.........................................Popular post..............................................

Saturday 13 August 2011

Bila pena bergerak laju atas kitab dan kaki2 jemaah berhenti bergerak

                                        



Zaman silih berganti, semakin lama semakin   jauh dgn zaman nabi. Sudah 1400 tahun lebih tidak ada nabi di atas muka bumi ini. Manusia makin jauh dgn agama. Dahulu, pergerakan kaki-kaki sahabat telah menyebabkan Allah suka. Asbab Allah suka, Allah sebarkan hidayah ke serata alam. Lihat saja tanah arab yg dahulunya dipenuhi dgn manusia jahiliyah, yg menyembah 360 berhala termasuk patung Latta dan Uzza. Latta dan Uzza asalnya sepasang kekasih yg berzina di tepi kaabah lalu Allah tukarkan mereka menjadi batu. Patung itu lalu mereka sembah dijadikan tuhan. Mereka juga tawaf kaabah smbil berbogel, membunuh anak perempuan dan kedudukan wanita tidak lebih Cuma sebagai hamba seks. Dlm keadaan masyarakat seperti ini, Rasulullah telah dihantar utk mereka kenal siapa itu Allah. Rasulullah diterajang, dihina, dibaling batu, diludah, dimaki dihamun, diletakkan perut unta di atas kepala dan sebagainya. Asbab ketabahan nabi, asbab doa hidayah nabi, asbab korban nabi maka 124000 org sahabat telah dipilih sebagai pembantu nabi dlm kerja dakwah.
Sahabat telah mengunakan segala harta, segala tenaga, bahkan segala keperluan diri semata-mata utk agama. Mereka telah bergerak khuruj ke serata dunia. Mereka berjalan dan berjalan dan berjalan smpi tapak kaki mereka menjadi tebal, smpi kulit yg tebal itu terkopak, smpi darah merah mengalir di jalanan, mereka masih berjalan demi utk menyebarkan dakwah ke China, ke Sepanyol, Ke India dan sebagainya. Yg terkorban di tgh jalan pun bnyk tetapi mereka terus bergerak utk agama. Asbab korban mereka yg terlalu tinggi, maka Allah bergembira dgn tertib ini, bkn saja seluruh semenanjung arab Allah Islamkan, bahkan Allah sebarkan hidayah ke seluruh dunia.
Hari ini telah berlaku salah faham dlm agama. Bnyk ustaz memakai hadis seperti “mereka yg terbaik adalah mereka yg belajar dan mengajar” maka semua org pakat duduk dlm masjid belajar ilmu. Ulamak tak mahu keluar masjid atas maksud dakwah cara nabi. Maka pena-pena telah berjalan di atas kitab. Kaki-kaki jemaah sudah berhenti berjalan. Kaki-kaki lebih suka bersila dlm masjid. Maka akibatnya hidayah terhenti. 
Ketahuilah sahabat2 sekalian, Ketika zaman Abu Bakar, bnyk ulamak dan hafiz-hafiz Quran telah syahid dlm usaha dakwah. Semua Ulamak keluar Khuruj sampaikan Abu Bakar terpaksa mengumpul kembali Al-Quran dlm bentuk tulisan. Maksud di sini bkn pentingnya pembelajaran Al-Quran, maksud yg mahu ditunjukkan di sini adalah ulamak juga mesti keluar Khuruj. Mereka ibarat awan yg menyiram hujan di tanah2 tandus bkn ibarat perigi yg dikelilingi manusia utk ambil air. 
Zaman sahabat Ulamak semua khuruj Fisabilillah tetapi zaman kita ulamak semua duduk dlm masjid. Semua pentingkan ilmu semata, semua pakat sibuk karang kitab. Walhal perkara Iman jauh lebih berat. Bahkan Umar pernah menghalang Muaz bin Jabbal utk Khuruj kerana sudah tidak ada ulamak hukum atau fekah yg pakar dlm Madinah sebagai sumber rujukan. Abu Bakar sebagai Khalifah berkata, “Aku tidak akan menghalangi sesiapa pun utk khuruj di jalan Allah. MasyaAllah tgklah tuan2 betapa dlmnya faham Abu Bakar as-Siddiq. Taklim Wal Taklum jatuh no 2. Pertama adalah dakwah, diikuti Taklim Wal taklum(belajar dan mengajar), seterusnya ibadah dan khidmat. Ilmu penting, tetapi dakwah lebih penting. Kaki-kaki jemaah perlu bergerak lebih laju dr pena-pena di atas kitab barulah hidayah Allah tersebar ke seluruh pelusuk alam. Atas maksud ini saya menyeru semua ulamak utk keluar di jalan Allah. 
Bkn saya suruh tinggalkan kitab, saya menyeru supaya bnyk bergerak mengajak manusia sambil mengarang kitab. Rasullullah merupakan manusia paling alim bahkan paling mulia. Apakah mulia sgt kita duduk di hadapan berceramah sahaja di hadapan ummat sedangkan nabi sendiri turun mengetuk setiap pintu utk smpikan agama kpd Ummat. Ayuh para ulamak sekalian, sahutlah seruan dakwah nabi. Anda stering kami. Kami org awam. Tanpa stering kami pasti terbabas. Begitulah anda, tanpa kami sebagai enjin maka pasti kereta tidak berjalan InsyaAllah.

3 comments:

  1. nasihat syiekh saad kpd jemaah ulama dari mekah dan madinanh,time haji tahun lepas,katanya,memadai sudah klo barisan sohbah ulama2 kini ,mereka berdoa dan insirah sadar(berlapang dada dlm perkara dkwah taligh kpd jemaah tabligh)mereka memuji,mereka menyeru umat kpd gerakan tabligh,ini sudah memadai...

    karkhuzari dari rusia,uzbekistan dan turmenistan,karkhuzari di smpaikan oleh ustaz hamzah sri petaling kpd kami,org jitra,katanya,di sana,mufti2 mereka menyokong penuh dakwah tabligh ni,wlupun mereka tidak pernah ikut sertamtp mereka menyatakan sekongan mereka ...mereka di beri kesemptan berckp dlm tv,mereka kempen habisan2 rakyat mereka supay ikuti dakwah tabligh di negera mereka...

    semoga di negara kita yg tercinta,kita diberi ilmu hikmah supaya bersgka baik dan menunjuk akhlak terpuji kpd ulama2...mereka lah yg fhm agama,merka berkorban belajar ilmu ilahi,bertahun2,siapa lah saya...ini,yg jahil lagi dhoif dan hina....

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah..smoga Allah taala pilih kita lagi dan lagi..

    ReplyDelete
  3. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...