.........................................Popular post..............................................

Wednesday 17 August 2011

Iman meningkat dgn Dakwah mahfum Kalimah Lailahaillallah atau dgn Korban?

Pejam celik pejam celik, rupanya sudah 3 tahun aku terlibat dalam usaha dakwah cara nabi ini. Syukur kpd Allah masih beri aku hidayah dan taufiknya utk kekal dalam usaha ini. Aku tulis post ini sebab berdasarkan pengalaman aku dan pengamatan aku yg mendalam tentang usaha ini. Yg mana aku telah muzakarah dgn anak murid Maulana Zakariyya di Madrasah Uloom South Africa. Sebelum ini, aku bnyk tulis tentang korban. Apa yg aku faham tentang usaha ini adalah tentang  pengorbanan. Sangkaku Iman bertambah dgn Dakwah kalimah campur Korban. Akibat asyik ckp pasal korban dan keluar 3 hari dan 40 hari aku anggap korban sudah cukup tp aku lupa satu perkara iaitu Kurang DAKWAH. Aku tersedar selepas salah seorg rakanku dlm usaha ini tegur aku sbb bnyk cerita tentang korban dan bkn dakwah. Mula-mula aku tak setuju tetapi setelah aku Muzakarah sendiri dgn Ulamak Debond baru-baru ni baru aku faham. Rupa-rupanya semasa kita keluar Khuruj pun syaitan sudah tipu kita. Syaitan akan cakap “kamu keluar je dah cukup tak payah ckp tentang kebesaran Allah”. MasyaAllah di sini bnyk karkun sudah kena tipu.
Iman meningkat Paling bnyk adalah dgn DAKWAH kalimah. Buktinya dalam hadis nabi ada menyebut “perbaharui IMAN kamu” sahabat bertanya bagaimana? “ perbanyakkanlah menyebut ucapan Lailahaillallah” Nabi menyebut “Kaulan” iaitu ucapan mahfum Kalimah Lailahaillallah bkn Zikrin yakni zikir kalimah. Dgn zikir atau wirid kalimah Iman meningkat juga tetapi meningkat perlahan. Cara ini digunakan oleh zaman ABID. Mereka zikir sampai akar lilit badan. Umur mereka ribuan tahun, maka dgn mujahadah zikir Iman mereka meningkat. Tetapi zaman kita, Ummat Muhammad s.a.w jika zikir semata- mata dgn Umur pendek 60-70 tahun maka pasti Iman kita kalah dgn ABID. Sbb itu kita kena buat dakwah. Specialnya dakwah ialah IMAN meningkat pantas tetapi menurun juga pantas. Dgn zikir Iman meningkat slow tetapi turun pun slow. Sbb itu kita kena buat dakwah berterusan supaya IMAN sentiasa kekal dan meningkat dalam hati. Apa itu Dakwah Kalimah? Dakwah Kalimah ialah kita menafikan sungguh-sunguh dgn perkataan dan dgn hati tentang kehebatan makhluk dan mengisbat sungguh-sungguh dgn perkataan dan dgn hati tentang kehebatan Allah. Sbg cth, ckp “bkn makanan bg kenyang tetapi Allah bg kenyang”. Nafi makanan dan isbat Allah. Kata Maulana Hamid,  Amer Malaysia “Walaupun Sahabat nabi bnyk ketuk rumah org utk dakwah manusia, ketahuilah mereka sebenarnya lebih bnyk duduk bersila sesama sendiri secara berhadap hadapan dan bermuzakarah tentang kebesaran Allah.” Menafi makhluk dan mengisbat Allah kedlm hati sampailah Tabiin kata sahabat ini “org gila”. Benda inilah karkun tak banyak buat. Sbb itu Iman tak berapa meningkat. Khurujlah berjuta kali pun tetapi tak bnyk dakwah dan muzakarah tentang kebesaran Allah maka  Iman tak meningkat sgt pun. Jika kita korban banyak, keluar Khuruj baru dapat kekal hidayah dalam diri dan asbab hidayah tersebar ke seluruh alam. Akan tetapi korban tanpa dakwah, Iman tak meningkat sgt. Mest bnykkan dakwah kalimah.
Buktinya Allah sebut dalam Quran, “Wallazinajahadufinalanahdiannahumsubulana” “barangsiapa yg bermujahadah di jalan Allah maka Allah akan buka pintu-pintu hidayah”. Jadi dgn korban maka  Hidayah tersebar dan dgn dakwah mahfum kalimah, barulah iman meningkat. Kedua-dua ini mesti jalan seiring. Korban pula mesti korban cara Sahabat kerana korban yg Allah terima hanyalah korban yg telah pun Allah terima sebelum ini iaitu korban nabi dan sahabat. Jika kita korban selain dari cara ini, maka hidayah tidak sampai. Mereka Cuma peroleh taufiq. Apa itu taufiq? Taufiq adalah kekuatan utk amalkan amalan yg Allah suka. Apa itu hidayah? Hidayah merupakan petunjuk yg benar dr Allah taala. Sbb itu kita lihat puak syiah yg korban mujahadah selain cara sahabat, mereka ada kekuatan utk Khatam Quran dan lain-lain amal tetapi mereka sesat sbb hidayah tak sampai. Kita dapat lihat sekarang bagaimana usaha selain dr usaha ini, mereka korban mcm2 tetapi Nusrah atau bantuan Allah tak sampai. Sbb itu waktu kita keluar di jalan Allah kita kena niat ikhlas dan niat belajar2 kerana dgn niat ikhlas dan belajar2 korban cara sahabi pun Allah akan InsyaAllah terima. Salah faham karkun pula hari ini, mereka tak mahu mujahadah belajar dlm ilmu sahih. Kalau ada ustaz mengajar, kita tak mahu duduk dlm majlis jadi Allah cabutkan ilmu sahih dalam diri kita. Ustaz yg mengajar itu dapat taufiq dan hidayah dalam bab ilmu. Mereka korban mujahadah utk dapat ilmu di Madrasah cara Rasulullah dan sahabat maka hidayah dlm Ilmu sohih mereka terima. Cuma hidayah dalam kerja Nabi saja mereka tak dapat. Berbanding dgn karkun, mereka keluar 3 hari korban dlm semua aspek maka hidayah dlm semua aspek termasuk ilmu pun kita dapat. Mcm mana mahu dapat hidayah dlm aspek ilmu ketika khuruj? Kena bermujahadah korban dan jaga adab taklim maka Allah akan campakkan ilmu yg sahih dlm diri kita. Begitu juga halnya dgn  ilmu masail kena bermujahadah dpn Ustaz di Masjid tak kira ustaz itu buat usaha agama atau tidak barulah Allah campakkan hidayah ilmu sohih dlm dada kita. Hari ini asbab tak mahu bermujahadah dan korban dari segi ilmu maka bnyk karkun terkontang kanting dlm ilmu masail. Masail ni paling kurang Fardu Ain tu bg lepas cukuplah insyaAllah.
Sekarang kita pergi kpd topic kefahaman agama. Dulu aku ingat hidayah dan kefahaman agama adalah benda serupa rupanya setelah beruzlah dgn sahabatku di Madrasah South africca tu barulah aku tahu. Rupanya Iman, Taufiq, hidayah dan kefahaman agama merupakan 4 benda berbeza dgn 4 usaha berbeza utk mencapainya. Tetapi, usaha ini amat berkaitan antara satu sama lain. Aku cuba pusingkan last-last dapat jawapan yg sama dgn org awam juga. Tetapi jalan yg aku ingin tunjukkan adalah gambaran yg sgt jelas mengenai 4 perkara ini. Tentang Iman, Taufiq dan hidayah aku telah jelaskan perkara ini di atas. Sekarang mari kita lihat apa itu “KEFAHAMAN AGAMA”. Dlm hadis ada menyebut “Barangsiapa yg Allah suka, maka Allah akan beri dia kefahaman agama” lalu timbul persoalan siapa yg Allah suka? Ayat Quran surah Al-Imran telah menjelaskannya dgn lebih lanjut “ Katakanlah Wahai Muhammad, jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengasih lagi maha penyayang” (Al-Imran ayat 31). Jadi utk Allah suka kita, mesti ikut nabi s.a.w. Apa itu ikut nabi? Maksudnya mesti follow Sunnah 100 peratus. Ini bagi membuktikan kita sayangkan nabi maka kita ikut apa yg nabi buat barulah Allah campakkan kefahaman agama ke dlm diri kita. Abu Bakar as-siddiq merupakan manusia yg paling sayang nabi s.a.w. Dlm gua mereka bersembunyi drpd puak kafir lalu nabi tertidur, sayangnya Abu Bakar kpd Nabi, beliau menutup lubang kala jengking dgn kakinya supaya Nabi tidak terjaga. Beliau menahan sakit dek sengat kala jengking sehingga nabi s.a.w terjaga akibat air mata sakit menitis ke pipi mulia Nabi s.a.w. Abu Bakar juga org yg pertama-tama membenarkan segala apa yg keluar dr mulut Nabi s.a.w. Ketika mereka smpi ke Madinah, org madinah yg menyambut Nabi s.a.w tidak cam mana satu Rasulullah dan mana satu Abu Bakar kerana rupa mereka hampir sama. Janggut sama, pakaian sama, dan semua hampir sama. Sebab utk dapat kefahaman agama mesti tiru sunnah 100 %. Ikutilah  Sunnah Surah, Sirah dan sorirah utk membuktikan kita sayang kpd Nabi. InsyaAllah Allah pasti akan campakkan kefahaman agama ke dlm dri kita. Apabila ayat Quran turun yg mengatakan “Agama Islam telah sempurna” maka semua sahabat telah bersorak kecuali satu org iaitu Abu Bakar sebab beliau sorg saja faham kerana beliau tahu Nabi s.a.w akan pergi meninggalkan mereka. MasyaAllah tuan2. Tirulah sunnah dalam apa jua keadaan pun jgn pernah kita tinggalkan Sunnah Nabi s.a.w. Kalau tidak kita tak akan dapat kefahaman agama insyaAllah.
Ada kalangan karkun yg Jous buta. Dia bnyk muzakarah Iman, tetapi tak bnyk ikut sunnah. Dia bnyk boleh berjalan berbatu-batu, dia ckp kebesaran Allah 24 jam maka kalau pergi perang dialah org pertama serbu musuh tapi sayang Allah tarik kefahaman agama dlm diri dia. Sbb apa? Sbb kecintaan dia terhadap Rasulullah kurang. Dia tak tiru pakaian Nabi. Dia ckp sunnah paling penting dakwah. Yes, betul tapi mesti follow seratus peratus sunnah. Dia akan jadi kuat pancung ulamak sbb dia jous buta. Walhal nabi s.a.w sgt menekankan utk memuliakan ulamak sbb ulamak pewaris ilmu nabi walaupun ulamak tersebut tidak buat kerja nabi. Dia juga pandang rendah ulamak yg tak khuruj kerana mengajar di Madrasah. Inilah akibat tidak ikut sunnah atau iktiba tiru seratus peratus. Utk tahu Sunnah mesti belajar drpd Ulama dan memuliakan ulamak bkn pancung ulamak. Tuan-tuan inilah SAYA sendiri. Saya jous buta. Alhamdulillah Allah hantar satu org ulamak ikram saya dan bagitau saya semua ini. Syukur kpd Allah. Sikit demi sikit saya belajar tahan marah tahan sabar walaupun tak semua sifat saya dapat InsyaAllah.
Dalam perspective lain pula, ada ulamak yg ilmu dia tinggi menggunung tetapi mereka tak faham agama. Ilmu mereka Sohih sbb ambil di Madrasah bkn di Universiti. Korban Mujahadah mereka betul maka Allah beri mereka hidayah dr segi ilmu tetapi faham agama Allah cabut sbb tak ikut Sunnah 100 peratus. Tak sayang Nabi betul-betul. Maka sbb itu ada ulamak yg trim janggut, cukur janggut, pakai kot yahudi. Allah cabut jubah nabi di badan mereka lalu Allah sarungkan pakaian yahudi maka mereka tak dapat kefahaman agama. Tetapi kita doalah bnyk2 semoga Allah taala kekalkan hidayat dlm diri kita, Allah tingkatkan Iman kita dan Allah beri kita kefahaman agama yg mendalam InsyaAllah tuan-tuan. Hidup buat dakwah mati hidup balik pun mesti buat dakwah cara Nabi s.a.w InsyaAllah.

4 comments:

  1. As Salam,

    hidayah dan kefahaman agama adalah dua benda yg berbeza.. =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. as salam...tuan, sy sebelum ni dah byk copy maklumat dr blog tuan...sy mtk tuan halalkan semua yg sy copy...semoga tuan diredhai Allah...aameen

    ReplyDelete
  4. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...