.........................................Popular post..............................................

Monday 2 May 2011

perbezaan dakwah dan tabligh

      Akhir2 ini kita sering dikelirukan perbezaan dakwah dan tabligh,Dakwah maksud ringkasnya adalah mengajak. Dakwah bermaksud kita menyebut kebesaran Allah kpd ummat berulang2 kali.. kesan dr dakwah ialah kita sudah sanggup korbankan diri dan harta kita utk agama Allah pd bila2 masa takaza dibentangkan. apa yg dimaksudkan hakikat dakwah? Apabila kita sudah terbiasa menyebut kebesaran Allah lg dan lg, iman akan meningkat.. segala apa yg kita sebut akan masuk ke dlm hati.. lalu kebesaran Allah yg kita ckp2kan selalu terpahat dlm hati..kesannya iman yaken terhadap perkara ghaib akan meningkat.. yg kedua adalah kita sudah mampu utk buat pengorbanan keluar di jln Allah jauh2.. tinggalkan harta, kerja, anak dan isteri semata2 atas maksud kerja dakwah ikut takaza bila2 masa.. itulah dakwah.. semua wajib buat dakwah.. tetapi tidak semua wajib buat tabligh.. apakah maksud tabligh? tabligh membawa maksud taklim wal taklum, atau belajar dan mengajar atau maksud ringkas mengajar ilmu agama.. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz2, alim, dan ulamak.. tabligh bermaksud menyampaikan ilmu kpd ummat. Sgt berbeza dgn dakwah.. dakwah wajib utk semua tetapi tabligh wajib disampaikan oleh golongan berilmu..
           Hari ini telah berlaku salah faham dlm masyarakat, kebanyakan para alim berkata mereka sudah berdakwah kpd manusia tetapi hakikatnya mereka hanya bertabligh.. dakwah adalah utk iman manakala tabligh adalah utk ilmu. Hari ini mana2 surau ada majlis ilmu tetapi tidak ada usaha dakwah secara berjamaah.. Maka umat hari ini yg dtg ke surau adalah mereka yg mahukan kpd agama shj, tiada siapa yg dakwah mereka yg tidak mahu kpd agama utk ke surau.. maka agama mati hari ini.. Dakwah pula mesti ikut tertib yg ditunjukkan Rasulullah. Bagaimana tertib Rasulullah dan sahabat? Itulah tertib yg ditunjukkan oleh jamaah tabligh di seluruh dunia. Jamaah ini org yg gelarkan tabligh, bkn jamaah ini menggelarkan diri mrk sbg tabligh kerana jamaah ini melakukan sebenarnya dakwah bknnya tabligh. org yg menggelarkan jamaah ini sebagai jamaah tabligh. Maulana Ilyas yg menghidupkan kembali tertib dakwah cr baginda Muhammad s.a.w. menggelarkan jamaah ini sebagah jamaah yg usaha atas iman. dakwah utk diri sendiri utk iman sendiri, bkn utk org lain. Tertib dakwah cara nabi ini sudah lama mati sejak zaman kerajaan Uthmaniah lg. Mereka hanya pentingkan ilmu semata2 maka dakwah mereka tinggalkan, lalu Allah hantar gol monggolia dan Nasrani musnahkan kerajaan Islam gah tersebut.
             Tetapi sekitar 1940 an usaha dakwah yg sebiji cara Rasulullah dihidupkan semula oleh Maulana Ilyas Rahimatullah.. Sehinggalah sekarang Jamaah bergerak di seluruh dunia.. manusia berduyun2 masuk Islam apabila jamaah sudah sanggup bg masa utk agama dan atas maksud kerja dakwah mereka sudah sanggup korbankan kemahuan diri, isteri dan anak2 atas maksud agama Allah, asbab korban mereka Allah sebarkan hidayah ke seluruh alam.. Tetapi di Malaysia usaha dakwah ini berjalan sgt lmbat kerana org Malaysia masih ramai yg tidak sanggup korbankan masa utk agama. Halangan lain adalah fahaman Ikhwan muslimin yg sgt berleluasa, fahaman mereka semata2 ingin merampas kuasa drpd kerajaan utk menegakkan hukum Allah.. tetapi dakwah langsung mereka tinggalkan maka tiada bantuan Allah dlm kerja mereka. Bagaimanakah tertib yg paling betul? Rasulullah sudah tunjukkan lama dulu, Kerja Dakwah yg nabi tunjuk ada 1 set..Mesti ada Jemaah dlm masjid dan jemaah luar masjid. salah satu tertibnya adalah semasa berjalannya ghash, satu jemaah dibentuk, salah seorg akan bercakap tentang kebesaran Allah di hadapan manakala yg lain akan memperdengarkannya.. kemudian jemaah di luar akan dibentuk utk memanggil umat drpd pintu ke pintu2, lorong ke lorong, ajak mereka ke masjid utk memperdengarkan kebesaran Allah.. kemudian dlm masjid ada seorg yg penyambut tetamu, mengajak org dlm di masjid dtg kpd majlis yg menyebut kebesaran Allah, dan ada satu org yg berzikir supaya memberi kekuatan terhadap jemaah di luar.. inilah set dakwah yg nabi tunjuk.. sgt strategik.
             Kalau dlm politik kita punya organisasi yg strtegik utk menarik undi org begitu juga dgn dakwah harus ada strategi yg baik sebiji dgn cara Rasulullah dan para sahabat.. Walaupun kita ada fb dan blog, kita ajak umat dtg kpd Allah yakenlah kita belum buat dakwah lg.. Ini sajalah cara baginda. Kalau cara solat, puasa,zakat dan haji kita setuju ikut cara Muhammad apakah apabila medium utk smpikan agama yakni dakwah kita setuju ikut cara yahudi dan nasrani? sedang sekecil2 perkara seperti ke tandas dan cara mkn pun baginda tunjuk cara baginda kpd kita tiba2, perkara besar seperti dakwah kita cakap baginda tidak tunjuk cara baginda kpd kita? umat jenis apa kita ni apabila tiba2 keluar drpd mulut kita kita bebas dlm dakwah? alasan mereka merujuk ayat ini " dakwahkanlah dgn jalan hikmah dan sabar"? siapa kita utk suka2 tafsirkan ayat ini? sy mahu tanya adakah cara lain paling hikmah drpd cara Rasulullah? yakenlah dakwah pun nabi tunjuk sunnah baginda kita.. Ikut sunnah insyaAllah pasti ada kejayaan.
            Rasulullah telah wariskan 2 perkara kpd kita.. iaitu ilmu baginda dan kerja baginda. Ilmu baginda diwariskan kpd para alim ulamak manakala kerja baginda iaitu kerja dakwah baginda wariskan kpd seluruh umat baginda. Maka wajib kita buat dakwah dan wajib dakwah kita semirip cara Rasulullah. Ilmu tanpa iman tiada gunanya. Pengetahuan sudah smpi di kepala kita tetapi apabila tiada iman tiada yaken terhadap Allah maka kita akan lemah utk beramal.. maka apa gunaya ilmu agama yg kita pelajari bnyk kalau usaha atas iman kita tidak buat? Iman meningkat apabila kita buat dakwah cr Rasullullah. Lg satu perkara apabila kita ckpkan kebesaran Allah kpd umat, kita mesti niatkan percakapan kita utk diri sendiri dan bkn utk tarbiah org.. jika kita dakwah niat utk tarbiah org lain maka kita sendiri tidak akan dpt hidayah apatah lg org yg didakwah.. Tuan2 segala apaya yg sy tulis dlm blog sy ini bkn dakwah sy terhadap tuan2.. semata perkataan sy ttg agama Allah yg mulia shj.. dakwah hanya sa nya cr Rasulullah diterima Allah.. ini bkn dakwah sy..ini semata2 tulisan sy bg membetulkan salah faham ummat ttg tabilgh dan dakwah.. InsyaAllah segala apa yg kita baca dan kita dgr kita doa kpd Allah agar Allah beri kita kekuatan dan kesanggupan utk amalkan.. Ikutlah sunnah pasti ada kejayaan..InsyaAllah..

22 comments:

  1. masyallah..kefahaman yg mendalam tentang dakwah dan tabligh..Alhamdulillah..atas maksud ini kte mau usahakan atas iman..xsemestinya usaha atas iman perlu khuruj..tetapi nabi saw telah ajar sahabat2 utk usaha atas iman dengan memperbanyakkan ucapan kalimah laailaahaillallah!!(aukamakola)wallahi,Allah akan tingkatkan iman kita..inilah seruan semua anbia',sahabat2 utk ummat..amat malang skali skng apabila org yg buat dakwah sendiri leka,ditipu syaitan,lupa utk secara praktikalnya perbanyakkan muzakarah kalimah laailaahaillallah(makhluk xde kuasa,Allah maha kuasa)..inilah punca utama ramai dikalangan rakan2 seusaha kita semakin 'slow' dlm usaha agama kerana tidak perbaharui iman..wallahua'lam..

    ReplyDelete
  2. Pd zaman sebelum Rasulullah lahir, cara para abid meningkatkan iman adalah dgn zikir, yakni kalimah Lailahaillallah, tetapi apabila lahir sj Rasulullah, seluruh umat telah diwajibkan dgn mendakwahkan kalimah ini kerana dgn kita mendakwahkan kalimah Lailahaillallah iman akan meningkat pantas. Dgn zikir Iman meningkat perlahan sehinggakan para abid yg berzikir ribuan tahun sehingga akar pokok melilit tgn, barulah iman meninggkat sedikit.. Logiknya dgn umur kita yg pendek2 zikir kalimah belum memadai utk mengatasi jum iman mereka.. Rasulullah sudah tunjuk dgn dakwah iman meningkat pantas.. itulah kelebihan umat Muhammad.. perantaran kita bercakap kebesaran Allah Iman yaken terhadap perkara ghaib meningkat.. dgn kita korban masa dan harta dgn jln Mujahadah itulah benda paling mahal utk dpt Iman InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. perkara plg asas dalam agama adalah iman.ia seperti akar pd pokok.apabila akar elok,maka pokok akan elok keseluruhan.bila dahan xelok,benda yg perlu dirawat ialah akarnya.begitulah agama kita.bila ada perkara2 yg xelok dlm amalan kita,benda yg perlu diperbaiki adalah iman kita.apabila iman elok,maka ibadat,muamalat,muasyarat,akhlak akan elok berlandaskan cara nabi saw.maka berkara utama yg perlu diusahakan ialah iman.bukannya solat,ilmu zikir, ikram,ikhlas,korban diri harta dijalan allah.Allah swt berfirman,"wahai org2 beriman,takutilah Allah dgn bercakap perkataan yg benar(lailahaillallah),maka Allah akan islah dirimu amalan2mu dan Allah ampuni dosa2mu" nabi saw sentiasa peringatkan sahabat2 agar perbanyakkan percakapan lailahaillallah.maulana ilyas rah. apabila ditanya nama usaha agama ini,beliau ckp kalau nak dinamakan,namanya ialah usaha atas iman.dan maulana ilyas ketika menyusun abad usul usaha ini,beliau telah letakkan perbanyakkan dakwah sebagai ibu segala usul yakni bykkan dakwah illallah (nafi makhluk isbat Allah).maka umat perlu buat keputusan utk jadikan kerja dakwah sbg maksud hidup.umat belum buat keputusan apbila percakapan mereka hari2 malam siang bukan percakapan lailahaillallah even seorang karkun bg masa 4b/tahun.mereka telah buat keputusan apbila harian mereka mlm siang mereka seru pd kalimah lailahaillallah seperti semua anbia',nabi saw'dan para sahabat walaupn baru keluar 3h.inilah kehidupan seorang daie.wallahi bukan semua karkun ialah daie.even bg masa 4b/tahun juga,apabila percakapan xbykkan cakap lailahaillallah juga bukan daie.inilah perkara asas pd agama.sahabat2 bila masuk islam,mereka diajar nabi supaya bykkan muzakarah nafi makhluk isbat Allah.sehingga iman mereka sgt2 kuat,sehingga solat mereka jd manis,korban mereka pn jd manis.sebaliknya kita secara umum,byk cakap,tetapi xbyk muzakarah iman,so,karkun2 yg da lama buat tabliigh pn,xdpt jaga solat dhuha.wallahi umat kesemuanya perlu buat keputusan jdkan malam siang hari2 dgn percakapan lailahaillallah.Allah swt bersumpah "demi masa! semua manusia(maulana,ulama',karkun 4b/tahun,org kaya,miskin,dll) dalam KERUGIAN.melainkan yg BERIMAN, BERAMAL SOLEH, BERPESAN2 PD PERKARA YG HAQ (LAILAHAILLALLAH), BERPESAN2 DGN KESABARAN (istiqomah hatta byk ujian yg Allah bg)".nabi saw pernah bersabda "perbanyakkanlah percakapan lailahaillallah sehingga org panggil kamu gila"aukamaqola.hny dgn bykkan cakap kalimah,jdkan hari2 malam siang seru pd kalimah shj akan menguatkan iman.persoalan yg nak ditimbulkan disini setelah byk zihin,targhib,bayan utk tgkatkan iman:

    ReplyDelete
  4. 1.dimanakah PRAKTIKALNYA percakapan lailahaillallah?kalau ada pun terlalu sedikit,kebanyakan masa bualkan perkara ghairullah.ulama' bgtaw ckap dunia dlm msjd lebih hina dari ckp dunia di pasar.jd asbab Allah singkirkan dari usaha agama.conclusion kita perlu bykkan cakap lailahaillallah.

    2.secara praktikalnya,apakah PERKARA UTAMA yg kita usahakan sepanjang kita ikut jemaah?iman,solat,ilmu zikir,ikram,ikhlas,korban diri harta dijln Allah?kalo solat,bila kita penat,maka solat akan lemah smula.kalo ilmu zikir,bila kita xde masa,ilmu zikir kita tinggal.kalo ikram,bila Allah tarik mkhluk dari kita,kita da xleh da nak ikram.kalo ikhlas,xde makhluk da xjd ikhlas.kalo korban diri harta dijalan Allah,bila xdak masa da xmau kluar.kalau jawapannya iman,maka kesemua akan Allah swt islahkan,tetapi adakah betul cara kita usahakannya?maulana ilyas ckp,cara usahakan iman ada 3,no1 bykkan dakwah nafi makhluk isbat Allah,no2 bila org ckp lailahaillallah,dgr dgn tawajuh serta membenarkan,no3 seprti seorg fakir,mintak iman dari Allah.conclusion,kita perlu bykkan cakap lailahaillallah.

    3.mengapa kita byk sediakan org utk keluar,tetapi bila mereka keluar,kita xsediakan mereka jd daie(hari2 malam siang cakap kalimah lailahaillallah)ini kerana kita sendiri pn xfaham ttg usaha agama kerana kita pn sangat kurang muzakarah iman(xbyk cakap lailahaillallah) menjadi asbab mereka hny keluar sekali atau 2kali shj,ble taskil lain,mereka tolak dgn 1001 mcm alasan.berbeza dgn nabi saw,bila taskil sahabat masuk islam,nabi terus sediakan sabahat2 jd daie(hari2 malam siang nafi makhluk isbat Allah)dan sahabat2 punya iman terus jd menggunung.conclusion,kita perlu bykkan cakap lailahaillallah.

    4.adakah HANYA DENGAN keluar,g india,gayst,khususi dpt tingkatkan iman?jikalau begitu sgt kesian kaum hawa.iman mereka xboleh meningkat krn mereka xleh keluar(keluar jarang2,kalau ada anak kecik xleh keluar),xleh bwt gayst,xleh bwt khususi,dll.kerana itulah nabi saw sering sediakan sahabat2 utk bykkan kalimah lailahaillallah.dah kuat iman pn kene cakap lg.dah jamin syurga pn kene bykkan ckp lg.then sahabat pulang rumah,mereka sediakan anak isteri utk cakap kalimah supaya iman mereka menggunung.isteri sediakan anak2 utk cakap kalimah spy xtakut apa2 selain Allah.di pasar2 hidup percakapan lailahaillallah.balik pd kita,masa khuruj pn kita jarang2 cakap lailahaillallah,mcm mana nak bwk p pasar?mcm mana nak bwk p balik kat anak bini.so bini n anak2 xdptlah nak tingkatkan iman.conclusion,kita perlu bykkan cakap lailahaillallah.

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  5. benar..mmg kita perlu perbanyakkan percakapan lailahaillallah.. tetapi yg dimaksudkan percakapan lailahaillallah itu adalah mafhum kalimah.. nafi makhluk isbat Allah.. itulah dakwah sebenarnya.. Allah tidak sebut Zikrin yakni zikir.. tetapi Allah sebut Qaulan iaitu percakapan mahfum kalimah lailahaillallah... sama juga dgn zikir.. bezanya dakwah kita ckp kat kpd org lain tetapi zikir kita puji Allah sorg2.. cuma kesan dakwah lebih drpd zikir.. apabila kita duduk sorg2 afdal zikir drpd ckp sia2.. ataupun muzakarah iman..itu lebih baik.. cuma apabila ada takaza dakwah atau Ijtimae ulamak galakkan tggl infradi kita sertai ijtimae.. kita mesti yaken dgn dakwah cara Muhammad Iman meningkat pantas, dgn kita khuruj Iman meningkat pantas.. mmg dgn percakapan kalimah Iman juga meningkat..tetapi sekadadar ckp mahfum kalimah Lailahaillallah tanpa korban tanpa ada rasa susah payah utk agama.. percayalah kita mesti kantoi juga.. Perbanyakkan keluar InsyaAllah anda pasti faham.. usaha ini sgt halus.. masa khuruj jgn kita cr buruk org buruk usaha ini, kita keluar dgn niat perbaiki diri InsyaAllah Allah tarbiah kita.. sy pun faham apa yg saudara katakan masa permulaan sy buat usaha ini.. mmg dgn berkata ttg kebesaran Allah Iman meningkat.. tetapi mesti tambah korban diri dan harta.. keluar jauh2.. InsyaAllah Allah cmpkkan kefahaman Agama :-) Lg stu usaha org perempuan adalah dgn dakwah kalimah juga.. ckp kebesaran Allah, mereka juga mesti ada korban diri dan harta.. seperti zaman sahabat.. iaitu sanggup ditinggalkan oleh suami.. sanggup tahan caci maki org lain.. itulah mujahadah org perempuan dlm usaha agama ini InsyaAllah follow bulat2 sahaja sahabat pasti ada kejayaan..

    ReplyDelete
  6. apabila iman meningkat,maka korban diri harta pn akan meningkat.

    kita kembali pd kisah2 sahabat bagaimana Allah tarbiah iman mereka sehingga mereka sanggup gadaikan segala2nya..bila byk seru pd kalimah seperti sahabat2 maka iman meningkat,maka korban diri harta juga meningkat.sahabat2 13 tahun diasah hanya dgn iman.tidak dgn amal,tidak dgn khuruj jauh2.HANYA dgn iman shj.nabi saw ajar pagi ptg siang malam seru pd kalimah,muzakarah kalimah.abdullah bin rawahah,bila jumpak org je,mesti ajak muzakarah iman.

    suasana ni hidup di masjid,market,rumah2 mrk.maka iman mereka menggunung.apabila di taskil utk hijrah ke kota madinah,maka mereka sedia utk tggalkan segala2nya.sedia tinggalkan keluarga,rumah,kebun,segalanya yg mereka cinta.org yg paling kuat iman adalah org yg plg byk korban.yakni abu bakr ra.dikalangan sahabat,beliau lah yg plg tinggi imannya.kerana itu lah korbannya paling tinggi.bkan kerana korban,iman meningkat,tetapi kerana iman lah,korban meningkat.

    bukan maksud saya katakan ini supaya tidak khuruj,tetapi ada perkara yg lebih utama lg utk diusaha kan iaitu iman(perbanyakkan mafhum kalimah lailahaillallah).bila iman kuat,anytime takaza boleh sambut.pergi khuruj jauh2 sebar kalimah ikut takaza dan mesyrt.

    bila iman lemah,1001macam alasan akan diberi utk elakkan diri dari khuruj.

    wanita yg lelakinya slack,xkeluar,bagaimana mereka nak tingkatkan iman?

    adakah hny wanita yg kena tomahan shj iman meningkat?bagaimana wanita2 bujang yg xkawin lg?

    ayat quran yg dikatakan mujahadah itu,yg diterangkan oleh maulana husnul ada 2.
    1.perang
    2.jihad meninggikan kalimah lailahaillallah.

    mujahadah ke2 ni la yg perlu umat jadikan maksud hidup.istilah khuruj utk 'cas iman' salah sama skali.disebabkan nabi saw tegaskan utk usahakan atas iman hari2 dgn perbanyakkan mafhum kalimah lailahaillallah bukannya bila khuruj shj cas iman.

    bilal ra,ketika masuk islam,maka nabi telah sediakan beliau utk seru,muzakarah mafhum kalimah.maka setelah iman menggunung,baru beliau diseksa,dan terasa kemanisan iman.mujahadahnya bukan apabila diseksa.tetapi apabila beliau seru pd kalimah.

    ini lah mujahadah umat yg plg tinggi iaitu seru pd kalimah hari2 malam siang.bukannya khuruj.

    perkara ini sangat2 difahami oleh abu jahal laknatullah.dia faham apabila dia seru pd kalimah,dia terpaksa tinggalkan segala2nya..SEGALA-GALANYA..

    inilah kemuliaan umat dan mujahadah umat yg plg tggi..

    bukannya khuruj,khuruj hny 1/3 dari masa kita..selebihnya 2/3 masa??bagaimana??maka usaha atas iman yg plg pokok adalah hari2 mlm siang seru pd kalimah lailahaillallah..

    jd marilah semua umat kita ikut nasihat nabi saw dgn kita praktikkan malam siang kita bykkan ckp kalimah lailahaillallah..

    ReplyDelete
  7. sahabat2 mereka x diajar nabi utk khuruj pd awalnya.nabi ajar mereka buat apa yg nabi buat.iaitu hari2 malam siang seru pada mafhum kalimah."ya aiyuhannas,kulu lailahaillallah tuflihu"aukamaqola.

    inilah korban yg plg tggi krna mereka terpaksa tinggalkan kecintaan pd segala2nya.dan mereka terus lagi dan lagi muzakarah iman sehingga iman mereka menggunung.

    lantas bila ada takaza utk khuruj,xde sorang sahabat pn yg tolak takaza dgn alasan.

    ini disebabkan iman mereka telah diasah dgn mereka bykkan mafhum kalimah lailahaillallah pd hari2 kehidupan mereka di masjid,pasar kebun,rumah.

    inilah cara islah umat nabi saw.dan tiada lg cara islah utk umat skng hanyasanya cara yg Allah telah tunjukkan.(nabi n sahabat2)

    itulah asbabnya maulana ilyas susunkan adab usul dalam usaha dakwah dgn jdkan 'perbanyakkan dakwah' sebagai ibu segala usul.

    maksud bykkan dakwah ialah dakwah infradi iaitu banyakkan muzakarah iman,mafhum kalimah lailahaillallah.bukannya bykkan dakwah ijtimai krn dakwah ijtimai xboleh diperbanyakkan.ia telah di mesyuaratkan..gayst 1,sekali.gayst 2 sekali. bayan sekali,dll

    inilah perkara yg berlaku di kota mekah selama 13 thn.hari2 mlm siang sahabat2 bykkan dakwah infradi iaitu bykkan muzakarah,cakap mafhum kalimah lailahaillallah..

    ReplyDelete
  8. Benar la tu.. sy pun mmg amat setuju dgn percakapan kalimah iman meningkat.. cuba fikir blk kalau org bisu bagaimana mahu tingkatkan iman?.. mmg perlu kpd ckp.. supaya masuk dlm hati.. betul bila iman meningkat korban akan meningkat.. disamping itu kita kena belajar2 korban supaya kita dpt tambah kemanisan iman selain kita bercakap.. xde masalah apapun.. sbg cth apabila kita korbankan duit utk beli moto pastilah kita syg moto tersebut.. begitu jg apabila kita korban duit utk agama pastilah kita syg agama kita.. kalau semata2 kita ckp kebesaran Allah iman meningkat, dah tentulah org xmau khuruj.. hanya semata2 hidupkan usaha tempatan.. percayalah kalau kita tidak korban mmg iman x rasa.. " Allah membeli jiwa dan harta org mukmin dgn bayaran syurga".. khuruj ini mmg amalan biasa para sahabi, dakwah dan perang ni satu set.. sahabi akan dakwah dahulu.. br perang.. tetak musuh pun atas dasar org itu akan jd penghalang kpd hidayah.. semata2 ckp belum cukup.. hasil dr ckp kebesaran Allah iman meningkat lebih sedikit drpd zikir.. kalau lebih sedikit shj drpd kita zikir lebih baik kita jd abid.. hanya nafi dan isbat shj.. hampir sama dgn muzakarah iman.. apa specialnya kita sbg umat akhir zaman.. kesimpulannya mmg kena korban utk dpt iman.. bkn apa apabila kita keluar jauh2 lama2 kita akan bnyk dakwahkan kebesaran Allah.. kesimpulannya apabila kita khuruj pasti kita akan belajar ckp kebesaran Allah di situlah iman meninggkat.. inilah tertib yg ulamak sudah kaji sejak dr dulu lg..mmg khuruj dan muzakarah iman ni satu set.. x boleh pisah dgn 2 benda ini iman meningkat.. cuma kita berbeda pendapat ttg muzakarah iman dulu atau khuruj dulu.. Inilah pendapat sy khuruj dulu barulah kita blajar ckp.. maka org bisu sekalipun pasti iman meninggkat insyaAllah

    ReplyDelete
  9. tiada seorangpn yg hari2 malam siang muzakarah,seru pd mafhum kalimah yg xbuat pengorbanan utk agama.kalo ada sila senaraikan..


    bukankah nabi bg jaminan,iman akan meningkat bila perbanyakkan muzakarah,cakap mafhum kalimah lailahaillallah?

    bukankah Allah tlh bg jaminan utk islah diri amal org yg hari2 seru,muzakarah mafhum kalimah?

    adakah masih lg berpeluang utk slack??

    wallahi tiada seorang nabi2 pn slack..semuanya korban habisan..

    sama juga keadaan skng..org yg hari2 mlm siang bykkan muzakarah cakap mafhum kalimah,adakah dia akan slack,xbuat pengorbanan,bg 1001 alasan utk tidak khuruj??

    hny org yg sikit cakap mafhum kalimah shj yg berpotensi utk slack,xbuat pengorbanan,bg 1001 alasan utk xkhuruj..

    ReplyDelete
  10. kemuliaan umat ialah nabi saw ialah mereka seru dan SEDIAKAN org lain utk seru pd kalimah lailahaillallah.pd setiap masa dan keadaan,hari2 mlm siang,bukannya hny di jalan Allah shj kemuliaan ini..

    ReplyDelete
  11. saya xterima pndapat anda.mf.dan saya xda apa2 pendapat individu pn tntang perkara ini.apa cara pentarbiahan nabi dan para sahabat2,itulah sy akan ikut.saya yakin sgt2 hny dgn cara nabi saw dan para sahabat shj bwk kejayaan dunia dan akhirat.tiada lg cara,kaedah lain.
    sahabat2 berkata,kami belajar iman,baru kami belajar quran.dlam quran lah trdapat segala perintah Allah,solat dan khuruj.

    ReplyDelete
  12. xde apa pun nk diselisihkan dlm perkara ini.. biasa la perbedaan pendapat sedikit shj.. sy nk ckp bnyk ttg perkara ini x terungkap dgn kata2.. benda ni sgt halus.. kena keluar lg dan lg Allah sendiri yg bg faham.. org yg korban lebih ini, Allah akan bg faham lebih.. usaha ini abaout pengorbanan.. hari ini kita cuma korbankan sedikit masa shj utk agama.. x terjejas langsung keperluan kita.. sahabi telah korbankan segala2 even nyawa sendiri utk agama.. sbb itu mereka fhm lebih.. Thats true iman meningkat apabila kita muzakarah iman, cuma mesti terus khuruj, mesti tambah korban barulah iman yg sebenar2nya akan masuk dlm hati.. mungkin saudara punya iman meningkat dgn percakapan.. tp ada setengah org iman meningkat dgn korban.. tgk org jgk.. benda ni bkn masalah besar pun.. janji kita usahakan iman ikut cara nabi..itulah perkara yg paling penting insyaAllah :-)

    ReplyDelete
  13. saya yakin semua org akn tgkat iman dgn percakapan..bukalah muntakhab hadith bab iman,bab dakwah khuruj fisabilillah..jaminan Allah dan nabi saw,iman akan meningkat dgn bykkan cakap mafhum kalimah lailahaillallah..


    atas maksud ni kita azam khuruj 72jam stiap bulan, 120hari setiap tahun..bayan hidayah dan wapsi di tempat yg sama..boley..alhamdulillah mohalah saya 5 bulan turut2 da Allah bg jem 72jam sempurna,byn hidayah dan wapsi di mohalah..asbab rakan seusaha di mohala sering bykkan cakap,seru,muzakarah mafhum kalimah iman,Allah bg jem sempurna,kesatuan hati.satu2nya mohalah yg hidup 5amal,DTI di dlm halaqah..syukur..yg masih belum 4b ipb cepat2 kene keluar ipb utk dpt lesen kawen dan lesen khuruj jauh2 hujung dunia..khuruj bulanan 72jam pn kene sempurnakan..tidak daftari(daftar dan pergi)..ok??nak dptkan kekuatan amal agama,mohala hidup 5amal,kne usahakan iman yg kuat.nak usahakan iman,kene sentiasa perbaharui iman."qila: yarasulullah, wa kaifa nujaddidu imanana?qola: aksiru min qouli laailaahaillallah"aukamaqola.

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah.. sejujurnya sy juga kurang korban utk agama.. Iman sy juga meningkat dgn percakapan.. azam keluar lg dan lg azam hidupkan masjid 24 jam seperti zaman sahabat InsyaAllah :-)

    ReplyDelete
  15. Oi aiman aku igt hg sapa td.. haha.. aku check kmu rupenya.. aiman kmu ckp sume betul aiman.. aku xmau komen apa2 dah haha.. hg permain aku no..

    ReplyDelete
  16. yelaak laa sapa lg...kalo bukan ak yg berminat nk baca post hg sapa lg yg minat?hehehe..ak baru tangguh 72jam khuruj ni..masyaallah..usaha dakwah ni usaha nabi dan parasahabat..kita pendosa pn Allahpilih..so kita knabwt btul2..agama ni qouli dan fe'li..cakap dan amal..insyaallah sahabat ku..ummat menderita skng..hari2 buka pntu ke neraka..umat perlukan tindakan kita..kita kne bwt keputusan jdkn da'wah mksud hidup..msti mau bg masa harian paling kurang 2jam stngah utk ummat..masa2 yg lain kne perbaharui iman dgn perbanyakkan cakap mafhum kalimah lailahaillallah..iman meningkat,maka 5amal masyallah,sharp..Allah perlihara..kalo iman lemah,5amal pn kantoi walaupn baru balik dari khuruj..wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  17. baiklah aiman.. aku bkn apa.. aku teringat kmu ckp dulu kat meranti dulu, bila aku jos jd mutakalin ngan bayan pastu aku jarang keluar, kmu tasykil aku ckp, usaha ni bkn usaha ckp shj tetapi usaha korban.. memandangkan kmu dah ckp rupa ini aku pun ikut la hehe

    ReplyDelete
  18. ikut aku jd sesat tuan..mau ikut 100% nabi saw dan sahabat2 r.anhum..pasti dan pasti ada kejayaan..rajin2 bukak hayatussahabah karangan maulana yusuf rah. bab dakwah sahabat2..ak xde ape2pendapat peribadi pn tentang usaha ni..cuma ikut nabi saw,sahabat2 dan eldest2 punya cakap shj..alhamdulillah mohala hidup persis ikut apa yg di nasihatkan di sripetaling..pembahagian zon,DTI,2nd gayst 6minggu rotate,3h slame 6bulan d halaqah yg dimesyrtkn 1mohalah pergi 2kali brturut2,bayan hidayat & karkuzari & wapsi di tmpt yg sama,dll.insyaAllah, Allah akan bagi kejayaan..

    ReplyDelete
  19. tula..faham lain2 tiap2 karkun ye.. tkpe janji kita jdkan dakwah maksud hidup, blajar2 ckp kebesaran Allah, blajar2 korban InsyaAllah.. aku pun bkn mcm kmu karkun 4 bulan.. faham pun lain2.. kmu maybe faham lebih :-)

    ReplyDelete
  20. salam,

    Saya tertanya-tanya,telah banyak blog karkun tabligh yg saya jenguk tak jumpa lagi dlm blog mereka membicarakan bab TAUHID.

    KENAPA YE..??

    IKUT PROSUDER,KALAU KITA BICARA BAB IMAN,TIDAK BOLEH LARI MENYENTUH ILMU TAUHID.

    APAKAH JT ADA MASALAH DGN ILMU TAUHID ATAU USULUDIN??

    SIAPA BOLEH JAWAB?

    ReplyDelete
  21. Ni basic sebelum belaja sifat 20 la ust jun.. macam badwi yg ucap syhadah trus ngaku mukmin.. Allah turunkan ayat tegur beliau.. ni basic jee.. ust jun da advance.. ni baru tadika, baru nak kenal tangga masjid..jaga solat jemaah, belajar min req fardu ain,belajar kelebihan amal, zikir pun 300 je pg dan petang, belaja nak wujudkan kasih sayang, nak tepis sombong,bongkak,ujub, dan belaja susah sikit

    ReplyDelete
  22. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...