.........................................Popular post..............................................

Wednesday 3 August 2011

Apa itu Wahabi? Apa itu Salafi?

          Pada mulanya, aku sibuk dgn kerja agama, aku tak ambil peduli langsung siapa itu wahabbi dan Salafi. Bahkan salah satu post di blog aku ada mengambil pendapat ahli Salafi. Aku ingatkan Wahabbi ni yg Sesat, Salafi ni tak sesat. Tetapi sangkaanku meleset. Wahabbi dan Salafi rupanya adik beradik. Salafi tidak pernah wujud sejak dulu lagi. Salafi wujud di era ini. Bagaimana Salafi dan Wahabbi ni adik beradik? Aku mcm biasa la. Aku punya ayat mmg pancung org punya. Ini stail aku. Lantak situ la karkun nak marah ke. Nak Ckp saya ni asbab fitnah usaha agama ke. Sekarang waktu infradi aku. Sifat aku mmg sound direct. Kalau Ijtimae mmg aku patuh tertib, tp infradi aku dgn sifat keras aku. Yg kena kat muka tu nasib dia la. Tak puas hati kita jumpa dekat luar.
             
Disini biar aku copy paste tulisan rakan seusahaku  ibnu batoota dlm blognya : "Beberapa perkara ringkas bagi yang mempunyai akal yang sihat dan mencari kebenaran. Wahabi mempunyai sejarah kotor dalam Islam,atas sebab tu jugalah pengikut-pengikut Wahabi yang dulu sangat bangga dengan nama Wahabi dan menamakan parti mereka sebagai Wahabi telah bertukar arah menjadi Salafi untuk mengelirukan umat bahawa mereka bukan lah golongan Wahabi yang telah bekerjasama dengan negara barat menjatuhkan khalifah usmaniah turki,yang telah membunuh keturunan nabi,yang telah menghalau penduduk Quraisy dari Mekah dan diganti dengan Bani Sa’ud(Saudi),membunuh ulama dan sebagainya.

          Ulama-ulama tidak mahu menyebut mereka sebagai Salafi tapi lebih suka gelarkan mereka tetap dengan Wahabi kerana gelaran itu tidak layak bagi mereka,walaupun mereka tak pernah baca kitab Muhammad bin Abdul Wahhab.Menggelarkan mereka sebagai Salafi hanya akan mencemarkan golongan Salafus Soleh. Begitu juga gelaran Muhammadiyyah tak diberikan kepada Muhammad Abdul Wahhab tapi digelar Wahabi kerana mereka tak layak mencemarkan nama Nabi Muhammad dengan fahaman batil itu.


        Orang-orang Salafi berakidah Wahabi ini selalu menafikan mereka mengikuti Muhammad Abdul Wahhab dan konco-konconya, mereka lebih suka jika mereka disebut pengikut Nasiruddin albany yang ‘kononnya’ Syaikhul Hadis terhebat dalam dunia!Bahkan lebih hebat dari Imam Bukhari r.a dan Imam Muslim r.a. Aku tak pasti mereka ini memang bodoh atau pura-pura bodoh,kenapa Albany ni diagung-agungkan sangat?Sedangkan amatlah ramai ulama dari seluruh dunia menulis kitab menentang khusus kesesatan Albany ini.
Siapa yang tahu membaca dan ada akal yang sihat pasti dapat faham bahawa Albany ini hakikatnya hanyalah “tukang repair jam”….Ini pun kalian nak kata aku fitnah?seluruh dunia tahu dia cuma tukang jam dan belajar hadis tanpa guru di perpustakaan. Orang-orang Salafi memarahi kami bertaqlid dengan tabiin(Imam Hanafi & Imam Malik r.huma) dan tabi’ tabi’in(Imam Syafie,Imam Hanbali r.a.huma) tapi mereka bertaqlid buta dengan tukang jam(Albany) itu tak mengapa???Nabi saw bersabda,kurun yang terbaik ialah kurun baginda dan sahabat,kemudian kurun tabi’in,kemudian kurun tabi’tabi’in.Imam-imam mazhab hidup di kurun yang nabi isytiharkan sebagai ZAMAN TERBAIK AWAL ISLAM!
Nabi saw bersabda juga,Allah menghilangkan ilmu itu dengan mematikan ramai ulama,apabila ulama sudah tidak ada,maka orang ramai akan memilih orang JAHIL sebagai pemimpin(agama),maka apabila pemimpin jahil itu ditanya,dia akan keluarkan fatwa tanpa ilmu,dia sesat dan menyesatkan.(HR Muslim),Albany,bin baz,Soleh fauzan,Dr Asri,Muhammad Abdul Wahhab semuanya datang dari ZAMAN JAHILIYYAH AKHIR ZAMAN!!! Jadi kami disini mengikuti dan bertaqlid dengan imam-imam mazhab tabi’tabi’in yang LEBIH MEMAHAMI QURAN DAN HADIS Sedangkan wahabi/salafi mengikuti Albany,Asri,Muhammad A.Wahhab,Bin baz yang PERASAN LEBIH MEMAHAMI QURAN DAN HADIS dari imam-imam mazhab zaman tabi’in.Disini ada isyqal,wahabi/salafi berkata kami ikut quran sunnah sahaja!!!kami tak ikut mazhab!!
Jadi adakah Imam-imam mazhab tak baca Quran dan hadis dan keluarkan hukum hakam dengan nafsu???? Contohnya,Imam Syafie r.a keturunan nabi,orang arab quraisy,tabi’ tabiin,hafal quran dari kecil,hafal muwata’ semasa kecil,belajar bahasa arab asli dari arab-arab badwi,jadi mufti umur belasan tahun dan macam-macam lagi kehebatannya.
        Dan dibandingkan dengan contohnya Dr.Asri yang BUKAN HAFIZ QURAN,beribu-ribu tahun jauh dari zaman nabi,bukan keturunan nabi,bukan orang arab,belajar agama beberapa tahun dan tidak kelihatan sunnah surah,sirah dan sarirah pada dirinya melainkan mulutnya sahaja berbicara tentang sunnah dan bidaah. Tarik nafas dan tenangkan fikiran dan fikirkan,adakah Dr.Asri lebih memahami Quran dan hadis daripada Imam Syafie r.a???????? Mereka melaungkan ‘kami ikut quran dan hadis!!!’ Dari mana pula sumber hukum imam syafie dan imam-imam lain ambil???dari bible kah???? Siapa yang berfikiran sempit sekarang ni? Siapa yang mengangkat para jahil sebagai pemimpin agama mereka dan meninggalkan para ulama thiqah??? Sebelum nak cakap imam syafie tak paham hadis,kalian belajar alif ba ta dulu….baca quran pun tak betul,lagi mau komen imam dari zaman tabi’in!!! Kerana itu aku katakan golongan ini golongan fitnah yang menganggap mereka benar.Belum lagi aku huraikan kesalahan-kesalahan Albany yang mana cara solat dia yang kalian ikut! Kangkang luas-luas waktu solat,tangan letak didada,semua itu dari kitab Albany yang ditentang ulama sedunia.
Mereka sangat agungkan Albany si tukang jam ini bahkan lebih diagungkan daripada imam Bukhari dan Muslim sendiri,kerana dalam kitab Albany sendiri,beliau mendaifkan beberapa hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Apakah kebodohan ini?Orang JAHIL mengkomen kitab orang ALIM dan jahil-jahil yang lain melompat-lompat bersorak.Belum ada dalam sejarah dunia islam mana-mana ulama mendaifkan hadis Bukhari Muslim melainkan golongan-golongan yang memang sesat seperti Syiah,muktazilah dan lain-lain. Tapi si tukang jam yang diagungkan itu dianggap sebagai Syaikhul hadis telah mendaifkan hadis dari Bukhari Muslim,dan cara solatnya yang ditulis dalam kitabnya ‘sifat solat nabi’ diamalkan segenap Wahabi dan Salafi seluruh dunia…
Apakah fitnah ini?????
Ada 3 jenis manusia dalam bidang akal:
1)Yakin/ilmu: contohnya apabila ditunjukkan kepadanya sebuah kereta dan tanya apakah ini,dia menjawab ‘kereta’,maka akalnya mempunyai ilmu tentang kereta.
2)Jahil: contohnya apabila ditunjukkan kereta kepadanya dan tanya apakah ini,dia menjawab ‘tak tahu’,maka akalnya jahil mengenai kereta.
3)Jahil murokkab: contohnya apabila ditunjukkan kereta kepadanya dan tanya apakah ini,dia menjawab ‘KAMBING’,maka dia digolongkan dalam golongan jahil murokkab.
Jahil murokkan ialah jahil berlipat ganda,Jahil dalam kejahilan,sesat dalam terang,orang macam ni adalah orang jahil yang merasakan diri tidak jahil dan dia jahil bahawa dirinya itu jahil atau orang melayu kata ‘bodoh sombong’.
Aku bukan mengatakan tokoh-tokoh Wahabi/Salafi ini jahil daripada aku,sesungguhnya aku lebih jahil dari mereka,mereka hakikatnya lebih alim daripada ku.
Tapi aku mengatakan mereka ini tersangatlah jahil jika dibandingkan dengan imam-imam mazhab dari zaman tabi’ dan tabi’ tabiin macam mantel bumi dengan langit ke 7!
Moga allah selamatkan kita semua….lain kali,sebelum komen fikir dahulu…….kalau baca quran pun tak reti,janganlah berlagak pandai.
Moga allah buang takabur dari hati aku khususnya dan hati kaliaan amnya.
Kita mencari kebenaran…kita semua kawan…tapi kita beza fahaman….
Aku tak kisah kalau kalian tak mahu berfeqah,tak mahu zikir,tahlil,talqin dan lain-lain yang furu’,tapi yang aku lawan dan cuba selamatkan umat islam ialah berkenaan AKIDAH!!!
73 golongan umat akhir zaman dan cuma SATU masuk syurga itu ialah berkenaan mazhab AKIDAH.Selama beratus-ratus tahun umat bersepakat(kecuali golongan sesat) bahawa akidah yang diisytiharkan sebagai akidah ahlu sunnah wal jama’ah yang sahih ialah akidah yang dibawa 2 imam besar yakni Imam Abu Hassan asy-Sya’ari rhm. dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi rhm.
Nabi telah bersabda bahawa sampai kiamat umatku tidak akan bersepakat dalam kebatilan(bermakna majoriti umat akan berada dalam kebenaran sampai kiamat),sekarang cuba buka minda dan fikirkan,berapa peratus muslim penganut mazhab yang 4 daripada semua muslim yang wujud?
Tak dapat dinafikan selama beratus-ratus tahun umat ini bersepakat sejak zaman tabi’in hingga sekarang dalam menganut islam mengikut mazhab yang 4,dan berpuluh-puluh firqah(kumpulan) lain yang tidak mahu mengikuti ijma’ ummat yang nabi sendiri isytiharkan sebagai BENAR hanyalah peratus kecil dalam dunia Islam.
Syiah mungkin 1% dari seluruh umat islam begitu juga Muktazilah,Qadariah,Jabariah,Zahiriah,Wahabiah,Mujassimah,Qadiani,Murjiah,ajaran-ajaran sesat di pelbagai negara dan lain-lain lagi.
Hakikatnya,golongan-golongan sesat ini hanyalah segolongan kecil dari umat islam dari dulu hingga kini.Hanya ahlu sunnah wal jama’ah yakni yang mengikuti 4 mazhab dan berakidah assya’riah & maturidiah SAHAJA yang kekal diamalkan MAJORITI UMAT dari zaman tabi’in hingga kini dan insyaallah hingga kiamat sesuai dengan HADIS NABI SAW!!!
Masih tak paham lagi???
Nanti mesti ade makhluk-makhluk Wahabi yang keluarkan hadis,’islam itu datang sebagai terasing dan akan kembali terasing dan berbahagialah mereka yang terasing’ dan mereka akan bagi alasan bahawa jumlah kecil mereka itu menunjukkan merekalah orang-orang ‘ghuroba’ yang dimaksudkan nabi saw.
Jadi tak kan hadis nabi bercanggah????
Hadis pertama cakap,yang berada dalam majoriti adalah yang paling benar,hadis kedua pulak cakap yang berada dalam minoriti yang berbahagia???
Oh??tidaaakkk~hadis telah bercanggah!!!!!!
Cis…sebab tu aku dah cakap awal-awal jangan rasa diri dah pandai hanya sebab dengar ceramah agama di Youtube dan belajar agama dari Google!!!Sebab tu orang yang belajar agama tanpa guru ni Syaitan akan jadi gurunya!!!
Jelaslah hal itu berlaku pada ramai pensyarah-pensyarah,doktor-doktor,pelajar-pelajar Universiti yang berustazkan Google atas alasan dunia dah maju.Begitu juga Nasiruddin albany yang menghafal hadis dan membaca kitab-kitab hadis di perpustakaan tanpa guru selepas selesai kerja-kerja membaiki jamnya.
Apa hasilnya?golongan ini menjadi pemecah belah umat yang hebat,mengkritik dan menghina ulama,dan ada ‘ustaz-ustaz internet’ yang berani mengkafirkan ulama-ulama besar.Lihat sahaja fitnah yang dibawa Albany yang ditentang ribuan ulama dan ratusan kitab ditulis khusus untuk menyatakan kesesatannya.
Banyak lagi aku nak cakap disini,tapi kalau tingkap dah tutup,bawa spot light stadium bola suluh kat tingkap tu pun tetap cahaya tak masuk.Sama juga disini,kalau aku keluarkan hadis dan bukti-bukti kesesatan,senaraikan nama-nama kitab,scan-scan kitab berjuta-juta sekalipun jika mereka tak mahu terima kebenaran,mereka tetap berada dalam kesesatan tu.
Berkenaan hadis yang bercanggah itu tadi sebenarnya tidaklah bercanggah,ulama-ulama hadis telah membahaskannya sebab itu kita jangan cuma baca satu hadis dan terus keluarkan hukum,kerana kita tak tahu wujud hadis-hadis yang lain.Kerana itu kita digelar ahli sunnah wal jama’ah,bukan ahli hadis wal jama’ah kerana kita beramal dengan SUNNAH bukan dengan HADIS,fuqaha yang bertanggunjawab mengumpulkan semua hadis dan menafsirkan serta memilih dengan usul dan kaedah untuk dijadikan amalan yang kita namakan sunnah.Jadi janganlah baca satu hadis kemudian terus berfatwa.
Tulisan ini kebanyakkannya di copy paste dr blog rakan seusaha saya saya Ibnu batoota, yg belajar di Madrasah Uloom Zakariyya di South Africa     
( Sufiafriqiyya.wordpress.com)

20 comments:

  1. syabas tuan..
    begitu lah keadaan yg berlaku.
    Golongan Wahabi menuduh pelajaran tauhid sifat 20 sebagai fahaman greek.
    Padahal Abu Hassan Al-Asya'ari memperbetulkan aqidah umat selepas umat rosak akibat fahaman muktazilah.
    Satu perkara yg ajib iaitu, dua tokoh besar ulama tauhid yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak (kecuali wahabi/salafi) ialah Abu Hassan Al-Asya'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi telah melakukan perkara/perbuatan yg sama iaitu memperbetulkan aqidah umat dgn cara tersusun walaupun mereka berdua tidak pernah bertemu, tak pernah bermesyuarat, dan menetap di kawasan yang berlainan jauh. Tapi mereka melakukan perkara yg sama. Ini adalah ilham daripada Allah, maka ajaran muktazilah dibersihkan. (Abu Hassan al-Asya'ri di tanah hijaz, manakala Abu Mansur di kawasan India, pakistan, aghanistan, bangladesh dan sekitar). Al-Asy'ari bermazhab syafie, Abu Mansur bermazhab Hanafi).
    Contoh tamsilan, doktor A duduk di benua A, doktor B duduk dibenua B, tapi bila merawat wabak penyakit aqidah, mereka melakukan perkara yg sama walaupun tak pernah berjumpa atau berbincang.
    Ilham dari Allah, hebat Allah taala.
    Ini termaktub dlm sejarah, dan ini dinafikan puak wahabi/salafi.
    Insya-Allah semoga Allah beri taufik dan hidayat kepada semua umat Islam.
    tulisan tuan agak keras, tapi kalau nak cakap betul2 mmg la camtu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum hafiz kilau, tlg igtkan aku utk add blog kwn ko yg blaja kt south africa tu ke GERBANG UTAMA INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  3. oo ok tp aku rasa dia tak pakai blogger la.. mcm pelik sikit ni blog dia..
    Sufiafriqiyya.wordpress.com

    ReplyDelete
  4. wahabi/salafi tidak sesat dari akidah,rujuk tulisan prof Yusof Qardhawi,prof Yusof dlm kitabnya fiqh Aulawiyat,telah tulis dan kisahkan tentang ketokohan muhamad abd wahab dan nasir-eiden albani,mereka punya sumbangan dlm agama Islam,bagi sy dan rasa2nya ulama2 di dlm dkwah & tabligh mereka tidak anggap wahabi/salafi tu tidak betul dari segi akidah..kalo mereka ini (salafi/wahabi) tidak betul dari segi akidah sperti firqah lain mcm syiah,khawarij,muktazilah,jabariah,nescaya ulama-ulama kita tidak galakan kita buat usaha atas mereka..mcm isu syiah,eldest x bagi karkun iran dakwah mereka,sy pernah tanya sehagian karkun iran sndri,katanya eldest x bagi usaha atas org syiah..

    wahabi/salafi ini cuma mereka silap dalam menafsir nas quran dan hadith..
    sy pernah duduk dlm majlis dr aziz hanafi,tahun ni dia dpt tokoh maal hijrah kedah.katanya wahabi/salafi tidak sesat...cuma mereka ada kepincangan dlm memahami nas quran dan hadith.

    lagi satu,sila buka kitab akidah thawiah,dlm kitab tersebut mengiktiraf wahabi/salafi sebagai kfahaman dlm Islam..

    ada juga sebahagian dari mereka menolak 4 mazhab,tatapi mereka follow ulama mereka,dlm masalah fiqah....

    ReplyDelete
  5. Wahabbi or salafi ni, mereka tak ada mazhab, mereka ambil hadis sohih lalu buat hukum ikut kepala mereka... itulah yg sesat.. zaman kita sudah terlalu jauh dgn zaman Rasulullah maka, kena takliq kpd salah satu mazhab.. sbb mereka org2 bijak..

    ReplyDelete
  6. http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Wahabi

    ReplyDelete
  7. jadi apa penyelesaiannya saudara??

    ReplyDelete
  8. la kenapa nak ikut akidah asyairah plak..
    nape tak ikut aqidah yang benar , sapa lg akidah yang benar kalau bukan akidah para sahabat r.anhum.
    Agak2 lq sikit..Tak sorang pun mazhab yg ikut mazhab asyairah...
    sapalah yg layak untuk diikuti dalam aqidah kalau bukan sahabat.
    takkan nak ikut sahabat dalam akhlak ja kot

    ReplyDelete
  9. Bila kita nk pastikan sapa yg sesat ni...kita mmg x tahu...tp jgnlah sampai kita mengkafirkan atau mengatakan org ni sesat. Kita pun blum tentu selamat kt akhirat sana. Sbb yg tahu akan seseorang tu Allah je. Ad org buat mcm tu sbb nk rosakkan islam...tp ad org sbb jahil. Mcm kita2 dulu...kita pun percaya...tak lama kemudian. Bru kita thu. Sbb tu kena saling ingt mengingatkan...

    ReplyDelete
  10. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  11. Hafizkilaublog ni kata penulis lain mengunakan Geogle untuk hujah hujah mereka tentang kepercayaan ugama.Saya nak Tanya sipenulis gunakan spa?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..benar tu,malahan ada pulak puak wahabiyyah nie mempertikaikan sifat20 yg diteraskan oleh imam abu hassan as-sya'ari dan adu mansur al-mutariddiah yg berpegang pada imam 4mazhab..malahan mereka lupa atau saje tak faham dalam surah al-Ikhlas bahawa Allah ada menyenbuk "al-somad" dan dalam sifat20 pun ada perkataan somad..??

    ReplyDelete
  13. Warung Poker 188 Adalah salah satu situs judi dengan jenis poker dan domino yang berbasis IDN,Sudah tidak diragukan lagi untuk kepercayaan dan kemenangan yang didapat dari seluruh member yang menjadi pemain setia di situs kami.

    *1 User ID 7 Permainan:
    - Poker
    - Domino
    - Ceme
    - Capsa
    - Ceme Keliling
    - Super Ten
    - Omaha

    *Minimal deposit & withdraw
    - Minimal Deposit 10.000
    - Minimal Withdraw 50.000

    *Bonus Terbesar
    - Bonus New Member 10.000
    - Bonus Deposit Harian 5.000
    - Bonus Rollingan/Turn Over 0.3%
    - Bonus Referral 10%

    *Link Utama :
    - jagatpoker88.com

    *Link Alternatif :
    - jagatpoker88.life
    - jagatpoker88.site
    - jagatpoker88.com

    ReplyDelete
  14. ZUMA POKER Merupakan Penyedia Agen Situs Game Online Yang Memberikan Berbagai Macam Permainan Seperti Poker Yang Deposit Menggunakan Pulsa Telkomsel Dan XL Yang Ada Di Indonesia.

    *User ID 7 Permainan:
    - Poker
    - Domino
    - Ceme
    - Capsa
    - Ceme Keliling
    - Super Ten
    - Omaha

    *Minimal deposit & withdraw
    - Minimal Deposit 25.000 ( Rekening)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( Rekening)

    - Minimal Deposit 10.000 ( VIA PULSA)
    - Minimal Withdraw 50.000 ( VIA PULSA)

    *Bonus Terbesar
    - Bonus New Member 30% , minimal deposit 25.000*)
    - Bonus Deposit Harian 10%
    - Bonus Rollingan/Turn Over 0.3%
    - Bonus Referral 10%
    - Turnament Turn Over Bulanan
    (Hadiah Sepeda Motor, Handphone, Dan Chip)
    - Turnament Turn Over Harian
    (Hadiah Chip Melimpah)

    Zuma Poker :

    zumapokers .site
    zumapokers .club
    zumapokers .life
    zumapokers .info

    ReplyDelete
  15. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...