercakap2 soal politik dan mazhab kerana perkara begini akan memecahkan persaudaraan sesama kita. Semasa dgr bayan atau ceramah kita diam. Semasa buat ghast atau ziarah kami ikut tertib. Jika soal politik diungkitkan maka org BN org PAS semua akan keluar majlis. Siapalah yg tahan telinga kalau kena selalu pancung, kena kutuk. Tetapi jika di luar majlis tak kisah la kalau mahu berpolitik. Cuma jgn sebut ketika majlis agama sedang berlangsung. Mmg ada di kalangan org tabligh tidak berpolitik langsung. Bkn apa, kami telah perasaan suatu perkara. tentang demokrasi ciptaan Yahudi, Majusi dan Nasrani membawa bnyk membawa keburukan dr kebaikan. Sekarang kita lihat realiti yg akan saya bawa.
                Sejak zaman Adam a.s sehinggalah zaman kita sekarang ini, berapa kerat manusia yg mahukan kpd agama? kalau di zaman Nuh dahulu, baginda membuat dakwah selama 950 tahun tetapi pengikut cuma seramai 90 org sahaja. Kesimpulannya manusia yg inginkan kpd agama sgt kurang. Sekiranya kita mahu mengunakan sistem demokrasi yg sedia ada iaitu rakyat memilih pemimpim berapa kerat saja rakyat yg mahu undi kepimpinan ulamak PAS? percayalah mereka tak akan undi Islam kerana mereka yg kufur lebih ramai dr mereka yg beriman terutamanya kita sedang berada di penghujung zaman. Sbb itulah Nabi suruh kita buat dakwah dahulu, kuatkan iman. Bila Iman kita kuat dgn kerja ini barulah Allah taala beri kita kekuatan utk amalkan agama yg sempurna. Jika tertib dakwah cara baginda dibuat sungguh2, Allah akan bergembira lalu Allah sebarkan hidayat ke seluruh alam. Masa itulah baru Allah beri kemenangan kpd Islam. Semua perkara kena mula dgn Dakwah Ilallallah dahulu termasuklah sebelum kita perang. 
                Dlm keadaan politik yg begitu meruncing sekarang ini kita sering memperkatakan aib saudara kita sendiri walhal nabi pernah sebut jika kita simpan aib saudara kita maka Allah akan sembunyikan aib kita di hari akhirat kelak. Hari ini berapa ramai antara kita yg mencari2 aib saudara sendiri lalu kita sebarkan pula di FB dan blog. Itu belum masuk soal mengumpat dan fitnah lagi. Jika berita yg kita ketengahkan itu benar kita mengumpat namanya, jika berita itu palsu kita memfitnah namanya. Mengumpat ibarat mkn daging saudara sendiri, pahala kita hilang pegi kpd org yg diumpat dan balasan dia Allah bg gunting api neraka lalu kita gunting lidah sendiri di Masyar kelak berkali2. Memfitnah dosanya lebih dr membunuh. Kita lihat sekarang ni akibat terlalu taksub berpolitik. Mcm2 dosa kita dapat. Saya tak kata haram berpolitik. Silakan kalau kita mampu jaga adab. Cuma sy nak kata selain dr Cara Muhammad tak ada kejayaan. Sbb itulah org tabligh jarang2 berpolitik. Bkn diharamkan. Mmg la kami undi PAS takkan nak undi kerajaan UMNO yg terang2 jahil campur kemungkaran. Baik kami undi Kerajaan Islam. Cuma kami tidak taksub kpd Politik, kami taksub dgn kerja dakwah itu saja. Karkun2 kalau nak berpolitik silakan tak ada masalah cuma kita mahu letak dlm hati bahawa kejayaan manusia hanya dlm agama ikut cara Muhammad s.a.w InsyaAllah  

Monday 25 July 2011

Dakwah sbg kerja full time bkn part time..

Hari ini kita kena syukur lagi dan lagi kpd Allah taala kerana dgn limpah rahmat dr Allah taala, kita masih lagi diberi masa oleh Allah utk mengasah iman kita dan mengumpul lagi amal sebelum Izrail datang mencabut nyawa di dada kita. Tanda Allah syg kpd Kita bkn Allah beri kita harta yg bnyk, pangkat yang tinggi, Isteri yg cantik, kereta yg mewah, rumah yg besar, anak yg ramai dan sebagainya. Tetapi tanda Allah taala cintakan seseorg, Allah akan beri dia agama. Itulah nikmat yg paling besar Allah berikan kpd kita. Dgn adanya agama dlm diri kita maka dgn taufiq dan hidayah daripada Allah taala, kita dapat sebut Kalimah Lailahaillallah. Asbab kita dapat sebut kalimah ini sekali seumur hidup saja, kita pasti akan kembali ke syurga Allah. Tak kiralah berapa bnyk dosa yg kita sudah buat dan berapa lama kita menerima azab di neraka,  dgn izin Allah kita pasti akan masukkan kita ke syurga kelak. Jika Allah syg lagi kpd satu org hamba itu, Allah akan bkn takat beri dia agama, malah Allah akan beri dia taufiq utk amalkan agama. Segala keinginan dan kesanggupan utk beribadah datang juga drpd Allah. Lebih tggi syg Allah taala kpd seserorg hamba itu, Allah bkn takat beri dia agama dan taufiq utk amalkan agama, bahkan Allah akan beri dia taufiq utk sampaikan agama. Itulah kerja agama yakni Dakwah Illallah.
Buktinya kesemua 124000 org para anbia dan 124000 org para sahabat yg paling Allah sayang ini, Allah telah beri mereka kerja agama. Yg mana mereka semua ini manusia yg Allah telah pilih utk disusahkan atas maksud kerja agama. Malah kebanyakan mereka telah mati dlm usaha mereka mengajak manusia kpd Allah. Bayaran yg Allah beri kpd mereka bkn harta yg bertimbun-timbun, bkn kedudukan dan kemulian yg  agung, bkn isteri yg cantik2 tetapi bayaran mereka adalah syurga. Dlm bnyk2 manusia pilihan Allah ini, Muhammad s.a.w adalah makhluk yg paling Allah syg, paling Allah cintai. Syg2 Allah kpd baginda Allah tidak beri baginda kemewahan hidup dan makanan yg cukup. Rasulullah tidak pernah mkn kenyang 2 hari berturut2. Kebanyakannya baginda sering berlapar bahkan baginda sering mengikat 3 ketul batu di perut kerana terlalu lapar. Roti yg baginda mkn juga roti yg paling rendah kualitinya. Yg paling keras. Baginda terpaksa menelan roti dgn air sekali. Manusia yg paling Allah sayang ini juga, Allah masih sanggup melihat baginda dicerca, dihina, diludah, dipukul, diterajang atas maksud kerja dakwah. Pun begitu, baginda tidak pernah putus asa menyeru manusia kpd Allah dr Kabilah ke kabilah, dr rumah ke rumah dr pintu ke pintu dan dari hati ke hati. Tuan2, lihatlah kekasih Allah sendiri Allah susahkan atas maksud agama. Kita patut bersyukur kpd Allah lagi dan lagi kerana kita telah tergolong dlm sekelompok manusia pilihan Allah ini. Itulah tanda paling besar yg menunjukkan Allah sayang kpd kita. Kita kena syukur tuan2. Berapa bnyk lagi manusia yg di luar sana, Yg Allah beri mereka Ilmu agama yg tggi2 tetapi Allah tidak pilih mereka utk buat kerja agama seperti mana yg Rasulullah tunjuk kpd kita. Allah pilih manusia yg paling bnyk dosa, yg paling cetek ilmu, yg paling hina seperti kita utk buat kerja agama. MasyaAllah itulah nikmat yg hakiki di atas muka bumi ini tuan2. Lagi dan lagi kita mahu syukur kpd Allah.    
Tuan2, Kita yg Allah telah beri hidayah utk usaha atas iman kita, kita mesti usahakan juga bagaimana saudara2 kita yg sudah ada iman tetapi belum dapat hidayah utk buat usaha atas iman. Kita mesti tunaikan hak saudara2 mara kita tuan2 supaya agama yg sempurna dapat datang dlm diri kita dan diri saudara2 kita di luar sana. Maulana selalu berpesan kpd kita, supaya kita tanya balik diri kita kenapa kita buat kerja agama ini? Tanya diri anda sendiri kenapa saya buat kerja agama ini? Pertama sekali kita kena nekadkan dlm hati kita bahawa kita buat kerja dakwah ini kerana dakwah merupakan kerja kita. Kerja dakwah merupakan maksud hidup kita. Mahu tak mahu kita mesti buat kerja ini kerana atas maksud inilah setiap nabi2 telah dihantar dan atas maksud kerja inilah kita menjadi Ummat terbaik iaitu Ummat baginda S.a.w.  Hari ini kita telah usahakan perkara dunia kita sungguh2 drpd pg smpi ke mlm, maka perkara dunia masuk dlm hati. Hati kita penuh dgn keduniaan. Setiap kita bercakap ttg perkara selain drpd Allah maka perkara ghairullah memenuhi hati kita, setiap hari kita dgr tentang perkara selain dr Allah maka perkara ghairullah masuk dlm hati kita, tiap2 hari kita fikir tentang perkara selain drpd Allah maka sekali lg perkara ghairullah telah masuk kedlm hati kita. Hati kita sudah penuh dgn perkara selain dr Allah, hakikat dunia sudah sebati dgn hati kita. Hasilnya yaken kita dan iman kita kpd Allah semakin pupus. Bagaimana kita mahu usahakan supaya yaken dan Iman kita kpd Allah bertambah dlm hati? Tidak ada jln lain tuan2. Kita mesti buat dakwah cara Nabi. Kita mesti jadikan dakwah sbg maksud hidup kita. Hari ini kita mesti ckp lagi dan lagi tentang kebesaran Allah taala supaya kebesaran Allah masuk kembali dlm hati kita. Hari ini kita kena dgr lagi dan lagi tentang kebesaran Allah supaya kebesaran Allah masuk dlm hati kita. Hari2 kita kena seru manusia kpd Allah supaya apa yg kita ckpkan masuk dlm hati kita. Inilah percakapan iman. Menafikan kebesaran makhluk dan mengisbat kebesaran Allah kedlm hati. Jika kita jumpa org kafir kita kena dakwahkan mereka kpd Kalimah Lailahaillallah dan jika kita jumpa sesame islam kita kena dakwahkan mahfum kalimah Lailahaillallah. Kita kena nafikan bahawa makhluk tak ada apa2 dan Allah taala buat segala2nya. Kita kena ckp kpd manusia, bkn air yg bg hilang dahaga tetapi Allah taala yg bg hilang dahaga. Kita kena ckp bkn makanan yg bg kenyang tp Allah taala bg kenyang. Bkn duit yg bg manfaat tetapi Allah taala bg manfaat. Bkn ubat yg menyembuhkan tetapi Allah taala menyembuhkan. Inilah nafi makhluk Isbat Allah. Pasti iman meningkat jika kita dakwahkan hari2.
Tuan2 yg dimuliakan Allah taala, Hari ini perkara ghaib kita tidak nmpk. Sbb itu iman kita kurang. Benda yg nmpk oleh mata kepala kita sendiri pun kita kerap lupa apatah lg dgn perkara ghaib. Kunci yg kita pegang tiap2 hari pun kita selalu lupa apatah lg Allah taala yg sememanganya ghaib. Utk kita selalu igt Allah, kita kena selalu bercakap2 tentang kebesaran Allah, kita kena dakwahkan kebesaran Allah kpd manusia  dan kita kena seru manusia kpd Allah supaya Allah sentiasa di hati kita. insyaAllah..

Friday 22 July 2011

Agama yg sempurna bkn takat sembah Allah, kesempurnaan agama dtg apabila Allah pakai diri dan harta kita utk agama Allah

         Atas maksud mahu dapatkan harta yg bnyk, rumah yg besar, kereta yg mewah, dan duit yg bnyk kita sanggup kerja dgn bos kita. Tetapi utk dapatkan agama yg sempurna adakah kita sanggup kerja utk BOS SEGALA BOS dan RAJA SEGALA RAJA? Ganjaran dia Allah bg syurga utk kita. Yg kita dapat di dunia cuma kesan sahaja. Rezeki yg melimpah ruah, hati yg tenang, Isteri yg solehah cuma kesan dr kerja agama saja. Namun adakah kita tahu bagaimana yg dimaksudkan dgn kerja agama?
         Kalau di office ada prosedur yg patut kita ikut supaya kerja berjalan lancar. Kalau tak ikut tertib prosedur yg diberikan, kerja kita akan jd serabut dan tak tentu arah. Prestasi merosot pastilah bos marah. Begitu jugalah kerja agama. Bahkan agama ni lg sistematik dr dunia. Tertib prosedurnya Rasulullah sudah tunjuk. Rasulullah ni adalah sbg assistant merangkap kekasih Allah. Segala tertib kerja yg Rasulullah tunjuk dtg dr Allah. Maka kerja agama yg paling sistematik adalah tertib Nabi s.a.w. Smpi kiamat pun tertib ini tak akan berubah. Jika kita selaku pekerja yg tak ikut tertib pastilah Raja segala Bos iaitu Allah marah. Kerja tunggang langgang mahu senang. Tak mahu Mujahadah. Rasulullah ini kekasih Allah. Yg paling Allah sayang. Tetapi syg2 Allah pd baginda, Allah masih sanggup susahkan nabi atas perkara agama. Allah sanggup lihat kekasihnya ditendang, diterajang, dimaki, dihamun, diludah, dibaling batu atas maksud kerja Dakwah.
           Kita sbg org bawahan Allah taala, apakah Allah mahu kita duduk relax tgk saja nabi kena hina? duduk mengaji saja depan guru tanpa perlu bersusah payah dakwah org. Sekarang ada internet, ada TV cara ini lebih mudah, lebih sistematik. Ewah,ewah.. Keluar dr mulut kita ada cara dan tertib paling baik dr tertib Muhammad? tertib yg Allah suruh Muhammad buat? agak2 BOS BESAR marah tak sbb kita tak ikut prosedur kerja? mengaku pulak pd BOS, cara ini tak boleh pakai dah. BOS tak tau apa2 katanya? Ingt Allah tak tau ke tertib kerja paling baik? Ada pulak yg kata dulu mmg la xde TV takde internet. Kalau ada dah lama nabi pun pakai internet.. Amboi sedap mulut je kata begitu ye.. Walhal Muhammad ni Nabi terbaik. Kalaulah internet dan TV ni dakwah terbaik dah lama Allah hantar Internet dan TV di zaman Muhammad.
          Tuan2, anda boleh sebarkan agama melalui TV, Media, Blog, FB dan sebagainya tetapi anda tak boleh claim ini DAKWAH.. Sy ulang DAKWAH bkn suatu SKOP YG LUAS.. DAKWAH skopnya, tertibnya ada ditunjukkan oleh Rasulullah dan sahabat. Moden mcm mana pun kita, mesti buat dakwah cara Rasulullah. Kerana apa? kerana dlm kerja baginda s.a.w ini iman akan ditarbiah. Susah payah kita ketuk rumah org, dgn malunya, bercakap2 mengenai kebesaran Allah, bersusah payah jalan peluh2 kerana Allah, maka ketika itu iman meningkat. Sbb itulah DAKWAH FARDU AIN bkn FARDU KIFAYAH.. Dakwah utk islah iman sendiri maka jd fardu ain. 
         Kalaulah sahabat tidak bergerak ke serata alam, maka kita hari ini mungkin sembah batu berhala. Syukur kpd Allah beri kita nikmat Iman. Hari ini kita juga kena bergerak ke serata alam supaya anak cucu kita dpt hidayah. Kalau kita duduk dpn guru mengaji ilmu semata2 mmg agama tak akan tersebar. Hidayah Allah ini akan tersebar apabila kita buat pengorbanan utk agama. Apabila kita susahkan diri kita utk agama Allah, bergerak kerana Allah, menyebarkan kalimah Allah di serata dunia maka ketika itu Allah akan bergembira dgn tertib baginda s.a.w. Hidayah pasti tersebar ke serata alam. MasyaAllah.. Inilah perfect dakwah.
                     Sahabat dulu majoriti keluar 6-7 bulan setahun. Dlm tempoh itu mereka mengajak org ke Madinah satu2nya pusat dakwah Islam yg ada. Apabila pulang ke Madinah, time itulah mereka cr keperluan hidup. Itu pun separuh hari mereka habiskan masa di Masjid utk Dakwah, Mengajar dan Belajar hukum, Ibadah dan Khidmat. Mereka juga menyara org yg datang ke Madinah utk peluk Islam. Tariq Bin Zhiat Keluar ke Sepanyol lalu membakar kapalnya dan berkata samada Islam tersebar ke seluruh andalusia atau kita syahid di sini. Saad bin Abi Waqqas keluar seumur hidup ke China dan wafat di situ. Guru kpd Imam Malik keluar 27 tahun tinggalkan anak bini atas maksud kerja dakwah. Lihatlah pengorbanan mereka sgt besar utk agama. Kita? sebab itulah ulamak tabligh tetapkan keluar istiqamah 3 hari tiap2 bulan, 40 hari setahun supaya cas iman kita. Tertib ini juga bnyk mengambil dalil Al-Quran. Tak salah. Tertib solat 13 rukun juga disusun oleh Imam Syafie. Begitu juga tertib keluar di jalan Allah bg memudahkan kita belajar2. Nk kut sahabat 6-7 bulan setahun? tak mampu. Jd kita belajar dr bawah.
              Nabi sudah tidak ada lagi. Nabi sudah wafat, Tp kerja nabi belum wafat. Kerja nabi warisan kita. Tertib dakwah Nabi sudah tunjuk. Org Tabligh bkn reka tertib sendiri. Inilah tertib dakwah cara baginda. Kami bkn org tabligh, kami Umat Nabi yg buat Dakwah cara Nabi.. InsyaAllah.. Tunaikanlah hak saudara kita. Mereka berhak dgr kalimah Allah, kebesaran Allah, perkara2 ghaib lagi dan lg.. Kitalah Dae Allah talaa.. InsyaAllah

Wednesday 20 July 2011

Buat gadis2 seksi, yg menyeksa mata lelaki, dengarkan selokaku ini, mu igt mu perawan suci, hak tuhhh..

Mu igt seksi? 
Mu igt mu anak dara sunti,
Konon-konon perawan nan suci, 
Katanya ini trend terkini,
Disoal mu tak takut mati? 
Oh kami taubat la nanti,
Mulut kata ikut hati,

Mu tggu mu mati,
Izrail dtg mu tak boleh lari,
Mu lari segala ceruk bumi,
mu menyorok dlm almari,
Izrail pasti dapat cari,
Nyawa direntap dgn ganas sekali,
sakitnya masyaAllah tidak terperi,
segala urat merasa peritnya mati,
Last2 tinggalah jasad bernyawa yg seksi,
Yg dulu menjadi pujaan laki-laki,
Sekarang habis semua pun lari,
Tinggalah bangkai yg tidak suci,

Kapan dibalut sebanyak 5 kali,
Rumah kata pergi,
Kubur kata mari,
Dlm kubur jasadmu akan dibangkitkan kembali,
Disoal Malaikat selama 7 hari,
Tak dapat jawab malaikat bagi,
Hancur lunyai keluar isi,

Ular mematuk-matuk bkn sekali,
Bkn berjuta-juta kali, bahkan Infiniti,
Dulu jasad mu terdedah sana sini, 
Jasad seksi bkn takat digerudi,
Bahkan ditukul dgn besi, 
smpi tenggelam 70 kaki,
Tak dapat jwb kene tukul lagi,
Sampailah Israfil meranapkan bumi.

Kemudian kita dibangkitkan kembali,
Si seksi berkata aduhai celaka siapa membangkitkan kami?
Bangkitlah dia dgn keadaan ngeri,
Dihalau ke masyar oleh malaikat dgn rantai besi.


Depan Allah lutut ketar smpi tak boleh berdiri,
Sambil itu buku amalan diberi dgn tgn kiri,
Berkatalah dia dgn sesal sekali,
Alangkah baiknya aku dulu lalang, batu atau biri2,
Tidaklah aku dihisab begini

Di neraka mu disimbah dgn cecair besi,
Habis lerai segala daging dan isi,
Dibakar,dipanggang,direbus dlm api,
Yg panasnya 70 kali,
tak takut-takut lagi? 
malaikat pukul tak henti-henti,
Patah riuk segala tulang jari,
Mu pulak tak mati-mati,
Kerna mati cuma sekali, 
Seksaanya pula kekal abadi..

Dulu mu maki-maki kami,
Mu kata, "aku punya hal mu apa peduli",
Dlm kubur nanti sendiri-sendiri,
Pandai mau jaga kain org punya tepi,
Sekarang mu rasa sendiri,
Mu enggkar pesan suami,
Suami suh tutup aurat mu kata nanti,
Suami suh pegi taklim masturat mu takmau pegi,
Di Mizan, Suami masuk syurga mu main tarik kaki,
Mu kata kami tak ajar bini,
Time tu mmg flying kick aku bg,
Mu jawab la sendiri..

Ingatlah wahai si dara, 
Si janda,
Si teruna,
Mahupun si tua,
Hidup kita sgt sementara, 
Iman kita mesti dipelihara,
amal kita mesti dijaga,
Ini seloka hafiz kilau yg punya,
nak copy right copy saja,
Ini bkn dakwah saya,
Dakwah hanya sanya cara Muhammad yg Allah terima InsyaAllah









Friday 15 July 2011

Tabligh selekeh? tabligh tak buat nahi mungkar? Tabligh tinggal anak bini? tabligh tak cukup ilmu mau dakwah?

  • Tabligh tinggal anak bini?
  • tabligh selekeh?
  • Tabligh tak buat nahi mungkar?
  • Bidaah keluar 3 hari 40 hari 4 bulan?
  • Kenapa pilih india kenapa tak ke Makkah?
  • Tabligh tak cukup Ilmu mau dakwah org?
         Sudah lali di telinga kami mendengar ungkapan begini, kalau yg mls nak jawab tu ckp InsyaAllah keluar 3 hari baru faham. Kalau yg tawadduk mcm Maulana Hamid dan Maulana Saad usah harap mau jawab. Berdebat jauh sekali. Siap berdoa lg pd Allah Ya Allah berikanlah si polan ini hidayah dgn tangisan yg betul2 pula tu walhal si polan baru je maki org tabligh. Punya tggi akhlak mereka. Kalau aku, mmg aku pancung terus. Al-Maklumlah Iman lemah. Bkn apa dulu samseng. Sekarang org panggil samseng tabligh. Dulu di Uitm, org Ikhwan dok ckp kat depan surau mcm2, tggu masa je aku nk bangun bg flying kick kat muka dia tp nasib baik rakan seusaha tenangkan aku. MasyaAllah Allah bg ujian SABAR pd aku. Punya Mujahadah mau tahan. Dulu rakan seusaha pakat takut pegi bilik pengerusi surau, tp aku mmg pegi jgk. Ketuk tetap ketuk. Silapnya niat aku yg tak baik, niat aku mau pancung. Mmg smpi skarag kwn tu x dapat hidayah asbab akhlak buruk aku. MasyaAllah menyesal pun ada.. skarg mari aku jawab satu persatu. Tak puas hati kita jumpa. tak payah nk komen2 buruk. Lg satu tak payah mintak aku dalil2. Pegi cari sendiri. Gila nk letak dgn sanad2 suma. InsyaAllah.

Tabligh Tinggal anak bini?

Kitar putar balik kisah sahabat yg lampau, Asbab kerja dakwah ini, guru kpd Imam Malik sendiri tinggalkan anak Isteri selama 27 tahun. 27 tahun kemudian beliau pulang ke kampung halaman. Apabila beliau melewati suatu kawasan, beliau singgah di suatu tempat melihat satu org beri ceramah power. Rupanya ulamak besar yg bayan or ceramah. Ondaway nk blk rumah mereka bertembung sesama sendiri di rumah masing2. MasyaAllah rupanya anak beranak. Ibunya memperkenalkan kpd si ulamak ini bapanya. Ada Keluar di mulut para sahabat dan Tabiin ckp tinggal anak bini berdosa besar? Abu Bakar As Siddiq tinggalkan anak2 perempuannya lalu berhijrah ke Madinah bersama2 nabi. Abu Bakar bawa  semua 5000 dirham. Anaknya perempuannya sehelai ditinggalkan sepinggang saja. Ada mufti-mufti nak bantah ckp berdosa tak sara anak? mereka semua ni yaken rezeki Allah sudah tetapkan. Kita bantu agama Allah maka Allah bantu kita blk. hari ni Yaken kita rosak. Rezeki sudah tetap, Ikhtiar Allah beri utk kita tentukan samada rezeki itu haram atau halal saja. Hari ini asbab iman lemah dimesyuaratkan tinggalkan isteri dan anak duit yg mencukupi, peti ais yg penuh. Kalau tidak syura tak bg keluar khuruj. Itu pun bnyk mulut nk compain tabligh seksa anak bini. Nak je aku sumbat mulut depa dgn tanah.

Tabligh selekeh?

Mari kita lihat, adakah Umar Al-Khatab selekeh?. Bajunya cuma sehelai saja. Itupun ada 13 tampalan yg dijahit. Ada org bising dok kata " hg ni Umar awat selekeh bebenor? Islam ni perlu kemas" Mu p ckp depan Umar mcm tu aku nk tgk. Aku rasa mmg tak ada kepala lepas tu pasal kena pancung. Dlm satu takaza perang, nabi berkata ada sapa2 mau korban?. Abu Bakar pegi ke rumah ambil segala hartanya termasuk paku yg melekat di dinding dan kayu api di rumahnya. Umar pula korban separuh hartanya saja selebihnya utk keluarga. Nabi tanya Abu Bakar apa kmu tinggalkan utk keluargamu? Cukuplah hanya Allah dan Rasul. MasyaAllah ada nabi dok bising kat dia ckp "hg ni Abu Bakar, kena sara bini dulu.. hg nk bg bini hg mkn pasir ke? mana ada tuan2. Smpikan baju Abu Bakar sendiri  diwakafkan. Beliau pakai guni berbutangkan duri. Smpi Allah taala suruh nabi kirim salam kpd Abu Bakar. MasyaAllah. Ni nk tanya hampa selekeh ke Abu Bakar pakai guni tu?

Tabligh tak buat nahi Mungkar?

Ni satu lg solan yg tak patut ditanya. Aku mau tanya hampa blk. Apa nahi Mungkar paling besar di Dunia? semua tau Syirik kan. Sekarang org Islam dah tak sembah berhala. Tp Tuhan mereka dlm poket iaitu duit. Buktinya mereka anggap duit tu lebih besar dr Allah taala. Duit beli segala2nya. Yaken dgn duit beri rezeki yaken dgn duit beri manfaat. Itu adalah syirik Khafi. Kami pegi rumah ke rumah ckp Shekh, Allah yg beri rezeki bkn duit, Allah yg beri manfaat bkn duit, Allah beri kenyang bkn makanan, Allah bg hilang dahaga bkn minuman. Perkataan ini bkn nahi Mungkar paling besar ke? apabila kita ckp lg dan lagi tentang kebesaran Allah maka Iman akan bertambah, yg mendengar pun dpt manfaat. Itu bkn nahi mungkar ke? Sekarang apa pula dosa ketiga atau keempat paling besar? tinggal solat kan? semua tahu. Kami pegi ketuk pintu semua org ajak mereka solat berjamaah di Masjid, itu bkn nahi mungkar ke? jgn anggap kita pergi cari aib org rakam video Anwar Ibrahim itu nahi mungkar, jgn anggap kita pegi rumah org cegah maksiat itu nahi mungkar bahkan itu cari aib org. Pernah Abdul Rahman bin Auf bersama Umar meronda sekitar Madinah, lalu ternmpk satu org sahabat melalui tingkap sedang teguk arak. Abdul Rahman Auf toleh kpd Umar, Umar berkata adakah ini melihat aib saudara sendiri seperti kata Rasulullah? lalu mereka pun berlu pergi. Hari ni kita suka2 terjah umah org mau cegah maksiat la konon. Selain cara nabi tak ada kejayaan.

Bidaah keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Mana dalil?

Itu kata mereka. Dalil dimintaknya. Aku nak cerita. Majority sahabat yg tinggal di Madinah keluar berdakwah selama 6 hingga 7 bulan dlm setahun. Paling2 minimum mereka keluar 4 bulan setiap tahun. Dlm 4 hingga 5 bulan di Madinah itulah mereka cr keperluan hidup. Mereka keluar bergilir2 ke jln Allah. Mampu ke kita nk keluar 7 bulan tiap2 tahun? tak mampunye kita nk ikut sbb iman lemah. Sbb itulah ulamak bg kita satu tertib ringkas utk belajar2 buat dakwah. 3 hari setiap bulan, 40 setiap tahun. Sikit je masa kita di jalan Allah kalau nk dibandingkan dgn sahabat. Lgpun bnyk dlm Quran Allah ada sebut perkataan 3 hari, 40 hari, sebagai cth "Berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah selama 4 bulan". Drpd kita keluar khuruj tak ada tertib, maka ulamak pun ambil ayat2 Quran 3 hari, 40 hari sbg tertib paling mudah keluar di jalan Allah. Tak salahnya. Sekarang kalau hampa mau dalil lg, aku nk mintak hampa bg satu dalil dlm Quran tertib 13 rukun dlm solat? ada tak? mana ada. Tertib 13 rukun sah solat semua tertib yg disusun Imam Syafie. Sama la tertib keluar Khuruj pun.

Kenapa pilih India utk belajar agama bkn Makkah?

Makkah ketika zaman nabi dan zaman sekarang sgt lain. Dahulu Makkah dan Madinah ni pusat dakwah yg paling besar di dunia. Apabila setiap org Islam bergerak kerana agama, maka agama hidup. Peluk Islam sahaja kerja pertama mereka akan buat adalah dakwah maka Iman mantap. Hari ini Makkah jadi pusat Ibadat saja bkn pusat dakwah maka agama mati di Makkah. Apabila agama mati maka Makkah jd pusat shopping dan perlancongan semata2. Berlainan di Nizammuddin, India dan sekitar eropah. Dakwah rumah ke rumah hidup. Setiap org bergerak buat dakwah maka agama hidup. Berpusu-pusu org eropah masuk Islam. Di India merupakan pusat Utama kegiatan dakwah. Semua jamaah berkumpul situ utk belajar tertib sebenar dakwah melalui ulamak2 besar seperti Maulana Saad, Maulana Ibrahim, Maulana Syaukad dan Kwn Nik Aziz sendiri Maulana Mustaqim.Tuan guru Nik Aziz sendiri belajar di India berguru dgn Ulamak Tabligh hampa mau kata sesat lg? Jika di Makkah, kita setakat boleh buat Ibadah saja kerana jika ada org yg beri ceramah sekalipun Pak Arab akan tangkap. Sbb itulah kami melawat India yg mana semua ulamak besar2 kami ada di situ dan tunjuk ajar kami utk memperkemaskan lg tertib dakwah yg sedia ada. Sbb itulah INDIA bkn MAKKAH. Suatu nanti org Arab akan bangkit buat kerja DAKWAH cara Muhammad kembali. Ketika itu baru pusat Dakwah kembali ke Makkah dan Madinah. Ini pasti berlaku InsyaAllah

Tabligh tak cukup ilmu mau dakwah org?

Sahabat pernah berkata, kami belajar iman dahulu baru kami belajar Al-Quran. Belajar Iman dgn kerja dakwah. Abu bakar, hari pertama peluk Islam keesokan harinya sudah bawa 10 org lain utk peluk Islam termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, Zubair Al Awwam dan lain2. Apakah tinggi sgt ilmu Abu Bakar dlm sehari peluk Islam? Nabi juga pernah berkata "smpikan dariku walaupun satu ayat"? Dakwah ni syarat dia ada kalimah saja. Susah sgt ke mau ckp kebesaran Allah pd manusia? sgt mudah. Dakwah sgt Mudah tak perlu ilmu tggi. Tabligh yes perlu ilmu dan berguru. Kalau kita mengaji kitab, guru ajar di hadapan tentang hukum hakam. Itu tabligh bkn dakwah. Tabligh mesti dilakukan oleh Ustaz, alim dan Ulamak. Tp Dakwah cara Muhammad kerja Seluruh Ummat. Wajib buat utk tingkatkan Iman. Bg yg masih beranggapan dakwah perlu kpd ilmu lg, Sekarang hampa tunjuk kat aku kitab hampa, hampa ckp tebal mana kitab yg hampa sudah pelajari yg membolehkan kita buat dakwah?

Ingatlah dakwah hanya sanya cara Muhammad s.a.w. rumah ke rumah, pintu ke pintu hati ke hati. InsyaAllah. FB dan blog cuma penerangan dan hiburan saja. Bkn dakwah saya InsyaAllah

Wednesday 13 July 2011

Bila anak dara hilang dara..

Mata oh mata,
Segalanya bermula dgn bebola mata, 
pandangan mata sungguh berbisa,
Kerna mata badan binasa,
Ini bkn nurkilan org tua-tua,
Dlm Al-Quran sudah cerita,
Apa nak jadi dgn anak muda,
Sampaikan org tua pun dah tak terjaga,
Kalau yg teruna masih tak apa,
Ini anak dara pun terjebak sama,
Ceritanya bermula dgn pandangan pertama,
Si dara berjalan di kaki lima,
Si teruna pandang tak berkedip mata,
Scan habis badan si dia,
Mana idaknya pakai baju seksi gila,

Time itu teruna pun mula nk start,
Mula-mula pegi dekat-dekat,
ngorat punya ngorat last-last dapat,
elok la tu, dua-dua pun jahat,
Bangga la tu dapat awek berbaju ketat.
pakai pula seluar sendat,
Bukan takat singkat, 
Bahkan nmpk pusat,
First time dating naik moto berpeluk erat,
sampaikan nak buh dlm raga pun muat,
Buat projek atas moto pun sempat,
nafas si teruna mula naik tersekat-sekat, 
tgn meraba mana yg dapat,
Time tu happy la sgt,
mana idaknya dah lama tak buat,
Usah dikisah kalau-kalau org lihat,
janji apa kita nk buat kita buat,
Usah dikesah agama dan adat,
Syaitan mula melompat-lompat,
katanya manusia udah aku jerat,
Si teruna dan dara beraksi hebat,
Tak pernah kenal erti penat,
Selagi tak smpi garisan penamat,
MasyaAllah smpi tayar moto pun pancat,
last2 perut kempis menjadi bulat,
cukup 9 bulan anak luar nikah pun dapat,
maka lahirlah bayi yg tak cukup sifat,
Dibuang merata-rata tempat.

Lupakah kita bakal mati?
Maut itu dah mmg pasti,
Izrail sentiasa ternanti-nanti, 
Apa kita nak jawab depan Allah nanti?
Azab kubur lagi,
Bakal kita ditukul dgn besi, 
Smpi tenggelam 70 kaki,
Dipatuk ular tak henti-henti,
tak mati-mati,
Kerna mati hanya sekali, 
Tetapi seksaannya kekal abadi,
tahankah kita masuk dlm api?
Dibakar, direbus berkali-kali,
dlm keadaan tak hidup tak pula mati,
smpi rentung daging dan isi, 
tumbuh balik lagi kena bakar lagi..
insaflah wahai pemuda pemudi
Iman ini bkn dpt dgn goyang kaki, 
Iman Yaken perlu dicari,
Iman diasah ikut cara nabi,
Hidupkan dakwah sunnah bawaan nabi,
Supaya Iman tebal mcm sahabi,

Ini syair hafiz kilau yg punya,
Mau copy aku rela,
Ingatlah dakwah ini hanya sanya cara Muhammad yg Allah terima,
Blog dan FB hiburan belaka,
Ayuh kita hidupkan agama,
Supaya agama yg sempurna dtg dlm diri kita,
Dlm kita idamkan syurga,
Ayuh kita bergerak supaya Allah sebarkan hidayah ke seluruh dunia,
Saya tashkil 4 bulan siapa sedia????
sila beri nama..
InsyaAllah...






Bersediakah anda apabila Imam Mahdi minta nyawa anda utk agama Allah?

              Apabila Imam Mahdi muncul, beliau akan pergi kpd tiap-tiap laki2 dan minta mereka utk beri nyawa utk agama Allah. Adakah anda sedia? bagaimana anda mampu sedia beri nyawa utk agama sekiranya beri masa utk khuruj 3 hari, 40 hari, dan 4 bulan pun anda tidak sanggup, anda masih belum sedia? adakah kita tidak bersetuju dgn imam mahdi? atau anda sebagai satu org Islam menentang pula  kata-kata Imam Mahdi kerana inginkan keamanan di dunia? ketahuilah andalah manusia pertama yg dipancung oleh imam Mahdi. 
            Sekarang masih belum layak perang fisabilillah. Kalau perang pasti kalah sebab iman lemah. Senjata utama kita sbg umat Islam adalah iman dan amal. Bkn pedang, bkn torpedo, bkn nuklear. Kita lihat sejarah perang badar, Ibnu Masud hanya bersenjatakan pelepah tamar melawan 1000 org tentera musyrikin Makkah ketika itu. Belum pun smpi pelepah tamar yg dihayun oleh Ibnu Masud ke leher musuh, sudah putus kepala musuh.Kerana apa? kerana Allah telah beri bantuan ghaib kpd para sahabat. Bagaimana mahu tingkatkan iman? satu jawapan sj, jadikan dakwah maksud hidup anda. Dakwah pula mesti ikut tertib yg Rasulullah tunjuk. 
            Hari ini kita khuruj fisabilillah hanya atas maksud belajar2 iman dgn dakwah shj, belum layak lagi utk kita pergi perang Fisabilillah. Apabila Iman sempurna, barulah kita ke peringkat terakhir iaitu perang. Sekarang belum masanya lagi, Apabila kerja dakwah sudah smpi ke peringkat akhir, apabila umat Islam sudah biasa menyebut-nyebut kebesaran Allah, sudah biasa korbankan diri dan harta atas maksud kerja agama, barulah Imam Mahdi turun utk pimpin kita dan beri nyawa utk Perang Fisabillallah . Tiap-tiap perang mesti dimulai dgn dakwah, jika dakwah ditolak mereka diarah bayar jizyah, sekiranya jizyah ditolak barulah perang fisabilillah. Ini tertib perang zaman nabi dan tertib ini juga digunapakai oleh Imam Mahdi. Tentera2 Imam Mahdi adalah tentera yg terbaik sepanjang zaman, Imam Mahdi akan menghidupkan semula syariat Rasulullah sehinggalah Nabi Isa turun utk memimpin kita pula. Imam Mahdi akan mendakwahkan kebesaran Allah ke setiap ceruk bumi, jika dakwah ditolak maka mereka akan memerangi musuh habis-habisan terutamanya golongan yahudi. Kita menetak musuh bkn atas dasar geram, marah, dan benci tetapi atas maksud perintah Allah. Sebab apa? sebab mereka yg menolak dakwah dan jizyah ini bakal menjadi penghalang kpd hidayah org2 lain.
              Sekiranya kita tidak mahu membuka mulut menceritakan kebesaran Allah kpd ummat, maka Iman pasti tidak meningkat, sekiranya kita tidak belajar2 bersusah payah utk tinggalkan segala urusan dunia utk khuruj di jalan Allah pasti iman tidak meningkat, ketahuilah jika kita semata-mata duduk dihadapan tok guru belajar ilmu agama semata2 tanpa perlu bersusah payah iman pasti tidak meningkat. Kesannya agama mati hari ini. Allah tidak akan sebarkan hidayah ke atas diri kita dan ke atas ummat jika kita tidak menyusahkan diri utk agama Allah seperti tertib Rasulullah dan sahabi. Kerja dakwah ini bkn kerja para ulamak sahaja. Para ulamak bertindak sebagai panduan atau stering kereta sahaja. Kerja dakwah, kerja seluruh ummat. Kita sendiri mesti bangkit buat dakwah, ceritakan kebesaran Allah supaya kebesaran Allah masuk dlm hati dan Iman pasti meningkat dgn kerja ini. Kita sendiri mesti belajar korbankan sedikit masa, sedikit harta, sedikit tenaga, supaya dgn korban yg sedikit ini Allah campakkan kefahaman agama utk kita. Percayalah kurang seratus tahun drpd sekarang muncullah imam mahdi.
          Bersediakah kita utk tinggalkan anak bini, perniagaan, harta dan segalanya utk menyahut panggilan Imam Mahdi? pastilah kita belum sedia.. ayuh, hidupkanlah dakwah cara baginda dahulu InsyaAllah. 

Sunday 10 July 2011

Nikmat anak dara syurga..

         Kejayaan kita di bumi Allah hanya apabila kita dapat tunaikan perintah Allah ikut cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w Kejayaan kita di akhirat pula hanya apabila kita berjaya memasuki ke syurga Allah taala. Dunia merupakan tempat utk kita kawal nafsu.. Manakala tempat utk kita puaskan nafsu hanya di syurga Allah. Di dunia, nafsu yg kita layan tidak akan puas smpi bila-bila. Tetapi di syurga Allah akan layan nafsu kita sepuas2nya. Antara nikmat yg Allah kurniakan kpd kita adalah bidadari.
         Siapa itu bidadari? Dlm Al-Quran bidadari disebut berulang2 kali. Bidadari ini tidak pernah disentuh oleh jin mahupun manusia. Dlm riwayat ada mengatakan Bidadari ini kekal dara smpi bila-bila. Satu bidadari akan menundukkan pandangannya kpd mana2 lelaki kecuali si empunya bidadari. Anak dara syurga ini akan memandang tuannya sahaja seumur hidupnya yakni selama2nya. Bidadari ini sentiasa rasa gelisah dan gundah gulana manahan sabar utk bertemu si pemilknya. Apabila isteri org beriman tidur dgn suaminya, maka bidadari akan berasa teramat cemburu. Lalu para bidadari pun berkata, Kmu wahai isteri hanya akan bersamanya sementara sahaja di dunia manakala kami akan bersamanya selama2nya di dalam syurga.
         Diceritakan kepada kita sekiranya bidadari turun ke bumi, sekiranya diludahnya lautan akan manis segala tujuh lautan. Sekiranya lelaki terpandang bidadari maka terpancut time tu jgk.. lalu jatuh pengsan. Org perempuan pula akan menganggap itulah tuhan kerana indahnya bidadari itu. Sekiranya kita sudah bersama dgn bidadari-bidadari di syurga, Jika Allah beri peluang utk kita balik ke bumi dan Allah kurniakan kpd kita perempuan tercantik di atas muka bumi, jika kita lihat perempuan itu maka kita akan muntah dan jijik tgk perempuan itu. Begitulah keanggunan bidadari yg tidak ada tolok bandingnya.
          Dlm satu kisah, para Dae mempunyai paling bnyk bidadari. Satu hadis menulis sekurang-kurangnya 2.5 juta bidadari bahkan ada yg mengatakan 4.2 juta. Satu bidadari kita lihat saja itu pun sudah satu kenikmatan yg amat sgt. Bertahun-tahun kita kaku melihat bidadari sahaja. Kita akan bersama dgn satu bidadari selama berpuluh-puluh tahun. Kalaulah malaikat tak tegur kita, kita bersama bidadari itu saja selama2nya. Smpi lupa kita ada 2.5 juta bidadari lg masyaAllah. Bidadari ini mempunyai 70 lapis pakaian. Dibukanya satu persatu bertambah-tambah cantik. Sehinggalah tidak berpakaian itulah yg paling cantik..hehe.. Kalaulah Allah tidak mengurniakan kpd kita 70 kekuatan laki-laki maka nak berjimak dgn bidadari pun tak sempat sbb asyik terpancut saja hehe.. MasyaAllah itulah nikmat anak dara syurga yg kekal dara smpi bila-bila. 
        Dlm suatu kisah, diceritakan kepada kita, apabila para malaikat menunjukkan kepada kita dlm satu bilik ada 70 katil. Di setiap katil ada seorg bidadari, baru sahaja kita mahu menikmati bidadari itu, tiba-tiba dtg malaikat cuit kita, "kamu tidak mahu melihat bidadari-bidadari lain ke? " masyaAllah. Katil di syurga bkn tebal 3 kaki bahkan setebal langit dan bumi. Ntah2 sesat nk cari bidadari pun tak jumpa. haha.. Can U imagine? tak payah imagine, tak smpi punya.. yaken sahaja InsyaAllah haha.. Di dunia, jika isteri kita buat kita kecil hati sahaja, bidadari di syurga akan memaki-maki isteri kita. Bidadari sentiasa hatiya teramat cintakan pemiliknya seperti satu org yg sedang angau. Seluruh badan bidadari menunjukkan kerinduan dan taksub yg amat sgt kpd pemiliknya. Setiap inci tubuh bidadari menunjukkan betapa dia suka sgt kpd pemiliknya. Tuan-tuan perkara ini kita tidak nmpk. Tp yakenlah jika kita laki-laki beriman, Allah simpan bidadari ini utk kita InsyaAllah. Dalam Surah Ar-Rahman, gambaran rupa bidadari adalah seperti mutiara yg tersimpan rapi. Sesiapa pun tidak pernah lihat bahkan disentuh pun. Mata bidadari bulat umpama mutiara.MasyaAllah..
        Tuan-tuan, anak dara dunia tidak ada apa-apa. Cantik mcm Siti Nurhaliza pun, kentut mesti busuk punya, ketiak tak buh deodorant mesti busuk jgk. anak dara syurga, ketiak dia masyaAllah putih melepak, wangi sewanginya haha.. Bg org perempuan usahlah sedih mendengar cerita ini kerna cerita2 begini akan menaikkan keghairahan utk org lelaki beramal. Ketahuilah perempuan yg beriman wajahnya akan lebih cantik drpd bidadari, bahkan isteri yg beriman akan menjadi ketua bidadari suaminya di dalam mahligai syurga. Anggaplah bidadari ini gundik anda belake. Persoalan sekarang adakah kita tak jelous? of course la tidak sbb Allah akan cabut segala perasaan cemburu di hati penduduk2 syurga maka hidup aman dan sentosalah kita kekal abadi selama2nya. Utk tempah anak dara syurga perlukan pengorbanan dan susah payah kita di dunia. Para Dae yg buat dakwah cara Rasulullah ni jika bertemu bidadari, maka bidadari akan pengsan melihat kita tetapi para abid pula akan pengsan tgk bidadari.. InsyaAllah mahu pulun anak dara dunia saja ka? mau anak dara syurga? anda pilih InsyaAllah..
         

Thursday 7 July 2011

BERSIH 2.0 adakah benar-benar bersih?


             Isu demi Isu timbul belakangan ini mengenai perhimpunan BERSIH. Saya tidak layak mengatakan haram mahupun halal kerana saya bukan ustaz atau pun ulamak tidak layak mengeluarkan fatwa. Sedikit sebanyak saya mendengar hujah satu demi satu pihak dan saya rumuskan dlm blog saya ini. Ulamak PAS telah menggunakan satu anologi yang tidak berapa saya setujui. Mengatakan halal disebabkan dalam ibadah haji juga kita berkumpul ramai-ramai. Itulah demontrasi. Bg saya alasan ini tidak kena tempat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kita tidak patut tgk kepada tujuannya sahaja. Cara perlaksanaan juga mesti ikut tertib Islam jalan sepertimana yg Rasulullah tunjuk. 
            Kalau Demontrasi ini dianggap jihad fisabillah saya mmg tidak setuju 100 %. Jihad ini suatu perkara yg besar. Bahkan lebih besar drpd solat. Buktinya dlm suatu perang, nabi pernah mengqadakan 3 solat wajib gara-gara asakan hebat musuh. Jihad lebih tinggi drpd puasa buktinya nabi pernah membatalkan puasa Ramadhan dlm badar. Niat solat utk sembah Allah tp ikut cara Yahudi dan Nasrani sah tak solat? Niat puasa tp puasa cara yahudi dan Nasrani sah tak puasa? Dan niat utk berjihad kerana Allah tapi follow cara Yahudi dan Nasrani apakah Allah akan terima?
           Ok kalau nak buat juga fine.. tetapi sejauh mana kita mampu mengawal jutaan manusia yg bercampur gaul lelaki perempuan. Sapa mahu pantau dlm jutaan manusia ini? Maksiat yg kecil2 ini kita x mampu mahu kawal apakah kita mampu utk membetulkan maksiat yg dilakukan oleh pemimpin sendiri? sapa mau tanggung dosa mereka yg mengambil kesempatan meraba2.. Walhal ulamak sendiri sudah keluar fatwa wajib berhimpun. Usah dikesah lg hukum ya?. Jihad sangatlah konon. Ulamak mau tanggung dosa mereka2 ini ke?
              Bayangkan situasi ini, kita anggap jihad seperti hiburan. Memberontak di jalanan. Kemudian FRU sembur air, habis semua sang purdah basah. Pakat nmpk semua saiz coli sang purdah. Yg sang kopiah lari. lari kemana? lari menyorok belakang sang purdah la. Pakat scan badan sang purdah pula. MasyaAllah jihad mmg best la sgt. Kena tipu syaitan saja semua ini. Ini bkn jihad. Bahkan semasa perang, org perempuan tak masuk barisan perang pun. Bahkan, perempuan hendak ke masjid di zaman fitnah pun nabi larang. Jihad apa ke jadah rupa ini? masyaAllah. Semua para alim sudah kena tipu syaitan saja. Kot la mau pegi BERSIH, perempuan tak payah la pergi. Ini saya boleh consider lagi. Kalau saya mahu pergi, saya akan tinggal anak bini. saya syg bini saya, saya letak di rumah, bkn di medan seperti ini.

            Nabi juga pernah menegur sekumpulan sahabat yang berbincang2 di jalan. Nabi tegur mereka kerana menghalang laluan. Sahabat menjawab kami tgh berbincang tentang perkara penting. Nabi menjawab penting mcm mana pun tunaikanlah hak jalan. Hari ini dgn demontrasi sebegini apakah kita tunaikan hak jalan? Nabi pernah juga berkata selemah2 iman membuang duri di tgh jalan, tetapi hari ini kita pula mau menjadi duri di tgh jalan. Adakah BERSIH benar-benar BERSIH?
                
             Hari ini kita mesti kuatkan Iman dahulu. Dgn cara bagaimana? dgn cara Dakwah Illallah.. Apabila kita buat kerja dakwah sebiji cara Muhammad, maka Iman yg kuat akan terbentuk dalam hati, asbab kerja dakwah juga Allah akan turunkan hujan hidayah. Cara mahu tumbangkan pemimpin seperti ini tiada kejayaan. Sekalipun kita menang, apakah dgn iman kita yg tidak kukuh, kita mampu tegakkan hukum dan manusia yg lemah iman mampu utk mengikut hukum? hari ini kita mesti asah iman dahulu. Barulah Allah sendiri beri kita bantuan dgn menaikkan pemimpin yg benar2 menurut hukum Allah.
             Situasi hari ini, Ulamak sendiri tinggalkan kerja nabi, sahut pulak seruan Yahudi dan Nasrani dlm politik demokrasi. Punyalah tidak yaken dgn cara Nabi mampu beri kejayaan. Dakwah tak mau buat tiba2 mau rampas kuasa. Yakenlah cara selain cara Muhammad dan sahabi tidak ada kejayaan. Saya Ulang tidak ada kejayaan InsyaAllah.              

Wednesday 6 July 2011

Hukum bekerja di bank konvensional. Adakah gaji mereka halal atau haram?

           Dewasa ini bermacam2 pandangan mengenai persoalan hukum bekerja di bank. Apakah gaji mereka halal atau haram? Menjawab persoalan ini kita perlu merujuk kepada ustaz2 yg pakar dalam bidang muamalat Islam. Yang terlibat secara langsung dgn situasi perbankan dan ekonomi islam. Inilah antara video oleh ustaz yang saya syorkan. Yang paling tepat sebagai rujukan. Ada sesetengah ustaz yg agak glamor tetapi hukumnya tidak kena bkn kerana tidak cukup ilmu tetapi tidak faham situasi sebenar kerana mereka tidak terlibat dlm pembangunan Sistem perbankan Islam dan ekonomi islam di dunia. Soal hukum fekah semua ustaz boleh cerita bab riba itu haram berdasarkan dalil-dalil kukuh tetapi hukum boleh berubah mengikut keadaan semasa dan setempat dan maslahah darurat. Hukum yg ditetapkan adalah berdasarkan kepada Ijmak Ulamak sedunia InsyaAllah. Kesimpulan yang mampu saya buat berdasarkan sedikit ilmu yg saya cedok semasa pengajian saya di Uitm dlm bidang Bachelor degree of Islamic banking, sedikit hujah2 ustaz yg pakar dlm bidang ini serta keputusan Ijmak Ulamak dalam mengeluarkan fatwa hukum bekerja di bank adalah haram jika terlibat secara langsung tetapi tidak haram jika terlibat secara tidak langsung. Sebagai cth jika menjadi marketing executive of Maybank konvensional adalah haram tetapi tidak haram bg bahagian operation, bahagian human resourse, security guard dan tukang sapu. Sekali lagi saya ingatkan rujuklah Ustaz Zaharuddin dan Zahazan jika ada kemusyikilan dalam muamalat Islam. Ustaz yang lain seperti bekas Mufti Perlis sendiri saya tidak berapa setuju..InsyaAllah

Friday 1 July 2011

Tabligh datang kita lari, tak sempat lari kita sembunyi, tak sempat sembunyi pura2 tidur mati....



Pintu diketuk disusuli dgn salam,
Yg di dalam tadi riuh tiba-tiba suram, 
Allah tarbiah kami utk sangka baik sesama Islam,
Mungkin mereka tak dgr dari dalam,
maklumlah hari sudah malam,
Dahulu nabi menyeru seisi alam, 
Seru mereka kpd Islam,
Tapi Abu Jahal dan Abu Lahab pura-pura tak paham,
Kononnya pertahankan adab resam,
Walhal Al-Quran turun dgn maksud mendalam, 
mengalahkan segala syair pendeta seluruh alam.. 

Bkn niat kami utk mengajar,
niat cuma utk belajar-belajar,
Belajar ckp benda yg benar,
nak kata hidup ini cuma sebentar, 
kelak kita bertemu yg Maha Besar,
Marilah kita beriman sebentar,
bercakap-cakap tentang kubur,sirat dan masyar,
mudah-mudahan iman yaken bertambah lebar.

Pintu diketuk sebanyak 3 kali,
Sambil itu salam diberi,
Keluar pula seorang lelaki,
rupanya rumah tuan haji,
Dgn wajah berseri-seri,
Manis senyuman tidak terperi,
Lega segala hati kami, 
dipelawa masuk tp tak cukup time diberi,
cukuplah kami sekadar di sini,
menghidupkan amalan sunnah nabi,
tapi syg ada yg tak faham-faham lagi,
Bkn takat dicaci bahkan dimaki,
Tak tahu mana dia kesalahan kami,
Rupanya inilah dia kerja nabi, 
Iman ditarbiah cara begini,
Sabar diuji berkali-kali,

Azan dilaungkan 5 kali sehari,
Syaitan mendengar terus bersembunyi,
Dlm jamban mmg pilihan sensasi, 
Dakwah kpd solat pun syaitan lari, 
Dakwah kpd Iman lagilah syaitan benci,
Yg pelik Mat rempit pun lari, 
Baru nmpk jamaah berjalan kaki,
Belum sempat salam diberi, 
Habis sume mencicit lari,
Meluncur laju mcm Velentino Rossi,

Benci benarkah mahu dgr tentang Allah?
Benci sgtkah mahu dgr kebesaran Allah?
Malukah diri kita mahu dengar kehebatan Allah? 
Siapakah yg beri kita rezeki tiap2 hari bukankah Allah?
Siapakah yg perlihara kita sejak dalam rahim bukankah Allah?
Siapakah yg mencipta kita bukankah Allah?
Susah sgtkah mulut mahu ckp yg beri kita mkn itu Allah? 

Hari ini kita mesti faham kerja dakwah kerja kita,
Bkn takat kerja ustaz,alim dan ulama,
Tak kira kita petani,peladang,kerani,doctor, YB dan Raja,
Kerja dakwah kerja fulltime kita,
Kerja dunia hanyalah kerja partime sahaja,
Ingatlah teman Ingatlah taulan,
Dunia ini tempat sementara, 
Dlm kita bersenda,
Dlm kita bersukaria, 
Kerja nabi mesti jalan juga,
Tak kira sesibuk mana, 
Tak kira kita di mana, 
Kitalah pewaris tugas anbia.

Hari ini,
nama jemaah sudah diberi,
Bkn Maulana Ilyas yg kasi, 
Penduduk Malaysia gelarkan tabligh,
Dan bila jamaah melangkah kaki, 
kanak-kanak kata lari,
Tabligh datang kome sembunyi,
Di Malaysia mungkin janggal lagi, 
Di zaman nabi ziarah dibuat tiap2 hari,
Bkn takat di Aidilfitri..

Ayuh bangkit semua pemuda,
Termasuklah yg tua bangka,
Tak kira kita siapa,
Terpaksa atau suka rela,
Tidak kira dimaki dan dicerca,
Tidak kira kita mulia mahupun hina,
Ayuh hidupkan Dakwah bawaan Baginda,
Ini Syair Hafiz kilau yg punya,
Kalau nk copyright aku pun rela,
Ingatlah kejayaan kita dlm agama,
Blog ini hiburan semata-mata,
Dakwah hanya sa nya cara baginda s.a.w yg Allah terima....
InsyaAllah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...