.........................................Popular post..............................................

There was an error in this gadget

Friday, 26 August 2011

Tahajud cinta bersama bini atau Tahajud di masjid di mlm Lailatulqadar

Jika kita pulun buat amal setiap malam insyaAllah pasti kita akan menjumpai Lailaturqadar. Jika sudah Tahajjud menjadi makanan kita tiap-tiap hari insyaAllah Allah taala dgn rahmatnya akan mengurniakan sebesar-besar pahala kpd kita di malam Lailaturqadar. Tak perlulah kita meramal kapan Lailaturqadar akan berlaku. kita pulun buat amal setiap malam dan kita pulun buat dakwah setiap siang. Kita hamba Allah di mlm hari, kita Dae Allah di siang hari. Di siang hari, kita menyeru manusia kpd Allah dan di mlm hari pula kita menyeru Allah taala kpd kita. Di bulan mulia ini jgn kita tukarkan di mlm hari kita mkn di siang hari kita tidur, mmg tak jumpa la Lailaturqaddar. Tetapi sayang seribu sayang di penghujung Ramadhan makin kurang org solat di Masjid. Makin sibuk manusia membuat persiapan raya. Rela duduk di rumah, buat kuih raya drpd bersolat di masjid. MasyaAllah, betul la manusia ni solat semata-mata kerana adat. Time start puasa dulu berbondong-bondong manusia datang ke masjid. Tp lain pula keadaannya di penhujung ramadhan. Makin slow manusia datang. Mcm ni muka nak dapat Lailaturqaddar? Walhal 10 mlm terakhir Nabi s.a.w iktikaf ke masjid. Maknanya semua lelaki harus iktikaf di masjid utk dapat Lailaturqadar bkn iktikaf di rumah bersama bini. Bkn jasad kita yg bangkit dulu di katil, benda lain pulak yg bangkit dulu. MasyaAllah last-last tak jadi Tahajjud di sejadah, terjadi pulak tahajjud cinta di katil. Bkn nak kata haram bertahajjud cinta di malam lailaturqadar, mudah-mudahan dapat la anak yg soleh solehah tetapi rugi la tuan-tuan. Benda ni kita boleh buat di lain malam. InsyaAllah utk mengelakkan nafsu kita bangkit di malam hari, Tahajjud la di masjid. Sy faham di siang hari sudah puas tahan nafsu hehe. Kita iktikaf dulu di masjid kemudian kita bertahajjud. Tahajjud di rumah ni biar la org perempuan saja. Rumah dia tu masjid dia insyaAllah.
Menurut Maulana Sulaiman Khatani, hari ini kita sudah terbalikkan proses dakwah dan ibadah di bulan Ramadhan. Karkun-karkun sibuk beribadah nangis-nangis di bulan Ramadhan walhal kerja dakwah mati. Ghast kemana, khuruj kemana, semua tunggang langgang. Amal masjid berkurang dengan bnyknya. Walhal, di zaman Rasulullah sendiri, jamaah dikeluarkan dgn dasyatnya bahkan Perang Badar berlaku di bulan puasa. MasyaAllah bangun tuan-tuan bnykkan dakwah bnykkan korban di bulan Ramadhan. Pahala Lailatulqadar hanya menyamai 1000 bulan sahaja tetapi pahala org yg keluar di jalan Allah paling kurang 49 juta kali !!! jika dah kawin. Org yg tidur di jalan Allah sahaja, pahalanya jauh lebih bnyk dari org yg beribadah sepanjang malam di bulan Lailatulqadar masyaAllah. Apa tuan-tuan sudah lupa fadhilat yg sering tuan-tuan sebut dlm 6 perkara atau 6 sifat?
·         Sepagi dan sepetang di jalan Allah lebih baik drpd dunia dan seisinya. Maknanya jika pun kita wakafkan segala-gala harta kita apa yg ada di 7 petala langit dan 7 petala bumi, itu pun tak cukup mahu lawan pahala org yg keluar khuruj dr pg smpi petang saja.
·         Seketika di jalan Allah lebih afdal drpd sujud di hadapan Hajar aswad di malam Lailatulqadar.
MasyaAllah bayangkan kalau kita bertemu Lailatulqadar di jalan Allah. Pasti dan pasti apa yg kita hajatkan Allah bagi. Mahu kawen mintak time ni la. Saya tau, saya pun karkun bujang jgk. Kenal dah akal karkun muda haha. Dok kalut nk cari ahlia yg bernikab jugak. InsyaAllah minta pada Allah. Usah pegi kpd asbab dahulu. Jgn gopoh. Pergi kpd Allah dulu. InsyaAllah Allah simpan karkunah tu utk kita. Kalau tak dapat jgk usah frust, Allah mahu bg lg baik. MasyaAllah aku pun minat sorg karkunah ni hehe. Aku harap aku pun boleh dapat dia. Perasaan takut frust pun ada jgk. Minta pada Allah insyaAllah, serah pd Allah insyaAllah tahu la Allah buat nanti. Aku ckp benda ni utk diri aku. Bila aku baca balik post ni aku teringat balik kata-kata aku. Sbb tu aku tulis blog supaya bila aku baca blk tulisan aku, aku la ingat blk ayat-ayat power aku hehe.. al maklumlah kita ni manusia lemah. Nk bukak mata dgr bayan yg bosan pun kita tak mampu walaupun sudah kerah seluruh kudrat utk disalurkan kpd otot-otot mata. Allah nk tunjuk hebat mcm mana pun kita kalau dah ngantuk sgt mmg tido la. Bayan la berapi mana pun. Kita lemah. Kita tak mampu pun mahu tahan ngantuk apatah lg mahu pegang hati satu org perempuan yg kita suka. Minta pada Allah insyaAllah. Karkun yg dah kawen tu, igt tahajjud di masjid pd 10 mlm akhir bukan tahhajud cinta bersama bini di tempat tidur hehe. Lupa nk pesan bg yg bujang-bujang ni afdal kita doa minta temu jodoh yg sesuai, nanti tahu la Allah pilih utk kita. Selalunya pilihan kita tak berapa sesuai, pilihan Allah pasti dan pasti sesuai insyaAllah

1 comment:

  1. macam-macam ragam dalam bulan puasa ni. haih. dulu surau saya magrib ramai org subuh hidayat sikit. puasa je terus tukar shift, subuh pulak meriah semacam.

    ingat lagi pesanan karkun warga emas awwalin di halaqah saya. "farid, sebelum kahwin dgn anak orang. kahwin dgn tabligh 4 bulan dahulu"
    hehe..

    doa insyallah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...