.........................................Popular post..............................................

Tuesday 26 July 2011

Perlukah karkun berpolitik? kenapa org tabligh jarang-jarang berpolitik?

          Seperti yg anda tahu politik yg diamalkan di Malaysia sejak merdeka dahulu adalah demokrasi berparlimen. Mereka yg bertanding di suatu kawasan biasanya akan mewakili satu pertubuhan parti politik seperti UMNO, PAS, DAP dan KEADILAN. Inilah antara parti-parti yg besar dan berpengaruh masa kini. Jarang sekali satu org yg berpengaruh akan mencalonkan dirinya tanpa mewakili mana-mana parti politik. Mereka yg menang di suatu kawasan akan mewakili satu kerusi di Dewan Rakyat. Apakah fungsi dewan rakyat? Fungsi dewan rakyat adalah utk meluluskan rang undang2 yg dibawa oleh mana2 ahli parlimen. Setelah dibahaskan dgn teliti dan mendapat sokongan ahli-ahli dewan maka rang undang2 ini akan dibawa ke Dewan Negara pula utk diluluskan. Setakat ini Dewan Rakyat dikuasai oleh Barisan Nasional maka secara automatik Kabinet atau kerajaan dipimpin oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ketua Negara mmg Yang Dipertuan Agong tetapi kuasa pemerintahan diserahkan kpd Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri.
         Demokrasi Berparlimen bknlah acuan pemerintahan yg dibawa oleh baginda Muhammad s.a.w. yg menguna pakai sistem Khalifah. Khalifah dilantik terus samada oleh baginda sebelum baginda wafat sbg cth Abu Bakar As-Siddiq, atau sistem syura. Sistem ini langsung tidak ada kelemahan. Kita mesti betulkan salah faham kita hari ini bahawa segala amir atau ketua yg dilantik oleh Rasulullah dlm satu jamaah fungsi utama mereka adalah DAKWAH. Fungsi utama Khalifah juga adalah menggerakkan jamaah dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Mmg khalifah juga menjamin keamanan, menguruskan harta negara, memberi mkn org miskin tetapi itu tugas sampingan saja. Kerja utama mereka adalah utk fikir bagaimana agama yg sempurna dpt smpi ke setiap ummat. Sbb itulah setiap sahabat digerakkan ke Benua Africa, China, India dan eropah atas maksud kerja dakwah. Mereka memanggil org2 di luar Madinah utk belajar Islam di Madinah kemudian pulang ke kampung halaman dan menyebarkan dakwah. Maknanya setiap org Islam pada ketika itu kerja utama mereka adalah Dakwah. Apabila kita bantu agama Allah maka Allah bantu kita. Siapa sangka kerajaan Islam yg dahulunya jahiliah mampu menumbangkan kerjaan ROM dan PARSI yg berabad lamanya menguasai dunia. Asbab kerja Dakwah ini, Khalifah Umar menguasai 2/3 dunia. Kerajaan Islam sgt digeruni ketika itu.
          Hari ini fikir kita sudah lari dr fikir Muhammad s.a.w dan sahabat. Hari ini kita fikir bagaimana mahu rampas kuasa dari kerajaan tetapi kerja dakwah cara Rasulullah kita tinggalkan pula. Bagaimana Allah mahu bantu kita? kita tak mahu bantu agama Allah. Tiba2 keluar dr mulut kita " Dakwah ni luas skopnya , berpolitik juga dakwah nabi" Tuan2 yg dirahmati Allah. Rasulullah sudah tunjuk tertib dakwah yg paling sempurna kpd Kita. Tertib yg org2 tabligh buat itulah tertib baginda Rasulullah. Bezanya korban sahaja kurang. Kalau dulu sahabat keluar 27 tahun tinggalkan anak bini, org2 tabligh cuma tinggalkan anak bini selama 3 hari, 40 hari dan 4 bulan saja sbb ingin belajar2 buat dakwah. Sahabat ada yg mati di China kerana buat dakwah seumur hidup. Tiap2 tahun majority sahabat keluar 6-7 bulan. Korban mereka utk agama sgt bnyk. Hari ini,utk kita bg masa 3 hari di jalan Allah pun kita sgt berat. Bagaimana Allah mahu bantu kita menguasai dunia. Bagaimana Allah taala mahu beri kepimpinan kpd kita kalau dakwah dan korban utk agama pun kita masih tak sanggup? 
              Bkn org tabligh diharamkan berpolitik. Kami dibenarkan berpolitik cuma semasa majlis dijalankan kami tidak dibenarkan bercakap2 soal politik dan mazhab kerana perkara begini akan memecahkan persaudaraan sesama kita. Semasa dgr bayan atau ceramah kita diam. Semasa buat ghast atau ziarah kami ikut tertib. Jika soal politik diungkitkan maka org BN org PAS semua akan keluar majlis. Siapalah yg tahan telinga kalau kena selalu pancung, kena kutuk. Tetapi jika di luar majlis tak kisah la kalau mahu berpolitik. Cuma jgn sebut ketika majlis agama sedang berlangsung. Mmg ada di kalangan org tabligh tidak berpolitik langsung. Bkn apa, kami telah perasaan suatu perkara. tentang demokrasi ciptaan Yahudi, Majusi dan Nasrani membawa bnyk membawa keburukan dr kebaikan. Sekarang kita lihat realiti yg akan saya bawa.
                Sejak zaman Adam a.s sehinggalah zaman kita sekarang ini, berapa kerat manusia yg mahukan kpd agama? kalau di zaman Nuh dahulu, baginda membuat dakwah selama 950 tahun tetapi pengikut cuma seramai 90 org sahaja. Kesimpulannya manusia yg inginkan kpd agama sgt kurang. Sekiranya kita mahu mengunakan sistem demokrasi yg sedia ada iaitu rakyat memilih pemimpim berapa kerat saja rakyat yg mahu undi kepimpinan ulamak PAS? percayalah mereka tak akan undi Islam kerana mereka yg kufur lebih ramai dr mereka yg beriman terutamanya kita sedang berada di penghujung zaman. Sbb itulah Nabi suruh kita buat dakwah dahulu, kuatkan iman. Bila Iman kita kuat dgn kerja ini barulah Allah taala beri kita kekuatan utk amalkan agama yg sempurna. Jika tertib dakwah cara baginda dibuat sungguh2, Allah akan bergembira lalu Allah sebarkan hidayat ke seluruh alam. Masa itulah baru Allah beri kemenangan kpd Islam. Semua perkara kena mula dgn Dakwah Ilallallah dahulu termasuklah sebelum kita perang. 
                Dlm keadaan politik yg begitu meruncing sekarang ini kita sering memperkatakan aib saudara kita sendiri walhal nabi pernah sebut jika kita simpan aib saudara kita maka Allah akan sembunyikan aib kita di hari akhirat kelak. Hari ini berapa ramai antara kita yg mencari2 aib saudara sendiri lalu kita sebarkan pula di FB dan blog. Itu belum masuk soal mengumpat dan fitnah lagi. Jika berita yg kita ketengahkan itu benar kita mengumpat namanya, jika berita itu palsu kita memfitnah namanya. Mengumpat ibarat mkn daging saudara sendiri, pahala kita hilang pegi kpd org yg diumpat dan balasan dia Allah bg gunting api neraka lalu kita gunting lidah sendiri di Masyar kelak berkali2. Memfitnah dosanya lebih dr membunuh. Kita lihat sekarang ni akibat terlalu taksub berpolitik. Mcm2 dosa kita dapat. Saya tak kata haram berpolitik. Silakan kalau kita mampu jaga adab. Cuma sy nak kata selain dr Cara Muhammad tak ada kejayaan. Sbb itulah org tabligh jarang2 berpolitik. Bkn diharamkan. Mmg la kami undi PAS takkan nak undi kerajaan UMNO yg terang2 jahil campur kemungkaran. Baik kami undi Kerajaan Islam. Cuma kami tidak taksub kpd Politik, kami taksub dgn kerja dakwah itu saja. Karkun2 kalau nak berpolitik silakan tak ada masalah cuma kita mahu letak dlm hati bahawa kejayaan manusia hanya dlm agama ikut cara Muhammad s.a.w InsyaAllah  

3 comments:

  1. kadang demokrasi nie,,,ramai yg tidak memahaminya...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan.. Saya share article tuan ttg hudud di blog saya. Mudah utk rakan2 saya rujuk..

    Semoga Allah terima korban kita semua. Doakan saya, azam 4bulan Februari dpn.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah, kuatkan azam 4 bulan...usah pandang belakang lg dah, usah lihat keperluan, taat kpd mesyuarat...doa nangis2 supaya Allah pilih, sebelum keluar Allah akan uji mcm2, bulatkan hati insyaAllah smoga Allah terima :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...