.........................................Popular post..............................................

Wednesday, 27 July 2011

Adakah pengebom berani mati itu syahid?

Pertama-tama sekali, ingin saya tegaskan bahawa saya bukanlah org paling layak memberi fatwa mengenai jihad megebom diri ini. Saya bukanlah ustaz mahupun alim, langsung tidak layak dlm menuduh pengebom berani mati ini tidak syahid. Cuma apa yg ingin dikongsikan di sini adalah sedikit kefahaman agama yg Allah taala berikan.
        Jihad fisabilillah itu, ada satu set lengkap. Pada permulaan jihad adalah dgn dakwah. Ini dibuktikan apabila di Makkah Allah melarang sahabat utk memerangi org kafir. Mereka hanya mendakwah kalimah iman supaya Iman mereka menggunung tinggi. Apabila berlakunya peristiwa hijrah, sahabat telah mengorbankan segala2nya utk agama Allah. Mereka meninggalkan segala harta milik mereka, meninggalkan anak isteri atas maksud meyahut seruan Allah utk hijrah ke Madinah. Maka apabila mereka menyambung kerja dakwah di Madinah, Ketika itu iman para sahabat telah pun sempurna. Maka Allah pun mewajibkan mereka memerangi org kafir. Apabila org kafir menolak dakwah mereka, maka mereka akan meyuruh penduduk membayar jizyah, jika mereka menolak jizyah maka barulah perang berlaku.Dalam perang pula bnyk adab2 yg perlu dijaga. Antaranya ialah tidak dibenar membunuh kanak2 dan wanita serta tidak dibenarkan membunuh musuh yg telah menyerah.
         Sekarang kita lihat pula situasi pengebom berani mati. Mereka merempuh di khalayak umum lalu mengebom diri. Pertama sekali mereka tidak ikut tertib jihad. Yg mana Rasulullah mendakwahkan kepada mereka terlebih dahulu kemudian barulah perang. Cara selain cara Muhammad dan sahabat bkn jihad fisabilillah. Adakah kelihatan perkara ini seperti jihad?. Jika sekadar niat tetapi caranya tidak betul apakah sempurna jihad? Jika kita niat solat, tetapi tidak ikut tertib Rasulullah apakah sempurna solat? apakah sah solat?
         Yg kedua, Dalam Jihad, sahabat merempuh musuh dan memang ingin syahid tetapi belum tentu syahid. Kalau kita bom diri kita, memang pastilah kita mati dgn izin Allah. Tidakkah itu seperti membunuh diri dahulu sbb kita bom diri kita. Bahkan satu org sahabat tidak pernah mati mencucuk pedang di badan sendiri utk syahid. Semua bekas luka adalah drpd pedang musuh. Tetapi kita letak bom di badan sendiri? Sgt pelik.. sy tidak layak berfatwa. Anda fikirlah sendiri.
         Yg ketiga, Dalam perang Sahabat tidak sesekali mencederakan wanita dan kanak2, tetapi dgn cara kita mengebom Satu kawasan Bali, melibatkan beratus2 nyawa kanak dan wanita apakah cara ini cara Rasulullah? Sgt jauh dgn fikir Rasulullah. Baginda tidak pernah mahu menghancurkan umatnya malah fikir baginda adalah bagaimana umat-umat yg berdosa ini dapat hidayah drpd Allah taala terlebih dahulu dgn perantaraan kerja dakwah.
        Segala apa yg saya tulis bknlah fatwa yg keluar dari mulut saya kerana sy bkn ustaz. Cuma ini apa yg saya nampak dan apa yg saya pelajari itulah yg saya smpikan InsyaAllah.
       

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...