.........................................Popular post..............................................

Wednesday 27 July 2011

Teknik Bayan Pancung

      Kejayaan Manusia di dunia hanya apabila kita ikut perintah Allah cara seperti mana yg ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan kejayaan manusia di akhirat hanya apabila kita berjaya masuk syurga Allah. Itulah kejayaan hakiki. Tuan2 kerja dakwah ini bkn kerja para ustaz, para alim, para ulamak tetapi kerja ummat Muhammad s.a.w. Jika anda rasa anda ummat Muhammad, anda kena buat dakwah cara Muhammad. Jika anda claim sy sudah buat dakwah tetapi via FB via blog, percayalah anda belum pun buat dakwah. Anda baru sebarkan maklumat dakwah. Dakwah hanya sanya cara Rasulullah pintu ke pintu. Perkataan saya di blog ini bkn dakwah sy cuma semata2 perkataan sy tentang agama saya.
          Tuan2 yg dimuliakan oleh Allah taala.. tak kira kita petani, tak kira kita manager, kita pemimpin, kita agong, kita ulamak besar, kita doktor, kita wajib buat dakwah cara Muhammad. Kerja dunia hanya kerja part time kita. Kerja agama yakni kerja dakwah kerja fulltime kita. Bos besar bkn di office kita tetapi bos besar kita Allah taala. Kerja dunia cuma utk cari keperluan saja tetapi kerja dakwah adalah kerja hidup kita. Tak kira hg mulia mcm Ustaz Harun Din, Hg mulia mcm Ustaz Shamsuri, Hg mulia mcm Ustaz Kazim, hg mulia mcm Ustaz Azhar Idrus hg mulia mcm Yusuf Khardawi sekalipun.. mulia mcm mana pun kita, mulia lagi Rasulullah s.a.w. Rasulullah yg paling mulia juga jumpa umat dr pintu ke pintu.. apakah mulia sgt kita duduk di hadapan bg ceramah saja? langsung xmau bergerak utk agama. Tok guru mengajar di depan smpikan ilmu itu bkn dakwah tetapi itulah tabligh atau taklim wal taklum atau lebih dikenali belajar dan mengajar. Tabligh kerja ustaz tp dakwah kerja semua ummat tak kira hg ustaz, ustazah, alim, halimah, pencuci longkang dan pemimpin negara kita semua kena buat dakwah cara Muhammad s.a.w. Kalau hari ini kita pakat duduk depan tok guru tanpa mahu gerak kepada Ummat maka agama pakat mati seluruh dunia. Asbab ada pergerakan Nabi dan sahabat ke seluruh alam malah ada yg mati di China maka hari ini kita dapat nikmat iman. Boleh bayangkan tak kalau sahabat takmau bergerak pakat mau belajar 24 jam depan Rasulullah? dah tentu hari ini kita sembah patung berhala tuan2. Jd hari ini kita mesti bergerak juga kerana agama supaya anak cucu kita tidak sembah patung berhala di masa hadapan .Kalau kita pakat mau tggu ilmu penuh di dada br boleh buat dakwah percayalah smpi bila2 pun x penuh. smpi mati pun ilmu tak cukup. Dakwah syarat ada kalimah boleh dakwahkan kebesaran Allah. susah sgtkah mulut mahu sebut kebesaran Allah, mahu ajak manusia kpd Allah? tak perlu ilmi tggi. Abu Bakar as-siddiq hari pertama peluk Islam sudah bawa 10 sahabat lain peluk islam keesokan harinya termasuk sahabat2 besar seperti Abdul Rahman Auf, Uthman Affan dan Zubir Al-Awwam. Tinggi sgtkah ilmu Abu Bakar dlm sehari peluk Islam tu? Nabi pesan sampaikan dariku walaupun satu ayat.
       Tuan2 hari ini kita sibuk berpolitik seolah-olah politik itu maksud hidup kita. Hari ini kita sibuk sahut seruan politik demokrasi yahudi, majusi dan Nasrani tetapi tinggalkan pula dakwah cara Rasulullah. Umat siapakah kita? Kalau cara solat nabi tunjuk kpd kita caranya bagaimana, Puasa caranya bagaimana, zakat caranya bagaimana, medium utk sampaikan seluruh perkara agama ini iaitu dakwah tiba2 kita cakap Rasulullah tidak tunjuk bagaimana caranya kpd kita? umat jenis apa kita ini. Hari ini medium selain cara nabi juga dianggap jihad fisabilillah. Kalau solat niat kerana Allah tetapi ikut cara solat nasrani adakah sah solat? begitu juga jihad dlm agama yg besar dr solat. Sudah tentu mesti ikut skop yg ditunjukkan oleh Muhammad dan sahabat. Jihad dimulai dgn dakwah, kemudian barulah perang. Setakat demontrasi jalanan, semua itu bkn jihad. Mmg la tidak haram tetapi kita tak boleh claim itu sbg Jihad Fisabilillah
         Hari ini kita Kita sibuk membawa manusia kpd bendera. Walhal nabi sibuk membawa manusia kpd Allah. Perjuangan nabi bkn supaya setiap anak2 kecil dapat makanan yg cukup, tempat tinggal yg selesa dan hidup yg tenang tetapi perjuangan nabi adalah supaya semua manusia dpt selamat drpd neraka Allah taala dgn perantaraan dakwah Illallah. Inilah perjuangan Muhammad yg sebenarnya. Buktinya Rasulullah sanggup melihat anak perempuan baginda Fatimah merangkak kelaparan dan cucu baginda Hassan dan Hussain menangis kelaparan kerana kerja agama. Adakah baginda Rasulullah itu kejam? tak sara anak bini? Tuan2 yg dimuliakan  Allah s.w.t nafkah yg paling utama adalah nafkah iman. Dahulu setiap isteri zaman Rasulullah ditinggalkan oleh suami mereka sehelai sepinggang semasa suami mereka keluar di jalan Allah. Masa itulah Iman si isteri dan anak2 ditarbiah. Bkn suami mereka yg bg rezeki tp Allah. Hari ini kita sibuk mencari rezeki yg sudah pasti tetapi tidak sibuk mencari Iman dan amal yg belum pasti.
            Yg bertarekat pula sibuk dgn zikir mereka siang2 tanpa memperdulikan kesengsaraan ummat ibarat kambing yg meragut rumput sorg2 tidak memperdulikan kambing2 lain kelaparan. Yes bertarekat bagus. Mengingati Allah terang2 baik cuma kerja dakwah mesti buat sama. Zikir tanpa dakwah tidak akan menjumpai kemanisan dalam zikir. Kita bkn di zaman abid. Kita sekarang duduk di zaman Rasulullah. Setiap Ummat Muhammad adalah dae Allah taala. Masa infradi lantaklah mahu bertarekat tetapi masa Ijtimae iaitu berjamaah lebih afdal dahulukan takaza Dakwah. Kalau dahulu abid, iman mereka meningkat dgn zikir. Bnyk para wali Allah mampu terbang ke langit. Sbb apa? zikir mereka sudah dapat hakekat. Umur mereka panjang2 belaka. ribuan tahun. Ummat sekarang umur pendek2. 60-70 tahun saja. Dgn umur begini pendek, apakah mampu chellenge para abid dan para wali Allah yg punya iman tggi asbab zikir ribuan tahun?   mana mampu. Sbb itu kita ummat special. Iman kita meningkat dgn kerja dakwah bkn dgn zikir. Iman dgn kerja dakwah meningkat amat pantas. gabungan dakwah dan korban menghasilkan Iman yg unggul. Lihat saja Ali ra dlm solat, sahabat menarik keluar anak panah di kakinya. Selesai solat Ali menyuruh sahabat cabut anak panah di kakinya walhal sahabat sudah cabut pun. Solat Ali, roh naik smpi ke langit dan jasad di bumi tak rasa apa2. Kalau kita usahkan panah, nyamuk gigit pun kita sudah terasa.
            Tuan2 saya menyeru supaya kita hidupkan kembali sunnah bawaan nabi. Islam paling sempurna adalah Islam yg buat dakwah cara baginda. Setakat amal agama saja belum cukup. Kita mesti buat kerja agama juga. Bagaimana itu kerja agama? itulah kerja dakwah yg org Tabligh buat.  Inilah islam paling sempurna. Dlm dakwah ini, Allah tarbiah iman, Allah islah amal dan Allah ampunkan dosa. Allah campakkan keinginan utk belajar ilmu. This is Islam with complete set. Nabi diturunkan bkn saja bersama ilmu baginda tetapi bersama ilmu dan kerja kenabian sama. Ilmu baginda diwariskan kpd para ulamak yg bersanad smpi ke Rasulullah tetapi Kerja Nabi diwariskan ke seluruh Ummat baginda. Adakah anda Ummat baginda? yes anda wajib buat dakwah cara nabi.. lebih senang anda kena masuk tabligh belajar dakwah cara Nabi InsyaAllah.

1 comment:

  1. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...