.........................................Popular post..............................................

There was an error in this gadget

Thursday, 7 July 2011

BERSIH 2.0 adakah benar-benar bersih?


             Isu demi Isu timbul belakangan ini mengenai perhimpunan BERSIH. Saya tidak layak mengatakan haram mahupun halal kerana saya bukan ustaz atau pun ulamak tidak layak mengeluarkan fatwa. Sedikit sebanyak saya mendengar hujah satu demi satu pihak dan saya rumuskan dlm blog saya ini. Ulamak PAS telah menggunakan satu anologi yang tidak berapa saya setujui. Mengatakan halal disebabkan dalam ibadah haji juga kita berkumpul ramai-ramai. Itulah demontrasi. Bg saya alasan ini tidak kena tempat. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kita tidak patut tgk kepada tujuannya sahaja. Cara perlaksanaan juga mesti ikut tertib Islam jalan sepertimana yg Rasulullah tunjuk. 
            Kalau Demontrasi ini dianggap jihad fisabillah saya mmg tidak setuju 100 %. Jihad ini suatu perkara yg besar. Bahkan lebih besar drpd solat. Buktinya dlm suatu perang, nabi pernah mengqadakan 3 solat wajib gara-gara asakan hebat musuh. Jihad lebih tinggi drpd puasa buktinya nabi pernah membatalkan puasa Ramadhan dlm badar. Niat solat utk sembah Allah tp ikut cara Yahudi dan Nasrani sah tak solat? Niat puasa tp puasa cara yahudi dan Nasrani sah tak puasa? Dan niat utk berjihad kerana Allah tapi follow cara Yahudi dan Nasrani apakah Allah akan terima?
           Ok kalau nak buat juga fine.. tetapi sejauh mana kita mampu mengawal jutaan manusia yg bercampur gaul lelaki perempuan. Sapa mahu pantau dlm jutaan manusia ini? Maksiat yg kecil2 ini kita x mampu mahu kawal apakah kita mampu utk membetulkan maksiat yg dilakukan oleh pemimpin sendiri? sapa mau tanggung dosa mereka yg mengambil kesempatan meraba2.. Walhal ulamak sendiri sudah keluar fatwa wajib berhimpun. Usah dikesah lg hukum ya?. Jihad sangatlah konon. Ulamak mau tanggung dosa mereka2 ini ke?
              Bayangkan situasi ini, kita anggap jihad seperti hiburan. Memberontak di jalanan. Kemudian FRU sembur air, habis semua sang purdah basah. Pakat nmpk semua saiz coli sang purdah. Yg sang kopiah lari. lari kemana? lari menyorok belakang sang purdah la. Pakat scan badan sang purdah pula. MasyaAllah jihad mmg best la sgt. Kena tipu syaitan saja semua ini. Ini bkn jihad. Bahkan semasa perang, org perempuan tak masuk barisan perang pun. Bahkan, perempuan hendak ke masjid di zaman fitnah pun nabi larang. Jihad apa ke jadah rupa ini? masyaAllah. Semua para alim sudah kena tipu syaitan saja. Kot la mau pegi BERSIH, perempuan tak payah la pergi. Ini saya boleh consider lagi. Kalau saya mahu pergi, saya akan tinggal anak bini. saya syg bini saya, saya letak di rumah, bkn di medan seperti ini.

            Nabi juga pernah menegur sekumpulan sahabat yang berbincang2 di jalan. Nabi tegur mereka kerana menghalang laluan. Sahabat menjawab kami tgh berbincang tentang perkara penting. Nabi menjawab penting mcm mana pun tunaikanlah hak jalan. Hari ini dgn demontrasi sebegini apakah kita tunaikan hak jalan? Nabi pernah juga berkata selemah2 iman membuang duri di tgh jalan, tetapi hari ini kita pula mau menjadi duri di tgh jalan. Adakah BERSIH benar-benar BERSIH?
                
             Hari ini kita mesti kuatkan Iman dahulu. Dgn cara bagaimana? dgn cara Dakwah Illallah.. Apabila kita buat kerja dakwah sebiji cara Muhammad, maka Iman yg kuat akan terbentuk dalam hati, asbab kerja dakwah juga Allah akan turunkan hujan hidayah. Cara mahu tumbangkan pemimpin seperti ini tiada kejayaan. Sekalipun kita menang, apakah dgn iman kita yg tidak kukuh, kita mampu tegakkan hukum dan manusia yg lemah iman mampu utk mengikut hukum? hari ini kita mesti asah iman dahulu. Barulah Allah sendiri beri kita bantuan dgn menaikkan pemimpin yg benar2 menurut hukum Allah.
             Situasi hari ini, Ulamak sendiri tinggalkan kerja nabi, sahut pulak seruan Yahudi dan Nasrani dlm politik demokrasi. Punyalah tidak yaken dgn cara Nabi mampu beri kejayaan. Dakwah tak mau buat tiba2 mau rampas kuasa. Yakenlah cara selain cara Muhammad dan sahabi tidak ada kejayaan. Saya Ulang tidak ada kejayaan InsyaAllah.              

1 comment:

  1. sekadar untuk pengetahuan ttg BERSIH.krn ramai yg mghukum tp x tahu crita sebenar.
    http://www.facebook.com/no​tes/syahirulcom/lagi-lagi-​ambiga-bersih-20/218167271​551920

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...