.........................................Popular post..............................................

There was an error in this gadget

Monday, 25 July 2011

Dakwah sbg kerja full time bkn part time..

Hari ini kita kena syukur lagi dan lagi kpd Allah taala kerana dgn limpah rahmat dr Allah taala, kita masih lagi diberi masa oleh Allah utk mengasah iman kita dan mengumpul lagi amal sebelum Izrail datang mencabut nyawa di dada kita. Tanda Allah syg kpd Kita bkn Allah beri kita harta yg bnyk, pangkat yang tinggi, Isteri yg cantik, kereta yg mewah, rumah yg besar, anak yg ramai dan sebagainya. Tetapi tanda Allah taala cintakan seseorg, Allah akan beri dia agama. Itulah nikmat yg paling besar Allah berikan kpd kita. Dgn adanya agama dlm diri kita maka dgn taufiq dan hidayah daripada Allah taala, kita dapat sebut Kalimah Lailahaillallah. Asbab kita dapat sebut kalimah ini sekali seumur hidup saja, kita pasti akan kembali ke syurga Allah. Tak kiralah berapa bnyk dosa yg kita sudah buat dan berapa lama kita menerima azab di neraka,  dgn izin Allah kita pasti akan masukkan kita ke syurga kelak. Jika Allah syg lagi kpd satu org hamba itu, Allah akan bkn takat beri dia agama, malah Allah akan beri dia taufiq utk amalkan agama. Segala keinginan dan kesanggupan utk beribadah datang juga drpd Allah. Lebih tggi syg Allah taala kpd seserorg hamba itu, Allah bkn takat beri dia agama dan taufiq utk amalkan agama, bahkan Allah akan beri dia taufiq utk sampaikan agama. Itulah kerja agama yakni Dakwah Illallah.
Buktinya kesemua 124000 org para anbia dan 124000 org para sahabat yg paling Allah sayang ini, Allah telah beri mereka kerja agama. Yg mana mereka semua ini manusia yg Allah telah pilih utk disusahkan atas maksud kerja agama. Malah kebanyakan mereka telah mati dlm usaha mereka mengajak manusia kpd Allah. Bayaran yg Allah beri kpd mereka bkn harta yg bertimbun-timbun, bkn kedudukan dan kemulian yg  agung, bkn isteri yg cantik2 tetapi bayaran mereka adalah syurga. Dlm bnyk2 manusia pilihan Allah ini, Muhammad s.a.w adalah makhluk yg paling Allah syg, paling Allah cintai. Syg2 Allah kpd baginda Allah tidak beri baginda kemewahan hidup dan makanan yg cukup. Rasulullah tidak pernah mkn kenyang 2 hari berturut2. Kebanyakannya baginda sering berlapar bahkan baginda sering mengikat 3 ketul batu di perut kerana terlalu lapar. Roti yg baginda mkn juga roti yg paling rendah kualitinya. Yg paling keras. Baginda terpaksa menelan roti dgn air sekali. Manusia yg paling Allah sayang ini juga, Allah masih sanggup melihat baginda dicerca, dihina, diludah, dipukul, diterajang atas maksud kerja dakwah. Pun begitu, baginda tidak pernah putus asa menyeru manusia kpd Allah dr Kabilah ke kabilah, dr rumah ke rumah dr pintu ke pintu dan dari hati ke hati. Tuan2, lihatlah kekasih Allah sendiri Allah susahkan atas maksud agama. Kita patut bersyukur kpd Allah lagi dan lagi kerana kita telah tergolong dlm sekelompok manusia pilihan Allah ini. Itulah tanda paling besar yg menunjukkan Allah sayang kpd kita. Kita kena syukur tuan2. Berapa bnyk lagi manusia yg di luar sana, Yg Allah beri mereka Ilmu agama yg tggi2 tetapi Allah tidak pilih mereka utk buat kerja agama seperti mana yg Rasulullah tunjuk kpd kita. Allah pilih manusia yg paling bnyk dosa, yg paling cetek ilmu, yg paling hina seperti kita utk buat kerja agama. MasyaAllah itulah nikmat yg hakiki di atas muka bumi ini tuan2. Lagi dan lagi kita mahu syukur kpd Allah.    
Tuan2, Kita yg Allah telah beri hidayah utk usaha atas iman kita, kita mesti usahakan juga bagaimana saudara2 kita yg sudah ada iman tetapi belum dapat hidayah utk buat usaha atas iman. Kita mesti tunaikan hak saudara2 mara kita tuan2 supaya agama yg sempurna dapat datang dlm diri kita dan diri saudara2 kita di luar sana. Maulana selalu berpesan kpd kita, supaya kita tanya balik diri kita kenapa kita buat kerja agama ini? Tanya diri anda sendiri kenapa saya buat kerja agama ini? Pertama sekali kita kena nekadkan dlm hati kita bahawa kita buat kerja dakwah ini kerana dakwah merupakan kerja kita. Kerja dakwah merupakan maksud hidup kita. Mahu tak mahu kita mesti buat kerja ini kerana atas maksud inilah setiap nabi2 telah dihantar dan atas maksud kerja inilah kita menjadi Ummat terbaik iaitu Ummat baginda S.a.w.  Hari ini kita telah usahakan perkara dunia kita sungguh2 drpd pg smpi ke mlm, maka perkara dunia masuk dlm hati. Hati kita penuh dgn keduniaan. Setiap kita bercakap ttg perkara selain drpd Allah maka perkara ghairullah memenuhi hati kita, setiap hari kita dgr tentang perkara selain dr Allah maka perkara ghairullah masuk dlm hati kita, tiap2 hari kita fikir tentang perkara selain drpd Allah maka sekali lg perkara ghairullah telah masuk kedlm hati kita. Hati kita sudah penuh dgn perkara selain dr Allah, hakikat dunia sudah sebati dgn hati kita. Hasilnya yaken kita dan iman kita kpd Allah semakin pupus. Bagaimana kita mahu usahakan supaya yaken dan Iman kita kpd Allah bertambah dlm hati? Tidak ada jln lain tuan2. Kita mesti buat dakwah cara Nabi. Kita mesti jadikan dakwah sbg maksud hidup kita. Hari ini kita mesti ckp lagi dan lagi tentang kebesaran Allah taala supaya kebesaran Allah masuk kembali dlm hati kita. Hari ini kita kena dgr lagi dan lagi tentang kebesaran Allah supaya kebesaran Allah masuk dlm hati kita. Hari2 kita kena seru manusia kpd Allah supaya apa yg kita ckpkan masuk dlm hati kita. Inilah percakapan iman. Menafikan kebesaran makhluk dan mengisbat kebesaran Allah kedlm hati. Jika kita jumpa org kafir kita kena dakwahkan mereka kpd Kalimah Lailahaillallah dan jika kita jumpa sesame islam kita kena dakwahkan mahfum kalimah Lailahaillallah. Kita kena nafikan bahawa makhluk tak ada apa2 dan Allah taala buat segala2nya. Kita kena ckp kpd manusia, bkn air yg bg hilang dahaga tetapi Allah taala yg bg hilang dahaga. Kita kena ckp bkn makanan yg bg kenyang tp Allah taala bg kenyang. Bkn duit yg bg manfaat tetapi Allah taala bg manfaat. Bkn ubat yg menyembuhkan tetapi Allah taala menyembuhkan. Inilah nafi makhluk Isbat Allah. Pasti iman meningkat jika kita dakwahkan hari2.
Tuan2 yg dimuliakan Allah taala, Hari ini perkara ghaib kita tidak nmpk. Sbb itu iman kita kurang. Benda yg nmpk oleh mata kepala kita sendiri pun kita kerap lupa apatah lg dgn perkara ghaib. Kunci yg kita pegang tiap2 hari pun kita selalu lupa apatah lg Allah taala yg sememanganya ghaib. Utk kita selalu igt Allah, kita kena selalu bercakap2 tentang kebesaran Allah, kita kena dakwahkan kebesaran Allah kpd manusia  dan kita kena seru manusia kpd Allah supaya Allah sentiasa di hati kita. insyaAllah..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...