.........................................Popular post..............................................

Friday 22 July 2011

Agama yg sempurna bkn takat sembah Allah, kesempurnaan agama dtg apabila Allah pakai diri dan harta kita utk agama Allah

         Atas maksud mahu dapatkan harta yg bnyk, rumah yg besar, kereta yg mewah, dan duit yg bnyk kita sanggup kerja dgn bos kita. Tetapi utk dapatkan agama yg sempurna adakah kita sanggup kerja utk BOS SEGALA BOS dan RAJA SEGALA RAJA? Ganjaran dia Allah bg syurga utk kita. Yg kita dapat di dunia cuma kesan sahaja. Rezeki yg melimpah ruah, hati yg tenang, Isteri yg solehah cuma kesan dr kerja agama saja. Namun adakah kita tahu bagaimana yg dimaksudkan dgn kerja agama?
         Kalau di office ada prosedur yg patut kita ikut supaya kerja berjalan lancar. Kalau tak ikut tertib prosedur yg diberikan, kerja kita akan jd serabut dan tak tentu arah. Prestasi merosot pastilah bos marah. Begitu jugalah kerja agama. Bahkan agama ni lg sistematik dr dunia. Tertib prosedurnya Rasulullah sudah tunjuk. Rasulullah ni adalah sbg assistant merangkap kekasih Allah. Segala tertib kerja yg Rasulullah tunjuk dtg dr Allah. Maka kerja agama yg paling sistematik adalah tertib Nabi s.a.w. Smpi kiamat pun tertib ini tak akan berubah. Jika kita selaku pekerja yg tak ikut tertib pastilah Raja segala Bos iaitu Allah marah. Kerja tunggang langgang mahu senang. Tak mahu Mujahadah. Rasulullah ini kekasih Allah. Yg paling Allah sayang. Tetapi syg2 Allah pd baginda, Allah masih sanggup susahkan nabi atas perkara agama. Allah sanggup lihat kekasihnya ditendang, diterajang, dimaki, dihamun, diludah, dibaling batu atas maksud kerja Dakwah.
           Kita sbg org bawahan Allah taala, apakah Allah mahu kita duduk relax tgk saja nabi kena hina? duduk mengaji saja depan guru tanpa perlu bersusah payah dakwah org. Sekarang ada internet, ada TV cara ini lebih mudah, lebih sistematik. Ewah,ewah.. Keluar dr mulut kita ada cara dan tertib paling baik dr tertib Muhammad? tertib yg Allah suruh Muhammad buat? agak2 BOS BESAR marah tak sbb kita tak ikut prosedur kerja? mengaku pulak pd BOS, cara ini tak boleh pakai dah. BOS tak tau apa2 katanya? Ingt Allah tak tau ke tertib kerja paling baik? Ada pulak yg kata dulu mmg la xde TV takde internet. Kalau ada dah lama nabi pun pakai internet.. Amboi sedap mulut je kata begitu ye.. Walhal Muhammad ni Nabi terbaik. Kalaulah internet dan TV ni dakwah terbaik dah lama Allah hantar Internet dan TV di zaman Muhammad.
          Tuan2, anda boleh sebarkan agama melalui TV, Media, Blog, FB dan sebagainya tetapi anda tak boleh claim ini DAKWAH.. Sy ulang DAKWAH bkn suatu SKOP YG LUAS.. DAKWAH skopnya, tertibnya ada ditunjukkan oleh Rasulullah dan sahabat. Moden mcm mana pun kita, mesti buat dakwah cara Rasulullah. Kerana apa? kerana dlm kerja baginda s.a.w ini iman akan ditarbiah. Susah payah kita ketuk rumah org, dgn malunya, bercakap2 mengenai kebesaran Allah, bersusah payah jalan peluh2 kerana Allah, maka ketika itu iman meningkat. Sbb itulah DAKWAH FARDU AIN bkn FARDU KIFAYAH.. Dakwah utk islah iman sendiri maka jd fardu ain. 
         Kalaulah sahabat tidak bergerak ke serata alam, maka kita hari ini mungkin sembah batu berhala. Syukur kpd Allah beri kita nikmat Iman. Hari ini kita juga kena bergerak ke serata alam supaya anak cucu kita dpt hidayah. Kalau kita duduk dpn guru mengaji ilmu semata2 mmg agama tak akan tersebar. Hidayah Allah ini akan tersebar apabila kita buat pengorbanan utk agama. Apabila kita susahkan diri kita utk agama Allah, bergerak kerana Allah, menyebarkan kalimah Allah di serata dunia maka ketika itu Allah akan bergembira dgn tertib baginda s.a.w. Hidayah pasti tersebar ke serata alam. MasyaAllah.. Inilah perfect dakwah.
                     Sahabat dulu majoriti keluar 6-7 bulan setahun. Dlm tempoh itu mereka mengajak org ke Madinah satu2nya pusat dakwah Islam yg ada. Apabila pulang ke Madinah, time itulah mereka cr keperluan hidup. Itu pun separuh hari mereka habiskan masa di Masjid utk Dakwah, Mengajar dan Belajar hukum, Ibadah dan Khidmat. Mereka juga menyara org yg datang ke Madinah utk peluk Islam. Tariq Bin Zhiat Keluar ke Sepanyol lalu membakar kapalnya dan berkata samada Islam tersebar ke seluruh andalusia atau kita syahid di sini. Saad bin Abi Waqqas keluar seumur hidup ke China dan wafat di situ. Guru kpd Imam Malik keluar 27 tahun tinggalkan anak bini atas maksud kerja dakwah. Lihatlah pengorbanan mereka sgt besar utk agama. Kita? sebab itulah ulamak tabligh tetapkan keluar istiqamah 3 hari tiap2 bulan, 40 hari setahun supaya cas iman kita. Tertib ini juga bnyk mengambil dalil Al-Quran. Tak salah. Tertib solat 13 rukun juga disusun oleh Imam Syafie. Begitu juga tertib keluar di jalan Allah bg memudahkan kita belajar2. Nk kut sahabat 6-7 bulan setahun? tak mampu. Jd kita belajar dr bawah.
              Nabi sudah tidak ada lagi. Nabi sudah wafat, Tp kerja nabi belum wafat. Kerja nabi warisan kita. Tertib dakwah Nabi sudah tunjuk. Org Tabligh bkn reka tertib sendiri. Inilah tertib dakwah cara baginda. Kami bkn org tabligh, kami Umat Nabi yg buat Dakwah cara Nabi.. InsyaAllah.. Tunaikanlah hak saudara kita. Mereka berhak dgr kalimah Allah, kebesaran Allah, perkara2 ghaib lagi dan lg.. Kitalah Dae Allah talaa.. InsyaAllah

1 comment:

  1. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...