.........................................Popular post..............................................

Thursday, 19 May 2011

Dakwah saudara Seislam kpd agama 10 afdal drpd dakwah Non muslim kpd Islam

            Walaupun ummat Muhammad umat paling lemah, umurnya pula pendek2, sekitar 60-70 tahun,umat paling bnyk berbuat dosa dan kerosakan, tetapi Allah telah campakkan kemulian kpd Umat Muhammad. Kalau zaman Musa a.s mereka membunuh kanak2 lelaki, kalau di zaman Rasulullah mereka membunuh kanak2 perempuan, tetapi Umat kini telah membunuh kedua2 jantina. Anak2 haram dicampak ke dlm tong sampah, dimakan oleh anjing, dibuang celah2 semak, tetapi Allah taala telah tangguhkan segala azab Umat pendosa seperti kita atas sbb doa Rasulullah mudah2an kita bertaubat. Dlm keadaan kita 24 jam berdosa kpd Allah, Allah masih lg berhasrat mengurniakan suatu tugas kpd kita. Iaitu tugas yg dibuat oleh para2 nabi yg terdahulu. Itulah dakwah Illallah.
             Kalau dulu para nabi semuanya maksum drpd dosa, akan tetapi umat Muhammad yg bnyk dosa telah dipilih utk kerja dakwah ini. Betapa beruntungnya kita. Apakah dakwah itu lebih layak kpd Muslim atau kpd non Muslim? inilah yg sering dipertikaikan oleh sesetengah individu yg belum faham mengenai agama. Walaupun bergelar alim, ustaz, ilmu agama penuh di dada, sygnya Allah belum campakkan kefahaman agama dlm hati mereka. Katanya nabi dahulu buat dakwah atas org2 kafir, tak sunnah langsung dakwah org islam. BIDAAH!!! amboi..sedap mulut kata bidaah ye.. Sy tanya blk,, Sekiranya satu org saudara kita, cthnya adik kita lemas di sungai, dan di masa yg sama satu org lg bkn saudara kita, seorg cina la katakan lemas juga.. siapa yg akan kita selamatkan dulu? Cina? Sudah tentulah saudara kita.. Sekiranya satu kertas yg bertulis kalimah Lailahaillallah jatuh bersama satu kertas kosong, kertas mana yg mahu kita sambut dahulu? Sudah tentulah kertas yg ada kalimah Allah.. begitu juga dgn dakwah lebih afdallah kita dakwah saudara kita dahulu barulah kpd org2 kafir.
              Hari ini org kafir lihat kita serupa dgn mereka. pakaian serupa, terdedah sana terdedah sini, cara mkn, tidur, semua serupa. Dia akan lihat blk di mana indahnya islam?apakah beza islam dgn agama kami? bahkan anak muda islam lebih seksi drpd anak muda kami. Baginda Rasulullah pernah sabda membawa kembali org Islam kpd agama adalah 10 kali lebih baik drpd membawa org kafir masuk Islam". Tidakkah kita syg saudara kita? saudara seislam yg berkongsi satu kalimah di dada. Sabda baginda lg," tidak sempurna iman kita jika kita tidak menyayangi saudara kita sepertimana kita menyayangi diri kita sendiri" Pada zaman sahabat, kita mesti faham, walaupun mereka mendakwahkan kalimah iman ini kpd org kafir, ketahuilah mereka sebenarnya lebih bnyk mendakwahkan kalimah iman dan kebesaran Allah sesama mereka sendiri. Kerana apa tuan2? kerana dakwah sebenarnya utk diri sendiri. Jika kita dakwah dgn niat utk islah org lain, maka kita sendiri tidak akan dpt hidayah apatah lg org yg didakwah. Percakapan kebesaran Allah yg kita tuturkan akan masuk ke dlm hati maka iman akan meningkat.
             Begitu juga apabila azan berkumandang, azan itu merupakan suatu dakwah kpd kita utk memanggil org2 di luar sana utk menunaikan solat 5 waktu secara berjamaah di tempat azan dilaungkan. Apakah apabila azan, Mr Cong, Muthusami, John akan datang ke masjid? sudah tentulah dakwah azan ini utk org islam. Jika dakwah kpd solat kita buat 5 kali sehari, mestilah dakwah kpd Iman yakni yg terkandung di dlm rukun Islam pertama mestilah lebih kita utamakan. Kalau dakwah kpd rukun Islam kedua, solat kita buat 5 kali sehari sudah tentulah dakwah terhadap rukun islam pertama iaitu kalimah Lailahaillallah lebih kerap kita dakwahkan kpd manusia sekeliling. Supaya apa? supaya mereka dtg kpd agama, utk asah iman mendengar dakwah dan bercakap2 mengenai kebesaran Allah dan perkara2 ghaib bg memantapkan iman. Apakah dakwah sesama Islam masih bidaah?
              Tuan2 hari ini kita sibuk mahu dakwahkan org bkn islam kpd Islam. Bahkan kita panggil lg org bkn islam bg ceramah dlm surau tentang politik. Konon2 nk bg mereka biasa dgn masjid lalu tertarik masuk Islam. Apakah bengongnya para alim yg berfikiran begini?  Manusia yg masih punya kalimah di luar sana kenapa kita tidak dakwah utk ke masjid? apakah guru2 agama duduk atas kerusi bg ceramah power2 depan masjid sudah mencukupi? yg di luar sana yg tak mahu langsung kpd agama sapa mahu panggil?Sapa mau dakwah kpd Iman? Ini bkn cara baginda. Kita dok suka gelak2 kutuk pemimpin, mengumpat pemimpin, ckp tentang politik seolah2 politik sahajalah yg ada dlm Islam, Punya la bnyk topik agama yg lain, ckp jugak topik yg sensitif yg mampu memecah belahkan persaudaraan. Ceramah sudah jd seperti hiburan. Bknnya sbg medium utk kita takut kpd Allah. Apakah ini agama yg Muhammad bawa sejak dulu lg? Tuan2, kerja dakwah ini bkn kerja para alim sahaja. Kerja dakwah ini kerja seluruh ummat. Mahu ckp tentang kebesaran Allah, mahu ajak mereka ke masjid bkn perlu ilmu yg tinggi2. Kalau kita tggu ilmu kita penuh di dada smpi bila pun xkan penuh. percayalah. Inilah warisan nabi kpd kita. Sekarang belum afdal dakwah kpd org kafir, kerana saudara2 kita lebih perlukan dakwah kita. Yakenlah hanya dakwah cara Muhammad rumah ke rumah lorong ke loronglah baru ummat dpt hidayah. Dakwah selain cara Muhammad bkn agama yg tersebar tetapi adat tersebar. Apa yg sy tulis bkn dakwah sy terhadap tuan2 cuma perkataan sy tentang agama sy.. InsyaAllah
                                    

8 comments:

  1. kata Dr Yusuf Qaradhawi dalam buku Fiqh Jihad..

    "Jihad yang utama pada masa ini adalah jihad mengislamkan orang-orang islam.."

    ReplyDelete
  2. Mohamad Khir Bin Johari

    Tuan, maaf cakap lah. Fatwa Dr.Yusuf Qardawi, ramai ulama'-ulama' dari eropah dan Amerika Selatan tolak fatwanya kerana beliau mencuba jawab cara moden. Salah satunya, beliau berfatwa "Cukur janggut dalam mazhab syafie makruh" sedangkan dalam kebanyakan hadis Nabi saw mengharamkan mencukur janggut dan keempat-empat mazhab sepakat mengatakan cukur janggut adalah haram.

    So, kat sini je kita boleh lihat, betapa besarnya salah beliau dalam mentafsir sesuatu. Dalam sebuah hadith berbunyi lebih kurang mafhumnya "seseorang yang membawa seorang yang jauh dari ALLAH dekat pada ALLAH, itu lebih baik dari mengislamkan 10 orang kafir." Tuan ni hadith tau, perkataan Nabi, Yusuf Qardawi tu orang biasa, ulama' biasa, perkataan dia jauh lebih hina dari Nabi saw, siapa dia nak berfatwa mengatakan jihad mengislamkan orang2 bukan islam lebih utama.

    Dr. Yusuf Qardawi adalah ketua para ulama seluruh dunia, tapi ingat bukan Ilmunya yang tertinggi di dunia. Ulama' India dan Yaman lah ilmu yang tertinggi pada akhir zaman ini. kerana 2 negara tersebut mempunyai muhaddith yang sanadnya Al-Quran dan Hadith tidak terputus hingga Nabi saw.

    India dan Yaman, Nabi banyak sebut dalam hadith..

    Cuma India, Nabi saw berkias guna perkataan "Hind" yang membawa maksud "tanah hindi"

    Jangga bangga sanga dengan Ikhwan Muslimin ok?

    Dulu time Arab perang dengan Israel, akhirnya cari juga ulama' di India untuk solat hajat. Kenapa x cari ulama' mesir? kata power dalam agama..

    Lepas Maulana dari india solat hajat, Maulana beri arahan serang Israel waktu begini, cara begini, itu dan ini. Akhirnya menang, masyaALLAH, hubungan beliau dengan ALLAH, akrab..

    Tuan, ingat tuan apa yang saya tulis ni

    Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariya Rah. dan Maulana Tareq Jamil pernah Nasihat Hassan AL-Banna (pengasas Ikhwan Muslim) "Jangan terlalu radikal dalam agama, jika tidak anda akan mati dibunuh" Tak sampai sebulan tuan, Hassan Al-Banna mati kena tempak kat kepada dengan yahudi. Ni kisah sebenar sebelum Hassan Al-Banna mengahadap Tuhan yang Maha Agong.

    Saya tahu, ada dikalangan orang ikhwan muslimin ubah cerita kematian Hassan Al-Banna. Taubatlah sesiapa yang menipu tuh!

    ReplyDelete
  3. Salam kepada Sdr Mohamad Khir Bin Johari

    Wahai sdr ,berhati-hatilah ketika anda menulis dalam mengkritik para ulama ini.

    saya nasihatkan anda banyak belajar lagi.Jangan hanya baca 1 or 2 kitab ,sudah berani nak menghukum ulama itu salah,ulama ini tak betul.

    soalan saya..1)ADAKAH ANDA MENGUASAI BAHASA ARAB??

    2)ADAKAH ANDA ALIM (PAKAR)DALAM PERBANDINGAN MAZHAB??
    3)ADAKAH ANDA HAFIZ AL-QURAN ATAU HAFAL RATUS RIBU HADIS NABI??
    4)APAKAH JASA YANG PALING TINGGI YANG PERNAH ANDA BUAT UNTUK ISLAM??

    Ingatlah AMARAN Nabi SAW yang maksudnya "TAHUKAH KAMU BAHAWA ADA ORANG YANG MASUK NERAKA SECARA PERCUMA?. PARA SAHABAT MENJAWAB;"ALLAH DAN RASULNYA YANG TAHU".

    Nabi SAW menjawab:" Orang yang ada sekelumit dalam hatinya BENCI KEPADA ULAMAK."(seperti maksud hadis)

    ReplyDelete
  4. wahai sdr Mohamad Khir Bin Johari

    Ini adalah sekelumit kisah para ulamak besar zaman silam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar akan berdepan dengan pemerintah atau kerajaan yang zalim.

    [Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.]

    [Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.]

    [Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah].

    [Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.]

    [Sufyan Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.]

    [Said bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah].

    [Abu Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.]

    [Abul Husin An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.]

    [Imam Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman]

    BERANIKAH ANDA MENUDUH MEREKA INI (ULAMAK)TIDAK IKUT SUNNAH NABI??

    SYIDINA UMAR(KHLIFAH ISLAM KE 2)PUN MATI DI BUNUH OLEH ORANG YAHUDI,SO APA NAK HAIRAN BILA AS SYAHID HASSAN AL BANNA PUN DI BUNUH YAHUDI.

    itulah namanya mati syhid...

    ANDA TAK NAK KE KEMATIAN YANG MULIA INI??

    ReplyDelete
  5. ralat:

    maaf kan saya.sebenarnya 2 komen di atas di tujukan kepada nickname "kita umat nabi SAW.

    ReplyDelete
  6. yang salahnya siapa? yang salahnya ialah mereka yang banyak bercakap, tapi tidak berbuat... =)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..maaf nk tanya..hadis yang Baginda Rasulullah pernah sabda membawa kembali org Islam kpd agama adalah 10 kali lebih baik drpd membawa org kafir masuk Islam"..dapat dari mne eh? hadis riwayat ape?sahih ke?

    ReplyDelete
  8. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...