.........................................Popular post..............................................

Wednesday 13 July 2011

Bersediakah anda apabila Imam Mahdi minta nyawa anda utk agama Allah?

              Apabila Imam Mahdi muncul, beliau akan pergi kpd tiap-tiap laki2 dan minta mereka utk beri nyawa utk agama Allah. Adakah anda sedia? bagaimana anda mampu sedia beri nyawa utk agama sekiranya beri masa utk khuruj 3 hari, 40 hari, dan 4 bulan pun anda tidak sanggup, anda masih belum sedia? adakah kita tidak bersetuju dgn imam mahdi? atau anda sebagai satu org Islam menentang pula  kata-kata Imam Mahdi kerana inginkan keamanan di dunia? ketahuilah andalah manusia pertama yg dipancung oleh imam Mahdi. 
            Sekarang masih belum layak perang fisabilillah. Kalau perang pasti kalah sebab iman lemah. Senjata utama kita sbg umat Islam adalah iman dan amal. Bkn pedang, bkn torpedo, bkn nuklear. Kita lihat sejarah perang badar, Ibnu Masud hanya bersenjatakan pelepah tamar melawan 1000 org tentera musyrikin Makkah ketika itu. Belum pun smpi pelepah tamar yg dihayun oleh Ibnu Masud ke leher musuh, sudah putus kepala musuh.Kerana apa? kerana Allah telah beri bantuan ghaib kpd para sahabat. Bagaimana mahu tingkatkan iman? satu jawapan sj, jadikan dakwah maksud hidup anda. Dakwah pula mesti ikut tertib yg Rasulullah tunjuk. 
            Hari ini kita khuruj fisabilillah hanya atas maksud belajar2 iman dgn dakwah shj, belum layak lagi utk kita pergi perang Fisabilillah. Apabila Iman sempurna, barulah kita ke peringkat terakhir iaitu perang. Sekarang belum masanya lagi, Apabila kerja dakwah sudah smpi ke peringkat akhir, apabila umat Islam sudah biasa menyebut-nyebut kebesaran Allah, sudah biasa korbankan diri dan harta atas maksud kerja agama, barulah Imam Mahdi turun utk pimpin kita dan beri nyawa utk Perang Fisabillallah . Tiap-tiap perang mesti dimulai dgn dakwah, jika dakwah ditolak mereka diarah bayar jizyah, sekiranya jizyah ditolak barulah perang fisabilillah. Ini tertib perang zaman nabi dan tertib ini juga digunapakai oleh Imam Mahdi. Tentera2 Imam Mahdi adalah tentera yg terbaik sepanjang zaman, Imam Mahdi akan menghidupkan semula syariat Rasulullah sehinggalah Nabi Isa turun utk memimpin kita pula. Imam Mahdi akan mendakwahkan kebesaran Allah ke setiap ceruk bumi, jika dakwah ditolak maka mereka akan memerangi musuh habis-habisan terutamanya golongan yahudi. Kita menetak musuh bkn atas dasar geram, marah, dan benci tetapi atas maksud perintah Allah. Sebab apa? sebab mereka yg menolak dakwah dan jizyah ini bakal menjadi penghalang kpd hidayah org2 lain.
              Sekiranya kita tidak mahu membuka mulut menceritakan kebesaran Allah kpd ummat, maka Iman pasti tidak meningkat, sekiranya kita tidak belajar2 bersusah payah utk tinggalkan segala urusan dunia utk khuruj di jalan Allah pasti iman tidak meningkat, ketahuilah jika kita semata-mata duduk dihadapan tok guru belajar ilmu agama semata2 tanpa perlu bersusah payah iman pasti tidak meningkat. Kesannya agama mati hari ini. Allah tidak akan sebarkan hidayah ke atas diri kita dan ke atas ummat jika kita tidak menyusahkan diri utk agama Allah seperti tertib Rasulullah dan sahabi. Kerja dakwah ini bkn kerja para ulamak sahaja. Para ulamak bertindak sebagai panduan atau stering kereta sahaja. Kerja dakwah, kerja seluruh ummat. Kita sendiri mesti bangkit buat dakwah, ceritakan kebesaran Allah supaya kebesaran Allah masuk dlm hati dan Iman pasti meningkat dgn kerja ini. Kita sendiri mesti belajar korbankan sedikit masa, sedikit harta, sedikit tenaga, supaya dgn korban yg sedikit ini Allah campakkan kefahaman agama utk kita. Percayalah kurang seratus tahun drpd sekarang muncullah imam mahdi.
          Bersediakah kita utk tinggalkan anak bini, perniagaan, harta dan segalanya utk menyahut panggilan Imam Mahdi? pastilah kita belum sedia.. ayuh, hidupkanlah dakwah cara baginda dahulu InsyaAllah. 

1 comment:

  1. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...