.........................................Popular post..............................................

Thursday 15 September 2011

Jijikkah sgtkah melihat org bersugi dgn kayu sugi?

Jijik sgtkah melihat org bersugi di tempat public? Jijik sgtkah lihat kayu sugi di atas kolah2 masjid? Demi Allah perbuatan bersugi adalah antara sunnah2 besar nabi s.a.w. Baginda tidak pernah meninggalkan bersugi meskipun ketika baginda di hujung2 nyawa. Setiap kali bertemu bertemu jibril, Jibril kerap menyuruh Rasulullah bersugi sebelum menerima wahyu sampaikan hujung mulut nabi sendiri hampir terluka. Ada ustaz-ustaz yg mengeluarkan statement takrif bersugi adalah menggosok atau membersihkan gigi dgn sesuatu yg kesat. Namun pendapat ini kurang tepat. Bersugi dgn cara Sunnah yg paling betul adalah dgn menggunakan kayu sugi sendiri. Apakah jenis kayu sugi yg dipakai oleh baginda s.a.w? Itulah Kayu Ara dan Zaitun. Fadhilat sugi sebenarnya bnyk terkandung dlm kayu2 jenis ini. Salah faham telah berlaku dlm masyarakat kita hari ini. Kita anggap zaman Rasulullah tidak ada wujud lagi berus gigi. Pada hal berus gigi sudah pun wujud di zaman Rasulullah s.a.w tetapi baginda tetap memilih kayu sugi utk bersiwak atau bersugi. Tuan2, dlm sunnah pasti ada kejayaan. Kita tak perlu tanya kenapa baginda tak pakai berus gigi sebaliknya kayu ara dan zaitun. Kita ikut saja buta2. Dlm semua Sunnah pasti ada kejayaan. Segala perbuatan, penampilan, dan percakapan Nabi s.a.w adalah kesukaan Allah. Allah pernah berfirman “Katakanlah Wahai Muhammad, sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, Nescaya Allah akan mencintai kamu. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang” Jelas Allah beritahu dlm Quran utk dapat cinta Allah mesti ikut Nabi s.a.w. Yakni ikut sunnah baginda s.a.w tanpa bnyk soal. Dlm kaedah bersugi juga, gunalah kayu sugi yg asli lebih afdal. Tak kisahlah kita mahu pakai berus gigi dan ubat gigi dahulu ke, tetapi utk mendapat ganjaran fadhilat bersugi kena ikut sunnah kena pakai kayu sugi juga insyaAllah.
Saya terbaca dlm satu artikel di paper semasa Ijtimak Malaysia baru2 ini. Ada seorg pendakwah bebas la konon komen pasal org tabligh. Dia ckp org tabligh ni tak perlulah bersugi di tempat awam, jijik org tgk masyaAllah. Dia jijik tgk org ikut Sunnah? Istifar la bnyk2. Punya la jahil muraqab punya ustaz. Inilah akibatnya belajar ilmu agama tp tak mahu belajar sunnah2 nabi s.a.w. Karkun lain tak payah la kata kat aku, kita kena ikram bnyk2. Kalau dah smpi hina org ikut Sunnah aku tak boleh ikram dah. Kalau dia org awam biasa atau dia org kafir aku bole terima lg. Ini satu org USTAZ GLAMOR kata ikut Sunnah suatu benda paling jijik masyaAllah. Kalau dulu aku kira nk menjawab kat depan dia dah. Dia jawab blk aku jawab dgn Flying kick je. Tp ini bkn cara nabi. Aku pun dah tinggalkan zaman2 jos buta aku tu. Sekarang aku rasa sgt kasihan kpd mereka2 ini. Sunnah bersugi ni bersepah2 sahabat ikut. 24 Jam kayu sugi dlm kocek. Setiap masa dan keadaan mereka gemar bersugi. Bahkan ketika perang pun mereka bersugi. Hasil ikut Sunnah, asbab melihat org Islam bersugi saja, tentera2 lawan pun naik takut berperang dgn para sahabat setelah melihat mereka bersugi. Mrk ingatkan org2 Islam tgh mengasah gigi utk mkn daging mrk nanti. Allah cmpkkan kegerunan dlm hati musuh2 Islam asbab kita ikut satu Sunnah saja. Dan dlm kisah lain pula, dlm satu perang yg tak menang2 dan tak pula kalah2. Sahabat hairan kenapa tak blh menang2 dlm perang tersebut? Apabila diperiksa rupa2nya salah seorg tentera tak bersugi. Maka Allah tangguh kemenangan mereka. Bnyk lg Fadhilat2 sugi dan Kelebihan ikut Sunnah. Nant aku listkan hadis2nya di bawah. Ini adalah antara kelebihan2 bersugi :    
    1) Dapat menambahkan akal.
    2) Dapat mencerahkan mata.
    3) Melambatkan tumbuh uban .
    4) Dapat menggandakan pahala.
    5) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal

Ø  Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

   “ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
    baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
    dengan tidak bersugi “.
    ( Riwayat Muslim )

Ø      Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi  
    itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
    ( Riwayat Baihaqi )

Ø       Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
    “ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
    mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
    ( Riwayat Ahmad )



1 comment:

  1. salam, tuan.. demi Allah sunnah itu tak menjijikkan, tetapi cara orang yg mengamalkan itu yg menyebkan sunnah itu dipandang jijik. ya nabi bersugi, tp bagaimna cara nabi bersugi, nabi berpoligami tap bagaimana cara nabi berpoligami, nabi menjilat jari slps makan, tapi bagaimana cara nabi menjilat jari slps makan. Amalkan sunnah mesti dgn cara yg betul agar tidak timbul fitnah terhadap sunnah tersebut. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...